2 February 2018

120 SOALAN LATIHAN POLA AYAT


UJANA SINTAKSIS 1
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN +FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

1.       Aishah anak sulung guru Matematik sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)

2.       Saya yakin bahawa rakan-rakan sekelas saya sangat rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)

3.       Rombongan yang akan menyertai ekspedisi berkayak telah bertolak.
POLA AYAT: (FN+FK)

4.       Yang belum ke sekolah lagi ialah adik kerana baru berusia tiga tahun.
POLA AYAT: (FN+FN)

5.       Seorang pelajar akan ke Kuala Lumpur bersama-sama rombongan itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

6.       Semua lapan orang anggota pasukan lari berganti-ganti sekolah kita cerdas.
POLA AYAT: (FN+FA)

7.       Beberapa ekor burung merpati sedang makan padi di jemuran Mak Teh.
POLA AYAT: (FN+FK)

8.       Buku cerita ini tentang pengembaraan seorang pemuda dari kampungnya.
POLA AYAT: (FN+FS)

9.       Pelajar baharu kelas itu bernama Ariana Zafirah.
POLA AYAT: (FN+FK)

10.  Beliau seorang guru yang amat dedikasi dalam tugasnya.
POLA AYAT: (FN+FN)

11.  Pelajar itu daripada Kelab Harimau Muda.
POLA AYAT: (FN+FS)

12.  Dari negara Jepun kebanyakan pengunjung ke pameran itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

13.  Semua pemain sepak takraw pasukan itu dari Kampung Bahagia.
POLA AYAT: (FN+FS)

14.  Pelumba basikal yang sedang kami tunggu itu amat gigih.
POLA AYAT: (FN+FA)

15.  Guru yang sedang berkursus di Kuala Lumpur ialah Cikgu Zakaria.
POLA AYAT: (FN+FN)

16.  Amat terkenal pelumba basikal yang memenangi perlumbaan kali ini.
POLA AYAT: (FN+FA)

17.  Penuntut yang terlibat dalam kemalangan itu seorang pelajar Cina.
POLA AYAT: (FN+FN)

18.  Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat.
POLA AYAT: (FN+FK)

19.  Askar Melayu yang membuat tasik di negeri Ceylon dahulu sungguh rajin.
POLA AYAT: (FN+FA)

20.  Kapal Phinisi itu daripada hasil tangan kaum Banjar di Bulukumba.
POLA AYAT: (FN+FS)

21.  Gelang emas yang dihadiahkan kepada isterinya itu cantik sungguh.
POLA AYAT: (FN+FA)

22.  Buah durian di belakang rumah Pak Lazim sudah gugur.
POLA AYAT: (FN+FK)

23.  Semua perkakas di dalam bilik darjah sekolah kami daripada kayu jati.
POLA AYAT: (FN+FS)

24.  Penyanyi muda yang berkasut kulit buatan Itali itu adik Mat Rashid.
POLA AYAT: (FN+FN)
25.  Bangunan kelab sukan di penjuru jalan itu sudah usang benar.
POLA AYAT: (FN+FA)

26.  Dua sisir sikat rambut di almari telah dibeli oleh kakak Gopal.
POLA AYAT: (FN+FK)

27.  Basikal pam angin yang sedang ditunggangi oleh adik ialah jenis Raleigh.
POLA AYAT: (FN+FN)

28.  Pengawal peribadi menteri yang baru bersara itu dari kampung saya.
POLA AYAT: (FN+FS)

29.  Kayu pembaris kepunyaan abang Foo Ying dipinjamkan kepada cikgu.
POLA AYAT: (FN+FK)

30.  Kereta lama yang tidak boleh bergerak lagi kerana kehabisan minyak pelincir itu kepunyaan abang David.
POLA AYAT: (FN+FN)

31.  Ayah Hafiz ke kedai membeli getah pemadam untuk anaknya.
POLA AYAT: (FN+FS)

32.  Umur batu penanda di jalan raya itu cukup tua.
POLA AYAT: (FN+FA)

33.  Lebah betina yang menyengat budak kecil itu akhirnya telah mati dipukul.
POLA AYAT: (FN+FK)

34.  Mereka ke kampung itu untuk melihat kambing jantan Pak Manaf yang berkaki lima.
POLA AYAT: (FN+FS)

35.  Gerabak kereta api untuk penumpang perempuan sahaja itu sungguh cantik.
POLA AYAT: (FN+FA)

36.  Penduduk rumah pangsa yang berhijrah ke bandar untuk mencari kerja kaum lelaki belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)

