11 June 2018

BENGKEL PENULISAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN DI SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CHUNG HUA, KLANG

Untuk menulis karangan yang baik, sama seperti kita mendengar lagu yang baik dihasilkan. Saya yakin bahawa melodi serta liriknya akan terpahat kukuh dalam sanubari kita. Kalau lagu memerlukan lirik, melodi, lenggok, dan tempo yang betul, karangan memerlukan idea yang bernas, huraian yang matang, dan bahasa yang gramatis lagi cemerlang dengan kosa kata bertaraf tinggi dan laras bahasa yang segar lagi menarik. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah Sekolah Menengah Persendirian Chung Hua, Klang yang mengundang saya untuk merealisasikan bengkel penulisan SPM untuk bahagian bahan rangsangan. Sesungguhnya, melodi dan lagu tidak dapat dipisahkan, karangan dan murid tidak dapat direnggangkan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Digital Academy yang merakamkan plot bengkel ini dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi. Mana-mana sekolah di Lembah Klang yang mahu memanfaatkan program seperti ini bolehlah menghubungi Zuizen Melvin Lim untuk urusan perbengkelan. Saya sedia membantu sekolah dan murid yang memerlukan kemahiran mengarang, mahupun menjawab rumusan, komsas, menguasai tatabahasa mahupun mencengkam kukuh teknik menjawab novel PT3 dan SPM. Bengkel yang dirakamkan ini akan memanfaatkan tuan rumah (sekolah) secara percuma. Yang paling signifikan, pengajaran yang interaktif dan bermutu tinggi dapat disampaikan kepada murid di seluruh negara.




HASIL BENGKEL:

Pengawas ialah seseorang murid yang dilantik oleh guru disiplin untuk menjalankan tugas dalam bidang disiplin di sekolah. Selalunya, seseorang pengawas yang dilantik itu mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik dan mempunyai sikap yang baik. Sebagai pengawas, peranan mereka pastinya lebih berat berbanding dengan murid yang lain. Persoalannya, apakah tanggungjawab sebagai seorang pengawas?

Antara tanggungjawab pengawas termasuklah perlu membantu guru dalam pelbagai perkara. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas lebih berupaya untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Sebagai contohnya, pengawas dapat membantu guru untuk mengajar pelajar yang lemah dalam akademik mahupun menjayakan sesuatu majlis di sekolah. Dengan ini, beban guru yang sememangnya berat dapat diringankan. Jelaslah bahawa sudah menjadi tanggungjawab pengawas untuk membantu guru di sekolah.

Selain itu, pengawas berperanan untuk meningkatkan disiplin pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas mudah untuk mengenal pasti dan menangkap pelajar yang melanggar peraturan sekolah . Misalnya, pengawas yang bertugas pasti membuat rondaan di sekeliling sekolah pada masa rehat. Oleh itu, pelajar yang ditangkap kerana kesalahan disiplin dapat diberi nasihat dan denda agar mereka dapat insaf akan kesalahan diri. Konklusinya, pengawas haruslah memikul tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti disiplin pelajar di sekolah.

Seterusnya, pengawas juga bertanggungjawab untuk menjadi suri teladan kepada pelajar yang lain. Hal ini disebabkan oleh, pengawas ialah seseorang murid yang semestilah memiliki tahap berdisiplin yang tinggi. Tamsilannya, pengawas akan berbaris dengan teraturnya apabila mereka berada di kantin. Oleh sebab itu, pelajar akan mencontohi tingkah laku pengawas dan seterusnya mematuhi peraturan sekolah. Tegasnya, pengawas perlulah menjadi contoh yang baik kepada pelajar agar mereka sama-sama menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Intihanya, pengawas banyak memikul tanggungjawab di sekolah. Pengawas sekolah haruslah bekerjasama dengan sekolah dengan prinsip pepatah Melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya imej dan nama baik sekolah dapat ditingkatkan. Bukan itu sahaja, pengawas juga haruslah menjadi wakil pelajar untuk menyuarakan pendapat pelajar kepada pihak sekolah supaya guru dapat memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Saya berharap agar semua pengawas sekolah akan menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab.
Eddie Leong Xing Jie
Sekolah Menengah Chung Hua (PSDN)
(Karangan di atas sudah diedit dan dibaiki oleh Cikgu Tan untuk tujuan siaran di sini.)
===============================================================================


