14 February 2019

Ceritera "memberi" dan "memberikan"

Saya pernah diketawakan oleh sekumpulan guru pada awal perkhidmatan di sebuah sekolah. Antara kekeliruan/kesilapan yang saya buat pada waktu itu hanyalah kesilapan umum seperti "memberi" dan "memberikan". Dengan sindiran dan cemuhan itu, saya menanam tekad dan berjanji kepada diri sendiri untuk menguasai tatabahasa dengan baiknya. Saya mengambil sindiran itu sebagai penggalak dan pemangkin daripada menjadikannya sebagai pelemah semangat. Di bawah ini, saya kongsikan rumus mudah untuk membezakan penggunaan antara "memberi" dengan "memberikan".
(subjek) memberi (benda hidup) (apa)
(subjek) memberikan (apa) kepada (benda hidup)
Contoh 1
Salleh memberi Azhar sebatang pen.
Salleh memberikan sebatang pen kepada Azhar.
Contoh 2
Arrifin memberi kucingnya makanan.
Arrifin memberikan makanan kepada kucingnya.
Rumus di atas mudah diingati, senang diajarkan dan pantas dihafal. Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang pernah mengejek saya kerana andalah yang menggalakkan saya terus menimba ilmu.
Salam bahasa jiwa bangsa.

No comments:

Post a Comment

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.