37.  Bantuan ini untuk orang kampung yang menjadi mangsa banjir.
POLA AYAT: (FN+FS)

38.  Ketua negara itu sentiasa mengingatkan penghuni kota supaya berdikari.
POLA AYAT: (FN+FK)

39.  Bilangan anak bandar yang tidak mengetahui nama pokok itu sedikit sekali.
POLA AYAT: (FN+FA)

40.  Yang bergotong-royong membersihkan kawasan pinggiran itu orang Kampung Sentosa.
POLA AYAT: (FN+FN)

41.  Keluarga yang baru sampai petang tadi dari Pantai Timur.
POLA AYAT: (FN+FS)

42.  Api itu sukar dipadamkan kerana angin barat daya sedang melanda ketika itu.
POLA AYAT: (FN+FK)

43.  Penduduk kampung itu mulai risau kerana air sungai simpang kiri terus menurun.
POLA AYAT: (FN+FA)

44.  Jalan belakang rumah kampung yang gelap sentiasa itu ialah jalan mati.
POLA AYAT: (FN+FN)

45.  Jam tangan yang baru dibelinya untuk isterinya.
POLA AYAT: (FN+FS)

46.  Wanita India zaman dahulu menggemari gelang kaki.
POLA AYAT: (FN+FK)

47.  Pemuda yang meragut rantai leher wanita tersebut amat ganas.
POLA AYAT: (FN+FA)

48.  Lelaki yang tidak lagi kelihatan batang hidungnya itu ialah adik Othman.
POLA AYAT: (FN+FN)

49.  Sejak menggunakan motor diesel, penggunaan minyak kereta Azman amat kurang.
POLA AYAT: (FN+FA)
50.  Keluarga yang tinggal di pangsapuri itu masih menggunakan dapur gas apabila memasak.
POLA AYAT: (FN+FK)

51.  Mereka yang suka belayar di lautan dengan hanya menggunakan perahu layar ialah pedagang dari seberang.
POLA AYAT: (FN+FN)

52.  Enjin kereta api Senandung Malam antara yang dibaik pulih.
POLA AYAT: (FN+FS)

53.  Waktu hari keramaian, ramai orang kampung akan ke bandar.
POLA AYAT: (FN+FS)

54.  Menara gading yang diisi borang permohonannya oleh mereka ialah Universiti Malaya.
POLA AYAT: (FN+FN)

55.  Majlis perkahwinan anak gadis penghulu yang sedang diadakan itu amatlah meriah.
POLA AYAT: (FN+FA)

56.  Kedua-dua buah negara itu sedang menandatangani surat perjanjian kerjasama ekonomi dan keselamatan serantau.
POLA AYAT: (FN+FK)

57.  Pakaian ibu yang baharu itu daripada butik ternama bandar ini.
POLA AYAT: (FN+FS)

58.  “Jagalah baik-baik buku kamu itu,” kata ibu Asmah kepada anak bongsunya.
POLA AYAT: (FN+FK)

59.  Dalam sejarah Islam memang amat terkenal tentang harta Raja Sulaiman.
POLA AYAT: (FN+FA)

60.  Kedua-dua orang adik-beradik yang tidak pulang kerana akan menghadiri mesyuarat kelab sekolah pada petang tersebut ialah Hassan dan Hussein.
POLA AYAT: (FN+FN)


61.  Bandar Sri Aman bukan ibu kota negeri Sarawak.
POLA AYAT: (FN+FN)

62.  Taman haiwan di bandar itu bersih seperti Taman Baiduri.
POLA AYAT: (FN+FA)

63.  Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara itu di Sabah.
POLA AYAT: (FN+FS)

64.  Pegawai hutan itu tidak membenarkan sesiapa pun memancing di sepanjang Sungai Pahang.
POLA AYAT: (FN+FK)

65.  Usahawan yang baru tiba, iaitu Tengku Ariff, dari negara Pahang.
POLA AYAT: (FN+FS)

66.  Syed Othman sentiasa termenung kerana memikirkan masa depan anak-anaknya. POLA AYAT: (FN+FK)

67.  Hasmadi yang akan menunaikan ibadah umrah pada tahun ini anak angakat Dr. Haji Maulud.
POLA AYAT: (FN+FN)

68.  Mereka cukup gembira apabila Profesor Tan Sri Balong dilantik sebagai Naib Canselor universiti tersebut.
POLA AYAT: (FN+FA)