Setiap sekolah mempunyai seseorang yang membantu menguruskan disiplin dan berurusan dengan pelbagai aktiviti sekolah. Tugasan ini dipikul oleh pengawas. Pengawas ialah seseorang yang dilantik oleh guru disiplinpemilihan pengawas-pengawas akan dijalankan berdasarkan beberapa ciri berikut, iaitu tahap kematangan, kelakuan, kesopanan, prestasi akademi dan kelakuan. Jadi pengawas ialah orang yang sangat penting di sekolah. Persoalannya,apakah tanggungjawab pengawas sekolah?
Antara tanggungjawab pengawas sekolah termasuklah membantu guru dalam pelbagai pelbagai. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas mempunyai keupayaan dan kecekapan untuk membantu guru menangani masalah. Sebagai contohnya, pengawas boleh membantu guru mengajar pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran di dalam kelas dan menguruskan pelbagai perkara di dalam kelas. Dengan ini, beban guru dapat dikurangkan. Tegasnya, pengawas mesti membantu guru pelbagai perkara.
Selain itu, tanggungjawab pengawas sekolah termasuk juga meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas mempunyai lebih banyak peluang menjalinkan hubungan baik dan mesra dengan rakan sekelas mereka dan dapat mencari kesilapan yang dibuat oleh rakan sekelas mereka tepat pada masanya. Sebagai contohnya, pengawas meronda di sekitar sekolah semasa rehat dan menghukum mereka yang telah ditangkap kerana melakukan kesalahan disiplin supaya mereka tidak lagi melakukan kesalahan yang sama. Ringkasnya, pengawas boleh meningkatkan disiplin murid.
Seterusnya, tanggungjawab pengawas sekolah termasuk menjadi suri teladan kepada murid lain. Hal ini disebabkan oleh keputusan pengawas sangat baik dari segi akademik dan akhlak. Pelajar harus belajar daripadanya. Misalnya, pengawas bolehlah menjadi contoh kepada kawan-kawan dan mematuhi peraturan sekolah. Dengan ini, pelajar juga akan mematuhi peraturan sekolah. Tegasnya, pengawas sangat penting kerana mereka menjadi suri teladan.
Kesimpulannya, pengawas banyak memikul tanggungjawab di sekolah. Tanggungjawab mereka bukan sekadar untuk membantu guru, malah meningkatkan disiplin murid dan menjadi harapan kepada warga sekolah. Mereka ialah wakil pelajar dan wakil sekolah. Jadi mereka mesti bertanggungjawab supaya meningkatkan imej dan nama sekolah. Jadi saya berharap agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab.

PENULIS: yuping51413@gmail.com
NAMA: TAK PASTI... CIKGU PHAN SILA BANTU SAYA
 ===============================================================================


