Untuk menulis karangan yang baik, sama seperti kita mendengar lagu yang baik dihasilkan. Saya yakin bahawa melodi serta liriknya akan terpahat kukuh dalam sanubari kita. Kalau lagu memerlukan lirik, melodi, lenggok, dan tempo yang betul, karangan memerlukan idea yang bernas, huraian yang matang, dan bahasa yang gramatis lagi cemerlang dengan kosa kata bertaraf tinggi dan laras bahasa yang segar lagi menarik. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah Sekolah Menengah Persendirian Chung Hua, Klang yang mengundang saya untuk merealisasikan bengkel penulisan SPM untuk bahagian bahan rangsangan. Sesungguhnya, melodi dan lagu tidak dapat dipisahkan, karangan dan murid tidak dapat direnggangkan.
Terima kasih saya ucapkan kepada Digital Academy yang merakamkan plot bengkel ini dengan dedikasi dan komitmen yang tinggi. Mana-mana sekolah di Lembah Klang yang mahu memanfaatkan program seperti ini bolehlah menghubungi
Zuizen Melvin Lim untuk urusan perbengkelan. Saya sedia membantu sekolah dan murid yang memerlukan kemahiran mengarang, mahupun menjawab rumusan, komsas, menguasai tatabahasa mahupun mencengkam kukuh teknik menjawab novel PT3 dan SPM. Bengkel yang dirakamkan ini akan memanfaatkan tuan rumah (sekolah) secara percuma. Yang paling signifikan, pengajaran yang interaktif dan bermutu tinggi dapat disampaikan kepada murid di seluruh negara.
HASIL BENGKEL:
Pengawas ialah seseorang murid yang dilantik oleh guru disiplin untuk menjalankan tugas dalam bidang disiplin di sekolah. Selalunya, seseorang pengawas yang dilantik itu mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik dan mempunyai sikap yang baik. Sebagai pengawas, peranan mereka pastinya lebih berat berbanding dengan murid yang lain. Persoalannya, apakah tanggungjawab sebagai seorang pengawas?
Antara tanggungjawab pengawas termasuklah perlu membantu guru dalam pelbagai perkara. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas lebih berupaya untuk melaksanakan tugas yang diberikan oleh guru dengan penuh tanggungjawab. Sebagai contohnya, pengawas dapat membantu guru untuk mengajar pelajar yang lemah dalam akademik mahupun menjayakan sesuatu majlis di sekolah. Dengan ini, beban guru yang sememangnya berat dapat diringankan. Jelaslah bahawa sudah menjadi tanggungjawab pengawas untuk membantu guru di sekolah.
Selain itu, pengawas berperanan untuk meningkatkan disiplin pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana pengawas mudah untuk mengenal pasti dan menangkap pelajar yang melanggar peraturan sekolah . Misalnya, pengawas yang bertugas pasti membuat rondaan di sekeliling sekolah pada masa rehat. Oleh itu, pelajar yang ditangkap kerana kesalahan disiplin dapat diberi nasihat dan denda agar mereka dapat insaf akan kesalahan diri. Konklusinya, pengawas haruslah memikul tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti disiplin pelajar di sekolah.
Seterusnya, pengawas juga bertanggungjawab untuk menjadi suri teladan kepada pelajar yang lain. Hal ini disebabkan oleh, pengawas ialah seseorang murid yang semestilah memiliki tahap berdisiplin yang tinggi. Tamsilannya, pengawas akan berbaris dengan teraturnya apabila mereka berada di kantin. Oleh sebab itu, pelajar akan mencontohi tingkah laku pengawas dan seterusnya mematuhi peraturan sekolah. Tegasnya, pengawas perlulah menjadi contoh yang baik kepada pelajar agar mereka sama-sama menjadi murid yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.
Intihanya, pengawas banyak memikul tanggungjawab di sekolah. Pengawas sekolah haruslah bekerjasama dengan sekolah dengan prinsip pepatah Melayu berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya imej dan nama baik sekolah dapat ditingkatkan. Bukan itu sahaja, pengawas juga haruslah menjadi wakil pelajar untuk menyuarakan pendapat pelajar kepada pihak sekolah supaya guru dapat memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Saya berharap agar semua pengawas sekolah akan menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab.
