Bersempena dengan bulan yang mulia lagi suci ini, sama-samalah kita menyambutnya dengan penuh keinsafan ketika menggunakan bahasa Melayu, terutamanya dari segi ejaan makanan. Rujuklah Kamus Dewan Edisi Keempat agar kesilapan ejaan dapat dielakkan.
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
12 April 2022
Ejaan makanan
Lihat contoh di bawah:
1. murtabak (salah) martabak (betul)
2. mee (salah) mi (betul)
3. serunding (betul - rujukan Kamus Dewan Perdana)
serondeng (betul) - rujukan Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Dewan Perdana
4. koey tiaw (salah) kuetiau (betul)
5. beehoon (salah) mihun/bihun (betul)
6. nasi impit (salah) nasi himpit (betul)
7. bergedil (salah) bergedel (betul)
8. sandwhic (salah) sandwic (betul)
9. ais-krim (salah) aiskrim (betul)
10. tosai (salah) tose (betul)
11. satey (salah) sate (betul)
12. BBQ (salah) barbeku (betul)
13. bahulu (salah) baulu (betul)
14. kuih kapit (salah) kuit sepit (betul)
15. tom yam (salah) tomyam (betul)
16. vade (salah) wade (betul)
17. dimsum (salah) dim sum (betul)
18. lasagnia (salah) lasagne (betul)
19. waffer (salah) wafer (betul)
20. putu mayam (salah) putu mayang (betul)
21. mi wan tan (salah) mi wantan (betul)
22. bubur lambok (salah) bubur lambuk (betul)
23. su hun goreng (salah) suun goreng(betul)
24. hotdog (salah) hot dog (betul)
25. roti prata (salah) roti perata (betul)
26. kek majerin (salah) kek marjerin (betul)
27. krosant (salah) kroisan (betul)
28. nasi beriyani (salah) nasi beriani (betul)
29. sushi (salah) susyi (betul)
30. chap chay (salah) capcai (betul)
31. tambahlah menu di ruang komen jika anda sudi.
Selamat menyambut bulan Ramadan.
Salam Ramadan al-Mubarak.
Sebarkan dan tularkan! (viralkan)
pizza (salah) piza(betul)
ReplyDeletespagheti(salah) spageti(betul)