4 May 2008

Betulkan yang salah, biasakan yang betul, wahai DBKL!


Sekiranya anda pernah berkunjung ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur, anda mungkin pernah terpandang papan tanda ini. Papan tanda ini didirikan berhampiran dengan Dataran Merdeka, dan salah satu daripada tujuannya adalah untuk menunjukkan arah atau letaknya “Kelab Di Raja Selangor”, iaitu di tepi Dataran Merdeka. Dari segi penggunaan bahasa, papan tanda ini sememangnya telah menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, dari segi kualitinya kurang memuaskan.

Dalam papan tanda tersebut, ejaan kata “Di Raja” yang digunakan dalam frasa “Kelab Di Raja Selangor” sebenarnya tidak tepat. Kata “Di Raja” sepatutnya dieja “Diraja”, kerana “Di” pada kata tersebut bukanlah awalan ataupun kata sendi nama, tetapi merupakan sebahagian daripada kata dasar. Kata “diraja” sebenarnya merupakan kependekan daripada kata “adiraja”, dan dalam bidang linguistik, proses pembentukan kata tersebut dikenali dengan istilah “aferesis”. Aferesis iaitu pengguguran atau penghilangan satu huruf di awal kata, seperti hujung menjadi ujung dan hulu menjadi ulu. Jadi, ejaan frasa “Kelab Di Raja Selangor” sepatutnya diubah menjadi “Kelab Diraja Selangor”. Begitu juga dengan ejaan untuk frasa-frasa lain yang turut menggunakan kata “Diraja”, seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Papan iklan di atas salah mengeja perkataan "pasaraya". Ejaan yang betul ialah "pasar raya".

Papan tanda di atas sudah salah mengeja perkataan "LEBUHRAYA".
Ejaan yang betul ialah "LEBUH RAYA"
Secara tuntas, Saya berharap kerajaan tempatan dapat mengambil iktibar untuk membaiki kesalahan mereka meremeh-remehkan kesalahan tatabahasa Melayu dalam papan iklan. Jika pihak kerajaan tempatan sentiasa menyeru pihak peniaga dan pemilik kedai membetulkan kesalahan papan iklan mereka dengan menggunakan khidmat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bagaimana pula dengan mereka sendiri? Saya berharap para pelajar yang dikasihi dapat sama-sama berjuang bersama saya untuk memfoto papan iklan yang salah dari segi bahasa dan meng-e-melkan foto tersebut kepada saya di alamat wgq4990@hotmail.com supaya kita sama-sama belajar memantau bahasa kebangsaan yang kita sayangi!


Bahasa Jiwa Bangsa!
Bahasa Menunjukkan Bangsa!
Hilang Bahasa Lenyaplah Bangsa!

3 comments:

  1. terima kasih..
    nanti saya akan emel kesalahan lain..

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu atas keterangan yang cukup jelas mengenai kesalahan tatabahasa pada papan iklan. saya merupakan pelajar institut pendidikan guru malaysia kampus ilmu khas.semester ini saya telah diberi tugas untuk membuat laporan mngenai kesalahan tatabahasa yang terdapat pada papan iklan. setelah saya membuat tinjauan di sekitar Cheras,masih terdapat banyak lagi papan iklan terutamanya di kawasan kedai-kedai runcit yang salah dari segi tatabahasanya. Nampaknya perkara ini dianggap remeh oleh pihak yang bertanggungjawab.Oleh itu, saya berharap cikgu akan terus membetulkan kesalahan yang telah dilakukan oleh peniaga ini agar generasi seterusnya tidak akan terikut-ikut dengan penggunaan tatabahasa yang salah.
    Sekian sahaja ulasan saya. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Cikgu Tan,terima kasih kerana memberikan pendedahan mengenai kesalahan yang wujud di sekitar kita selama ini.Bolehkah cikgu kongsikan lebih banyak maklumat seperti ejaan,tatabahasa yang sering disalahgunakan dalam masyarakat ? kerana saya seorang guru pelatih institut pendidikan guru dan semester ini saya diberikan kerja kursus membuat laporan mengenai kesalahan ejaan,frasa,ayat,tatabahasa dalam kalangan masyarakat.Segala maklumat yang cikgu bekalkan adalah sangat dihargai,terima kasih. XD

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.