Menurut sumber daripada Berita Harian yang disiarkan pada 1 Januari 2020, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu seluruh rakyat menerima Tahun Melawat Malaysia 2020(TMM2020) sebagai misi nasional dan memainkan peranan masing-masing bagi menjayakannya. Malaysia dikatakan terkenal kerana Malaysia mempunyai banyak destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati. Malaysia telah menjadi pilihan utama pelancong bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Kebanyakan pelancong lebih suka memilih Malaysia sebagai destinasi percutian utama sekeluarga. Walaupun jarak Malaysia jauh dari negara asing seperti Eropah namun hal ini juga tidak akan menjadi penghalang kepada pelancong. Walau bagaimanapun, kita yakin bahawa pelancong dapat menempuh penerbangan jauh untuk melancong di Malaysia bak pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Bersandarkan statistik semasa, prestasi industri pelancongan Malaysia untuk Januari hingga September 2019 menyaksikan kesan amat menggalakkan apabila ketibaan warga asing meningkat 3.7 peratus kepada 20.11 juta orang berbanding 19.39 juta orang bagi tempoh sama 2018. Malaysia merupakan destinasi pelancongan yang mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. Jika kita tepuk dada, tanya selera, kita akan mengetahui keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Apakah keistimewaannya?
Malaysia sangat istimewa sekali kerana memiliki pantai yang bersih dan cantik. Perkembangan industri pelancongan di negara kita juga disebabkan oleh keadaan cuaca yang panas dan lembap sepanjang tahun kerana kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa. Dengan itu, iklim tropika negara kita telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang popular terutama pelancong asing dari negara dengan empat musim. Misalnya, Pantai Cenang di Langkawi memiliki pantai dengan campuran pasir putih yang berkilauan, perairan biru kristal dan kawasan yang mendamaikan dengan udara yang nyaman. Antara pulau yang menjadi tumpuan para pelancong di negara kita termasuklah Pulau Langkawi, Pulau Redang dan Pulau Tioman. Para pelancong juga dapat merasai ”syurga dunia” dengan melakukan aktiviti selam skuba di kawasan batu karang yang terletak di Pulau Tioman. Para pelancong akan teruja dan berpuas hati kerana destinasi pelancongan Malaysia bukanlah indah khabar daripada rupa.Natijahnya, industri pelancongan akan memberikan pelbagai peluang pekerjaan dan perniagaan kepada penduduk kita. Tuntasnya, pantai yang bersih dan cantik merupakan keistimewaan di negara Malaysia untuk menarik para pelancong.
Lain daripada itu, Malaysia dikurniakan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik. Hal ini dikatakan demikian kerana sajian istimewa daripada pelbagai air tangan bangsa dan kebudayaan. menghiasi meja makan di restoran mahupun di kedai makan di bawah pokok yang rendang dibuai angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa Pelancong mesti mengenali dan menggemari makanan di Malaysia kerana tak kenal maka tak cinta. Negara kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui beraneka jenis makanan seperti sate, lemang, mi goreng mamak, makanan laut, kuetiau goreng dan nasi lemak. Makanan tempatan menjadi produk pelancongan yang utama di Malaysia untuk menarik minat pelancong untuk mengunjungi negara kita. Kita juga boleh menghiasi video pelancongan dengan keistimewaan Malaysia. Tegasnya, pelbagai jenis makanan tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa di mata pelancong dari setiap pelosok dunia.
Pada masa yang sama, kemudahan pengangkutan awam termoden juga ialah keistimewaan Malaysia yang melonjakkan industri pelancongan domesti dan antarabangsa. Hal ini dikatakan demikian kerana kemudahan pengangkutan awam akan memberikan kemudahan kepada pelancong untuk bergerak ke mana-mana. Sistem pengangkutan yang efisien di negara kita memainkan peranan yang penting untuk menjanakan perkembangan industri pelancongan. Sebagai contohnya, kemudahan pengangkutan di Malaysia termasuklah sistem tren komuter, sistem tren leketronik, kapal terbang, teksi dan bas. Apabila pemandu pelancong membawa pelancong ke pusat pelancongan, pelancong mampu menjimatkan perbelanjaan mereka dengan menggunakan perkhidmatan kemudahan pengangkutan awam negara. Pelancong haruslah ukur baju di badan sendiri sewaktu memilih sistem pengangkutan awam. Keadaan ini dikatakan jelas bak peribahasa sudah terang lagi bersuluh bahawa Malaysia makin istimewa di dalam hati pelancong kerana kemudahan ini.
Kesimpulannya, industri pelancongan perlu dimajukan dengan semua keistimewaan yang saya nyatakan di atas untuk menarik lebih banyak pelancong agar melancong ke negara kita. Di sebalik itu, kita perlulah menjaga kebersihan alam sekitar kita, memelihara kebudayaan kaum dan menjaga kesopanan diri sendiri. Sebagai contohnya, orang awam sekurang-kurangnya boleh memainkan peranan dengan cara bertegur sapa dengan para pelancong atau sekadar mengukir senyuman sebagai tanda persahabatan dan kemesraan kerana budi bahasa budauya kita. Saya berdoa semoga nama Malaysia akan menjadi sebutan dan tumpuan utama seluruh penduduk dunia ubtuk berkunjung sambil merehatkan minda mereka melalui keprihatinan dan rasa bertanggungjawab rakyat Malaysia. Saya yakin bahawa Malaysia pasti mampu menjadi pusat pelancongan utama lalu mengukir nama indah di peta dunia. Pada masa akan datang, iaitu tidak lama lagi, negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara jiran kita yang sudah tersohor sebagai negara pelancongan di rantau ini. Tuntasnya, para pelancong mengetahui semua keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kerana keistimewaan ini lahir daripada usaha kerajaan dan kerjasama rakyat serta komitmen semua pihak.
markah 26/30
Tema - menjawab tugasan
Idea - matang dan jelas
Bahasa - masih boleh diperbaik dari segi struktur dan kosa kata
Pengolahan - menarik dan ada kemajuan!
Tahniah!
markah 26/30
Tema - menjawab tugasan
Idea - matang dan jelas
Bahasa - masih boleh diperbaik dari segi struktur dan kosa kata
Pengolahan - menarik dan ada kemajuan!
Tahniah!
karangan yang sangat membantu dan banyak idea ......... terima kasih.........
ReplyDeleteThank you sm
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteThanks
ReplyDelete非常感恩,希望我考试pass
ReplyDelete