KAEDAH PENGUASAAN AYAT AKTIF – AYAT PASIF
1. Kata ganti
nama diri mesti diulang kaji dari masa ke masa. Jom kita buat ulang kaji dengan
menyenaraikan kata ganti nama diri dalam tempat kosong di bawah.
Contoh:
Kata ganti nama diri pertama: aku, saya, beta, hamba, patik, ku, kita, kami
Kata ganti nama diri kedua: engkau, kau, kamu,
awak, kalian, anda, tuan hamba, tuanku
Kata ganti nama diri ketiga: dia, nya, mereka, beliau, baginda
2. Subjek
bagi ayat mesti dikenal pasti.
Contoh:
Ali membaca buku.
Subjek: Ali
3. Kata kerja
transitif perlu dikenal pasti dalam setiap ayat aktif.
Contoh:
Ali membaca buku.
Kata kerja
transitif: membaca
4. Objek
dalam setiap ayat aktif mestilah dikenal pasti. Jika ayat itu ada dua objek,
kenal pasti objek tepat sahaja. Objek sipi tidak mengalami perubahan dalam ayat
pasif.
Contoh 1:
Ali membaca buku.
Objek: buku
Contoh 2: Ali membacakan ibu buku.
Objek tepat:
ibu
Objek
sipi: buku
5. Ada 3
jenis ayat pasif yang perlu dikuasai oleh murid. Yang pertama ialah ayat yang
melibatkan subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri pertama dan
kedua sahaja.
Contoh:
Saya
membaca buku. (aktif)
subjek
|
kata
kerja aktif
|
objek
|
Saya
|
membaca
|
buku
|
Ayat pasif
objek
|
subjek
|
kata
kerja pasif
|
Buku
|
saya
|
baca
|
PERHATIAN!
6. Ayat pasif
dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh menggunakan kata
kerja berimbuhan di-... oleh
Contoh:
(a)
Saya membaca buku. (aktif)
Buku dibaca oleh saya. (salah) (pasif)
Buku saya baca. (betul)
(pasif)
(b)
Engkau menulis karangan. (aktif)
Karangan ditulis oleh engkau. (salah) (pasif)
Karangan engkau tulis. (betul) (pasif)
7. Apabila
kata bantu digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan
pada tempat yang sesuai, iaitu sebelum subjek. Ayat pasif yang menggugurkan
kata bantu akan menyebabkan maksud ayat berubah.
Contoh:
(a)
Saya sudah membaca buku. (aktif)
Buku sudah baca saya. (salah) (pasif)
Buku sudah saya baca. (betul) (pasif)
(b)
Engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan engkau perlu tulis. (salah) (pasif)
Karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)
8. Apabila
keterangan predikat hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada
strukturnya. Jika dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan
predikat tersebut untuk mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Saya sudah membaca buku di pondok. (aktif)
Buku di pondok sudah saya baca. (salah) (pasif)
Buku sudah saya baca di pondok. (betul) (pasif)
(b)
Pada waktu lapang, engkau perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan pada waktu lapang perlu engkau tulis. (salah) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu engkau tulis. (betul) (pasif)
Karangan perlu engkau tulis pada waktu lapang. (betul) (pasif)
9. Jika kata
ganti nama diri ketiga hadir dalam ayat aktif, frasa kerja pasif berimbuhan
“di...oleh” digunakan. Penggunaan “oleh” ialah unsur pilihan (opsyenal) dalam
ayat pasif.
Lihat
contoh di bawah:
Sharifah
membaca buku. (aktif)
subjek
|
kata
kerja aktif
|
objek
|
Sharifah
|
membaca
|
buku
|
Ayat pasif
objek
|
kata
kerja pasif
|
subjek
|
Buku
|
dibaca oleh
|
Sharifah Bahum
|
Buku
|
dibaca
|
Sharifah Bahum
|
10. Apabila
kata bantu digunakan dalam ayat aktif, kata bantu tersebut mestilah dikekalkan
pada tempat yang sesuai, iaitu sebelum kata kerja. Ayat pasif yang menggugurkan
kata bantu akan menyebabkan maksud ayat berubah.
Contoh:
(a)
Sharifah Bahum sudah membaca buku. (aktif)
Buku dibaca sudah oleh Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Buku sudah dibaca oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Buku sudah dibaca Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
(b)
Murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan ditulis perlu oleh murid-murid. (salah) (pasif)
Karangan perlu ditulis oleh murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)
11. Apabila
keterangan predikat hadir dalam ayat, kekalkan predikat tersebut pada
strukturnya. Jika dikedepankan, anda juga perlu mengedepankan keterangan
predikat tersebut untuk mengekalkan strukturnya.
Contoh:
(a)
Sharifah Bahum sedang membaca buku di pondok. (aktif)
Buku di pondok sedang dibaca oleh Sharifah Bahum.(salah) (pasif)
Buku sedang dibaca oleh Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)
Buku sedang dibaca Sharifah Bahum di pondok. (betul) (pasif)
(b)
Pada waktu lapang, murid-murid perlu menulis karangan. (aktif)
Karangan pada waktu lapang perlu ditulis oleh murid-murid.
(salah) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu ditulis oleh
murid-murid. (betul) (pasif)
Pada waktu lapang, karangan perlu ditulis murid-murid. (betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis oleh murid-murid pada waktu lapang.
(betul) (pasif)
Karangan perlu ditulis murid-murid pada waktu lapang. (betul) (pasif)
12. Kekecualian
diberikan kepada ayat pasif semu yang berimbuhan ter-. Hal ini dikatakan
demikian kerana fungsi makna imbuhan ter- perlu dikekalkan. Oleh sebab itu,
imbuhan ter- tidak mengalami sebarang perubahan imbuhan apabila dipasifkan.
Selain itu, kata sendi nama “oleh” ialah unsur wajib ditulis sebelum subjek
ditulis dalam ayat pasif semu.
Lihat
contoh di bawah:
Sharifah Bahum terpijak paku.
(aktif)
subjek
|
kata
kerja aktif
|
objek
|
Sharifah Bahum
|
terpijak
|
paku.
|
objek
|
kata
kerja pasif
|
subjek
|
Paku
|
terpijak oleh
|
Sharifah Bahum
|
Paku terpijak Sharifah Bahum. (salah) (pasif)
Paku terpijak oleh Sharifah Bahum. (betul) (pasif)
Paku Sharifah Bahum terpijak. (salah) (pasif)
DRP
ReplyDeletemcm mane kalau ade 10 subjek dalam satu ayat
ReplyDelete.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saje pncing