69.  Gemuk sungguh keempat-empat ekor lembu belaan Selvam.
POLA AYAT: (FN+FA)

70.  Tiga buah rumah ranap akibat banjir yang melanda minggu lalu.
POLA AYAT: (FN+FK)

71.  Kesemua pegawai kanan di pejabat tersebut ialah orang tempatan.
POLA AYAT: (FN+FN)

72.  Ibu tua yang mewakafkan dua bidang tanah daripada keluarga hartawan.
POLA AYAT: (FN+FS)
73.  Kereta Proton berwarna biru muda ini buatan Malaysia.
POLA AYAT: (FN+FN)

74.  Daripada kain sutera warna kehijauan pakaian permaisuri ini.
POLA AYAT: (FN+FS)

75.  Menara Kuala Lumpur yang berdiri megah ini menjadi kebanggaan negara.
POLA AYAT: (FN+FK)

76.  Kejadian rusuhan yang berlaku di negara tersebut amat membimbangkan.
POLA AYAT: (FN+FA)

77.  Wad bersalin di tingkat bawah Blok B.
POLA AYAT: (FN+FS)

78.  Setiap pagi Puspa mengemas bilik tidurnya.
POLA AYAT: (FN+FK)

79.  Tuala mandi merah itu kepunyaan perenang negara.
POLA AYAT: (FN+FN)

80.  Anak-anak Encik Mahbub gembira sekali apabila berada di kedai gunting Samy.
POLA AYAT: (FN+FA)

81.  Aliran air sungai tohor sangat deras setelah hujan lebat.
POLA AYAT: (FN+FA)

82.  Lembaga yang kelihatan samar itu orang muda yang kami kenal.
POLA AYAT: (FN+FN)

83.  Kenderaan mula bergerak apabila lampu berwarna hijau menyala.
POLA AYAT: (FN+FK)

84.  Pasukan pengakap ke rumah usang itu untuk berteduh daripada hujan.
POLA AYAT: (FN+FS)

85.  Taktik perlawanan hoki cara demikian strategi pasukan sekolah kami.
POLA AYAT: (FN+FN)
86.  Pelajar sentiasa memberikan jawapan serentak apabila ditanya oleh guru mereka.
POLA AYAT: (FN+FK)

87.  Ketibaannya tadi secara mendadak sungguh memeranjatkan anggota kumpulan kami.
POLA AYAT: (FN+FA)

88.  Peserta yang tiba-tiba pengsan dalam pertandingan semalam sekarang di hospital.
POLA AYAT: (FN+FS)

89.  Sekayu kain daripada benang sutera itu di rak yang paling atas.
POLA AYAT: (FN+FS)

90.  Kiriman untuk tentera pada hari raya tahun ini ialah kuih-muih tradisional.
POLA AYAT: (FN+FN)

91.  Akibat angin kencang, pondok di lembah yang berdekatan rumah telah roboh.
POLA AYAT: (FN+FK)

92.  Kejayaan kehidupan pada masa ini amat canggih disebabkan kemajuan teknologi.
POLA AYAT: (FN+FA)

93.  Pengunjung keseribu yang mendapat hadiah pada malam itu jiran Vatilingam.
POLA AYAT: (FN+FN)

94.  Cabaran kehidupan kurun kedua puluh amat sengit bagi orang yang tidak berilmu.
POLA AYAT: (FN+FA)

95.  Pelumba lari pecut dari negara kami mendapat tempat pertama dalam perlumbaan tersebut.
POLA AYAT: (FN+FK)

96.  Pemuda yang terjun dengan tergesa-gesa untuk mengelakkan polis itu dari blok ketujuh rumah pangsa.
POLA AYAT: (FN+FS)

