Kata sendi nama "di" atau kata kerja pasif berawalan "di-" yang mengelirukan.
Banyak pengguna bahasa termasuk ibu bapa, murid-murid, dan masyarakat di Malaysia suka menyalahgunakan penggunaan "di" dalam tulisan mereka.
Contoh:
(a) Disamping itu, masalah sosial juga disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.
(b) Saya meletakkan buku itu diatas meja.
(c) Lelaki itu akan di masukkan ke hospital petang ini.
Dalam ayat (a) "di" diikuti kata nama, iaitu "samping". Oleh sebab itu, perkataan "di" yang berfungsi sebagai kata nama yang diterima oleh tempat mesti ditulis jarak. Hal ini dikatakan demikian kerana tempat dan kata sendi nama tidak boleh ditulis rapat seperti kata kerja pasif.
Dalam ayat (b) "di" yang diikuti kata arah "atas" mestilah dijarakkan juga kerana kata sendi "di" dalam ayat itu diikuti oleh kata arah, bukan kata kerja.
Dalam ayat (c) "di" ditulis pisah walaupun diikuti kata kerja. Inilah kesilapan paling umum dalam kalangan pengguna bahasa. Jika "di" diikuti kata kerja, maka perlu ditulis secara rapat kerana perkataan ini ialah kata kerja pasif.
Lihat ayat aktif dan ayat pasif di bawah:
Ali membawa buku ke pejabat. (pasif)
Buku dibawa oleh Ali ke pejabat. (pasif)
Oleh sebab itu, pembetulan seperti yang berikut perlu dilakukan.
(a) Di samping itu, masalah sosial juga disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.
(b) Saya meletakkan buku itu di atas meja.
(c) Lelaki itu akan dimasukkan ke hospital petang ini.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete