12 May 2020

USAHA MENGHARGAI JASA GURU - KARANGAN TAHAP PT3


USAHA MENGHARGAI JASA GURU
          
Berapakah ramaikah yang tahu tarikh kita menyambut Hari Guru? Dalam satu kajian daripada Majalah Dewan Siswa ,terdapat 67 peratus murid tidak mengetahui tarikh Hari Guru disambut. Bukan itu sahaja, mereka juga tidak sedar akan tema sambutan Hari Guru yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebenarnya, fenomena ini amat menyedihkan. Oleh itu, yang berikut ialah usaha yang boleh kita lakukan untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru.
         
           Usaha paling pragmatik menyambut Hari Guru di sekolah ialah pihak sekolah mengumpulkan guru dan murid di tapak perhimpunan bergema dengan lagu Kami Guru Malaysia dan menjiwai lagu tersebut dengan baiknya. Murid-murid perlulah memberikan tepukan paling gemuruh kepada guru yang berjasa dan berkorban demi anak murid mereka dan inilah cara mereka membalas jasa yang paling bermakna. Dengan berbuat demikian ,kenangan ini pasti terpahat di dalam hati mereka.

          Guru bagai lilin membakar diri demi menerangi hidup anak murid. Kita dapat menunjukkan penghargaan jasa kita dengan mengucapkan terima kasih kepada guru pada setiap masa dan mengikut nasihat mereka. Selain itu, kita juga mestilah mengingati ajaran mereka yang banyak berkorban jiwa dan raga demi anak murid dengan menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajarkan ilmu di dalam kelas. Secara tegas, tumpuan dan perhatian dan serta amalan mendengar arahan guru ialah cara yang baik untuk kita menunjukkan penghargaan dan penghormatan kepada mereka.

           Peribahasa Cina ada menyebut, “sehari menjadi guru, seumur hidup bergelar guru”. Oleh hal yang demikian, murid yang berjumpa dengan guru patutlah memberikan salam kepada guru sebagai tanda hormat. Kita juga dapat mengingati  jasa dan pengorbanan guru dengan memberikan bantuan kepada guru apabila terjumpa mereka di luar sekolah. Tambahan pula, kita juga wajarlah mengingati dan memanggil nama mereka dengan sopan bertanya khabar dan menghantar kad ucapan dari masa ke masa. Jika amalan ini dipraktikkan, mereka pasti berasa tenang.

           Guru-guru banyak berjasa kepada kita. Mereka telah memberikan tunjuk ajar dari segi akademik dan bukan akademik dan mereka mempunyai insan paling dekat dengan kita di sekolah selain kawan. Oleh sebab itu, kita mesti mengingati jasa guru dengan baiknya dengan mengumpulkan kawan dan rakan sepersekolahan dan menganjurkan perjumpaan dan majlis makan-makan untuk meraikan guru yang banyak berjasa mendidik kita serta mengilmukan kita dengan pelbagai pengetahuan.

            Di samping itu, sebagai anak murid kita perlu mendoakan kesihatan guru berdoa agar guru-guru sentiasa sejahtera dan sihat wal afiat dan bertenaga untuk terus menyampaikan ilmu kepada anak bangsa. Mereka menjadi suri teladan kepada anak-anak didiknya dengan berpakaian kemas dan bersopan santun. Dengan itu, kita bolehlah menguar-uarkan jasa dan pengorbanan guru melalui penulisan kreatif menulis sajak khas untuk guru yang pasti menggamit kenangan.
       
            Kesimpulannya, semua murid berperanan merenung dan menghayati jasa dan pengorbanan guru. Kita boleh  mengingati sajak Usman Awang yang bertajuk "Guru oh Guru" yang berusaha untuk menggembirakan hati guru dan menggalakkan murid-murid mencapai keputusan yang cemerlang demi membalas jasa guru kerana keputusan yang cemerlang mempunyai tanda ingatan dan kenangan yang pasti tidak akan luput daripada ingatan. Guru mempunyai pembina harapan negara, guru mempunyai pembentuk pemimpin negara dan terutamanya guru pencetus kejayaan semua!



Karangan di atas diubah suai dan dibetulkan oleh Cikgu Tan CL. Karangan ini dihasilkan oleh murid yang bernama Joel Loo Kaiyi dari Pulau Pinang yang belajar dalam talian dengan Cikgu Tan CL. Untuk keterangan lanjut tentang pembelajaran dalam talian, hubungi 0122099440.

2 comments:

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.