97.  Pinggan mangkuk yang disusun rapi oleh kakak sentiasa bersih.
POLA AYAT: (FN+FA)

98.  Beliau ke Indonesia dengan hanya sedikit wang ringgit di sakunya.
POLA AYAT: (FN+FS)

99.  Sahabat taulan pada majlis hari lahirnya datang dari jauh dan dekat.
POLA AYAT: (FN+FK)

100. Ribut taufan yang telah melanda bahagian tenggara Amerika Syarikat ialah Katrina.
POLA AYAT: (FN+FN)

101. Ibu bapa Sumirah bagai rusa masuk kampung di bandar itu.
POLA AYAT: (FN+FS)

102. Pada hari raya, semua orang miskin kaya bermaaf-maafan.
POLA AYAT: (FN+FK)

103. Teruna dara yang berkunjung ke kafe siber itu riang sahaja.
POLA AYAT: (FN+FA)

104. Mereka yang berada di dewan mesyuarat itu datuk nenek belaka.
POLA AYAT: (FN+FN)

105. Cikgu Lim ialah guru Sains di kelas kami.
POLA AYAT: (FN+FN)

106. Cahaya dari rumah itu hanya melalui lampu minyak.
POLA AYAT: (FN+FS)

107. Bulu burung gagak yang hinggap di pekan itu hitam sungguh
POLA AYAT: (FN+FA)

108. Perniagaan cara ali baba tidak patut diamalkan di negara ini.
POLA AYAT: (FN+FK)

109. Pembantu penyelidik baharu itu berasal dari Kedah.
POLA AYAT: (FN+FK)

110. Selama ini pemantauan pegawai kanan itu dari ibu pejabat sahaja.
POLA AYAT: (FN+FS)
111. Timbalan pengerusi yang baru memulakan tugas bulan ini amat pendiam.
POLA AYAT: (FN+FA)

112. Bangunan yang tersergam di Putrajaya itu pejabat Perdana Menteri.
POLA AYAT: (FN+FN)

113. Tiga ekor burung helang sedang terbang berlegar-legar di angkasa.
POLA AYAT: (FN+FK)

114. Semua peserta seminar yang sedang khusyuk mendengar pembentangan kertas kerja tersebut dari Kementerian Pendidikan.
POLA AYAT: (FN+FS)

115. Ibu yang akhirnya membeli juga kedua-dua helai kain itu ialah Mak Siti.
POLA AYAT: (FN+FN)

116. Apabila segala peralatan telah tersedia, kami cukup gembira untuk memulakan pendakian.
POLA AYAT: (FN+FA)

117. Guru yang sedang mengajar di kelas itu ialah Encik Jonathan.
POLA AYAT: (FN+FN)

118. Tuan Guru Suradi memang cukup petah apabila berceramah.
POLA AYAT: (FN+FA)

119. Harimau yang garang itu mudah diperdaya oleh Sang Kancil yang bijaksana.
POLA AYAT: (FN+FK)

120. Yang Berbahagia Tan Sri Temenggung Jugah anak Bariang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri sidang parlimen.

POLA AYAT: (FN+FS)

Permintaan - ucaplah "terima kasih" di ruang komen di bawah jika anda menggunakan bahan saya.
Terima kasih!

390 comments:

  1. Wahhh Cg Tan...banyaknya latihan...mmemang berbaloi...Terima kasih daun keladi ..mohon izin guna yaa... good work!

    ReplyDelete
  2. kasih tuan tidak dapat dibalas dengan kata-kata.
    bahan ini memang banyak bantu pelajar galus saya di sekolah smjk phor tay, penang

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu ♥️

    ReplyDelete
  4. T.kasih cikgu. Izinkan saya gunakan bahan ini untuk pelajar-pelajar saya, ya.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Cikgu Tan

    ReplyDelete
  6. tq cikgu Tan CL.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih cikgu Tan

    ReplyDelete
  8. saya minta izin ambil bahan. terima kasih byk2. mudah-mudahan dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian bahan pembelajaran, cikgu.

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian bahan pembelajaran cikgu.

    ReplyDelete
  11. terima kasih cikgu tan

    ReplyDelete
  12. Terima kasih cikgu.. mohon kebenaran untuk kegunaan anak murid saya...

    ReplyDelete
  13. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  14. Terima kasih tn... izinkan sy guna

    ReplyDelete
  15. Terima kasih Cikgu Tan... minta izin copy...