Pengawas ialah seseorang murid yang menjalankan tugas dalam bidang disiplin di sekolah. Biasanya, murid dipilih sebagai pengawas kerana mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik dan mempunyai sikap yang baik. Sebagai pengawas, peranan mereka lebih berat berbanding dengan murid yang lain. Persoalannya,apakah tanggungjawab sebagai seorang pengawas
Antara tanggungjawab pengawas termasuk perlu membantu guru membuat pelbagai perkara. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas harus melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru dengan bertanggungjawab. Sebagai contohnya, pengawas membantu guru mengekalkan pesanan semasa guru tidak berada dalam kelas. Selain itu, pengawas membantu guru mengajar rakan-rakan yang lemah. Dengan itu, beban guru dapat diringankan. Pengawas bertanggungjawab untuk membantu geru di sekolah.
Selain itu, pengawas berperanan untuk meningkatkan disiplin murid-murid. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas tanggungjawab untuk pemantapan dan pemapanan peraturan sekolah. Misalnya, pengawas perlu bertugas sebagai pengawal dengan berdiri dan membuat rondaan di sekeliling sekolah pada masa rehat. Murid-murid yang melanggar peraturan sekolah akan diberi nasihat dan denda agar tidak mengulang kesalahan. Konklusinya, pengawas mestilah bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti disiplin sekolah.
Kemudian, pengawas juga bertanggungjawab menjadi suri teladan pelajar yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas ialah seseorang yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Tamsilannya, pengawas akan beratur semasa membeli barang dalam mana-mana. Oleh sebab itu, pelajar akan mengikuti tingkah laku pengawas dan mematuhi peraturan sekolah. Tegasnya, pengawas perlulah menjadi contoh yang baik kepada pelajar agar mereka mengikuti tingkah laku pengawas dan menjadi murid yang cemerlang.
Kesimpulannya, pengawas harus tanggungjawab di sekolah. Pengawas sekolah haruslah bekerjasama dengan sekolah bagai aur dengan tebing supaya imej sekolah dapat ditingkatkan. Bukan itu sahaja, pengawas juga haruslah menjadi wakil pelajar untuk memberitahu pihak sekolah masalah yang dihadapi oleh mereka dalam pelajaran mahupun pergaulan. Saya berharap agar semua pengawas sekolah dapat menjalankan tugas dengan semangat bertanggungjawab.
Chong Xiao Yi
Sekolah Menengah Chung Hua ( PSDN)
 ===============================================================================



Sekolah dikenali sebagai tempat murid-murid menimba ilmu dan membina personaliti mereka yang baik. Untuk meningkatkan tahap disiplin dan akademik dalam kalangan murid, pihak sekolah melantik murid yang berdaya menjadi pengawas sekolah.Tanpa membuang masa, marilah kita sama-sama mencari menyelami tajuk perbincangan kita. Apakah peranan pengawas dalam sekolah?

Cikgu hanya ada dua belah tangan dan boleh hanya menguruskan suatu perkara dalam satu masa. Untuk menguruskan sebanyak murid, pengawas merupakan tangan kedua cikgu. Sebagai contohnya, pengawas bolehlah membantu guru mengangkat barang yang berat ke kelas atau dari kelas ke pejabat guru. Jelaslah bahawa pengawas mempunyai tanggungjawab untuk membantu guru dalam pelbagai perkara di sekolah. Pengawas haruslah mempunyai sikap yang baik.

Guru disiplin di sekolah hanya mempunyai sepasang mata dan tidak mungkin dapat mengawas setiap penjuru. Oleh sebab itu, pengawas sekolah menjadi mata guru-guru. Jika murid membuat kesalahan atau melanggar peraturan sekolah, pengawas patut menasihati mereka. Dengan cara ini tahap disiplin sekolah dapat bertambah baik. Pengawas sekolah pun dianggap sebagai “polis sekolah” untuk ketegasan mereka.

Kebanyakan murid tidak tahu cara-cara untuk menjadi seorang murid yang cemerlang dan tidak tahu usaha untuk mencapainya. Oleh itu, pengawas haruslah menjadi suri teladan kepada murid yang lain dengan memberikan contoh atau teladan sikap yang baik kepada mereka. Bak pepatah Cina, “membuat diri sukar,mengikut orang senang” . Oleh itu pengawas perlulah selalu bersikap betul kerana menjadi contoh orang selalu. Untuk menjadi seorang pengawas agak sukar kerana selain menguruskan hal sendiri hal sekolah, mereka harus dapat memikul tanggungjawab.

Kesimpulannya, pengawas sekolah memikul pelbagai tanggungjawab. Dalam hal ini, pengawas mereka dapat mempelajari lebih banyak pengalaman dari murid lain di sekolah. Dengan pengalaman dan pengetahuan ini, mereka dapat mematangkan diri dan menjadi remaja yang bermaklumat, berpengetahuan, dan berkewibawaan. Dengan kata lain, pengawas menjadi harapan sekolah dalam pembinaan akhlak yang mulia dalam kalangan warga sekolah. Pengawas haruslah menjalankan tugas dengan ikhlasnya.

Chew Kai Xuan
14206 S2ST
Chung Hua Klang (PSDN)

No comments:

Post a Comment

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.