Sekolah Menengah Chung Hua (PSDN)
(Karangan di atas sudah diedit dan dibaiki oleh Cikgu Tan untuk tujuan siaran di sini.)
===============================================================================
Setiap
sekolah mempunyai seseorang yang membantu menguruskan disiplin dan berurusan dengan
pelbagai aktiviti sekolah. Tugasan ini dipikul oleh pengawas. Pengawas ialah
seseorang yang dilantik oleh guru disiplin,pemilihan
pengawas-pengawas akan dijalankan berdasarkan beberapa ciri berikut, iaitu tahap
kematangan, kelakuan, kesopanan, prestasi akademi dan kelakuan. Jadi pengawas ialah
orang yang sangat penting di sekolah. Persoalannya,apakah tanggungjawab
pengawas sekolah?
Antara tanggungjawab
pengawas sekolah termasuklah membantu guru dalam pelbagai pelbagai. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengawas mempunyai keupayaan dan kecekapan untuk
membantu guru menangani masalah. Sebagai contohnya, pengawas boleh membantu
guru mengajar pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran di dalam kelas dan
menguruskan pelbagai perkara di dalam kelas. Dengan ini, beban guru dapat
dikurangkan. Tegasnya, pengawas mesti membantu guru pelbagai perkara.
Selain itu, tanggungjawab
pengawas sekolah termasuk juga meningkatkan disiplin murid. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengawas mempunyai lebih banyak peluang menjalinkan hubungan baik
dan mesra dengan rakan sekelas mereka dan dapat mencari kesilapan yang dibuat
oleh rakan sekelas mereka tepat pada masanya. Sebagai contohnya, pengawas
meronda di sekitar sekolah semasa rehat dan menghukum mereka yang telah
ditangkap kerana melakukan kesalahan disiplin supaya mereka tidak lagi
melakukan kesalahan yang sama. Ringkasnya, pengawas boleh meningkatkan disiplin
murid.
Seterusnya, tanggungjawab
pengawas sekolah termasuk menjadi suri teladan kepada murid lain. Hal ini
disebabkan oleh keputusan pengawas sangat baik dari segi akademik dan akhlak.
Pelajar harus belajar daripadanya. Misalnya, pengawas bolehlah menjadi contoh kepada
kawan-kawan dan mematuhi peraturan sekolah. Dengan ini, pelajar juga akan
mematuhi peraturan sekolah. Tegasnya, pengawas sangat penting kerana mereka
menjadi suri teladan.
Kesimpulannya, pengawas
banyak memikul tanggungjawab di sekolah. Tanggungjawab mereka bukan sekadar
untuk membantu guru, malah meningkatkan disiplin murid dan menjadi harapan
kepada warga sekolah. Mereka ialah wakil pelajar dan wakil sekolah. Jadi mereka
mesti bertanggungjawab supaya meningkatkan imej dan nama sekolah. Jadi saya berharap
agar mereka dapat menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab.
PENULIS: yuping51413@gmail.com
NAMA: TAK PASTI... CIKGU
PHAN SILA BANTU SAYA
===============================================================================
Pengawas
ialah seseorang murid yang menjalankan tugas dalam bidang disiplin di sekolah.
Biasanya, murid dipilih sebagai pengawas kerana mempunyai pencapaian yang baik
dalam akademik dan mempunyai sikap yang baik. Sebagai pengawas, peranan mereka
lebih berat berbanding dengan murid yang lain. Persoalannya,apakah
tanggungjawab sebagai seorang pengawas?
Antara tanggungjawab
pengawas termasuk perlu membantu guru membuat pelbagai perkara. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengawas harus melaksanakan tugas yang diberikan oleh
guru dengan bertanggungjawab. Sebagai contohnya, pengawas membantu guru
mengekalkan pesanan semasa guru tidak berada dalam kelas. Selain itu, pengawas
membantu guru mengajar rakan-rakan yang lemah. Dengan itu, beban guru dapat
diringankan. Pengawas bertanggungjawab untuk membantu geru di sekolah.
Selain itu, pengawas
berperanan untuk meningkatkan disiplin murid-murid. Hal ini dikatakan demikian
kerana pengawas tanggungjawab untuk pemantapan dan pemapanan peraturan sekolah.
Misalnya, pengawas perlu bertugas sebagai pengawal dengan berdiri dan membuat
rondaan di sekeliling sekolah pada masa rehat. Murid-murid yang melanggar
peraturan sekolah akan diberi nasihat dan denda agar tidak mengulang kesalahan.
Konklusinya, pengawas mestilah bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti
disiplin sekolah.
Kemudian, pengawas juga
bertanggungjawab menjadi suri teladan pelajar yang lain. Hal ini dikatakan
demikian kerana pengawas ialah seseorang yang mempunyai tahap disiplin yang
tinggi. Tamsilannya, pengawas akan beratur semasa membeli barang dalam
mana-mana. Oleh sebab itu, pelajar akan mengikuti tingkah laku pengawas dan
mematuhi peraturan sekolah. Tegasnya, pengawas perlulah menjadi contoh yang
baik kepada pelajar agar mereka mengikuti tingkah laku pengawas dan menjadi
murid yang cemerlang.
Kesimpulannya, pengawas
harus tanggungjawab di sekolah. Pengawas sekolah haruslah bekerjasama dengan
sekolah bagai aur dengan tebing supaya imej sekolah dapat ditingkatkan. Bukan
itu sahaja, pengawas juga haruslah menjadi wakil pelajar untuk memberitahu
pihak sekolah masalah yang dihadapi oleh mereka dalam pelajaran mahupun
pergaulan. Saya berharap agar semua pengawas sekolah dapat menjalankan tugas
dengan semangat bertanggungjawab.
Chong Xiao Yi
Sekolah Menengah Chung Hua ( PSDN)
===============================================================================
Sekolah dikenali sebagai tempat
murid-murid menimba ilmu dan membina personaliti mereka yang baik. Untuk
meningkatkan tahap disiplin dan akademik dalam kalangan murid, pihak sekolah
melantik murid yang berdaya menjadi pengawas sekolah.Tanpa membuang masa, marilah
kita sama-sama mencari menyelami tajuk perbincangan kita. Apakah peranan
pengawas dalam sekolah?
Cikgu hanya ada dua belah tangan dan boleh hanya menguruskan suatu
perkara dalam satu masa. Untuk menguruskan sebanyak murid, pengawas merupakan
tangan kedua cikgu. Sebagai contohnya, pengawas bolehlah membantu guru mengangkat
barang yang berat ke kelas atau dari kelas ke pejabat guru. Jelaslah bahawa
pengawas mempunyai tanggungjawab untuk membantu guru dalam pelbagai perkara di
sekolah. Pengawas haruslah mempunyai sikap yang baik.
Guru disiplin di sekolah hanya mempunyai sepasang mata dan tidak
mungkin dapat mengawas setiap penjuru. Oleh sebab itu, pengawas sekolah menjadi
mata guru-guru. Jika murid membuat kesalahan atau melanggar peraturan sekolah,
pengawas patut menasihati mereka. Dengan cara ini tahap disiplin sekolah dapat
bertambah baik. Pengawas sekolah pun dianggap sebagai “polis sekolah” untuk
ketegasan mereka.
Kebanyakan murid tidak tahu cara-cara untuk menjadi seorang murid
yang cemerlang dan tidak tahu usaha untuk mencapainya. Oleh itu, pengawas
haruslah menjadi suri teladan kepada murid yang lain dengan memberikan contoh atau
teladan sikap yang baik kepada mereka. Bak pepatah Cina, “membuat diri
sukar,mengikut orang senang” . Oleh itu pengawas perlulah selalu bersikap betul
kerana menjadi contoh orang selalu. Untuk menjadi seorang pengawas agak sukar
kerana selain menguruskan hal sendiri hal sekolah, mereka harus dapat memikul tanggungjawab.
Kesimpulannya, pengawas sekolah memikul pelbagai tanggungjawab.
Dalam hal ini, pengawas mereka dapat mempelajari lebih banyak pengalaman dari
murid lain di sekolah. Dengan pengalaman dan pengetahuan ini, mereka dapat
mematangkan diri dan menjadi remaja yang bermaklumat, berpengetahuan, dan
berkewibawaan. Dengan kata lain, pengawas menjadi harapan sekolah dalam
pembinaan akhlak yang mulia dalam kalangan warga sekolah. Pengawas haruslah
menjalankan tugas dengan ikhlasnya.
Chew
Kai Xuan
14206
S2ST
Chung
Hua Klang (PSDN)