    ReplyDelete
  16. mohon kongsi dengan anak - anak pelajar ye cikgu sempena musim peperiksaan ni..mau jawapan bole tak..huuh..afif150585@gmail.com..terima kasih tidak terhingga cikgu,,jgn lupa balik mengundi..huhuhu

    ReplyDelete
  17. Terima kasih banyak2 cikgu kerana sudi kongsikan latihan ini. :)

    ReplyDelete
  18. terima kasih banyak2 cikgu. banyak membantu dan menjimatkan masa serta tenaga :)

    ReplyDelete
  19. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  20. terima kasih cikgu atasa kesudian berkongsi bahan pengajaran /latihan kepada semua warga internet

    ReplyDelete
  21. terima kasih cikgu tan^^

    ReplyDelete
  22. terima kasih cikgu.izinkan saya menggunakan bahan ini kepada murid-murid saya

    ReplyDelete
  23. Terima kasih cikgu..

    ReplyDelete
  24. Terima kasih Cg. Tan.. Mohon kongsi bahan ini ya.

    ReplyDelete
  25. Terima kasih Cikgu,,mohon guna bahan cikgu ye.

    ReplyDelete
  26. terima kasih cikgu...terbaik

    ReplyDelete
  27. Terima kasih Cikgu Tan. Saya dah share

    ReplyDelete
  28. Terima kasih cikgu tan

    ReplyDelete
  29. Terima kasih Cikgu Tan. Latihan yang dikongsi sangat2 membantu.

    ReplyDelete
  30. Terima kasih cikgu atas ilmunya

    ReplyDelete
  31. terima kasih, saya guna bahan cg untuk kelas saya.

    ReplyDelete
  32. terima kasih cikgu... saya guna bahan cikgu untuk kelas saya.

    ReplyDelete
  33. terima kasih cikgu Tan yang budiman

    ReplyDelete
  34. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  35. ada jawapan utk latihan a?

    ReplyDelete
  36. Terima kasih Cikgu Tan :)

    ReplyDelete
  37. terima kasih cikgu....

    ReplyDelete
  38. terima kasih cikgu........bahan ini banyak membantu

    ReplyDelete
  39. TERIMA KASIH CIKGU

    ReplyDelete
  40. TERIMA kASIH CIKGU

    ReplyDelete
  41. terima kasih cikgu ,,banyak maklumat yang berguna utk membantu pelajar

    ReplyDelete
  42. terima kasih cikgu
    mana boleh dapat jawapan?

    ReplyDelete
  43. Terima kasih cikgu..minta halal saya guna bahan cikgu.semoga cikgu terus berjaya.

    ReplyDelete
  44. Terima ksh atas perkongsiaan cikgu!

    ReplyDelete
  45. terima kasih cikgu kerana membenarkan saya menggunakan bahan cikgu dalam pengajaran tatabahasa saya

    ReplyDelete
  46. terima kasih cikgu. ada jawapam ke cikgu ?

    ReplyDelete
  47. TERIMA KASIH. SAYA MENGGUNAKAN BAHAN CIKGU.

    ReplyDelete
  48. Terima kasih . Saya menggunakan bahan cikgu

    ReplyDelete
  49. Mohon izin untuk guna ye Cikgu Tan.huuhu,,terima kasih

    ReplyDelete
  50. Mohon izin untuk guna bahan cikgu...terima kasih.

    ReplyDelete
  51. Terima kasih banyak cg tan untuk maklumat yang bermanfaat ni.

    ReplyDelete
  52. terima kasih banyak-banyak untuk maklumat yang berguna kepada pelajar.

    ReplyDelete
  53. TERIMA KASIH CIKGU TAN. JASAMU DIKENANG

    ReplyDelete
  54. Terima kasih atas perkongsian, cikgu Tan.

    ReplyDelete
  55. Terima kasih byk2.. kerja yg hebat..

    ReplyDelete
  56. Terima kasih tuan atas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  57. t.kasih atas perkongsian ilmu yang berharga

    ReplyDelete
  58. t.kasih atas perkongsian ilmu yang berharga

    ReplyDelete
  59. Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  60. Terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  61. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  62. Terima kasih atas perkongsian bahan cikgu.

    ReplyDelete
  63. Terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini. mohon kebenaran untuk kegunaan anak murid saya.

    ReplyDelete
  64. terima kasih banyak-banyak cikgu tan

    ReplyDelete
  65. TERIMA KASIH TUAN

    ReplyDelete
  66. TERIMA KASIH TUAN...

    ReplyDelete
  67. TERIMA KASIH CIKGU TAN...LATIHAN CG BANYAK MEMBANTU DALAM PDPC SY..

    ReplyDelete
  68. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  69. Setinggi-tinggi penghargaan dan berbanyak-banyak terima kasih Cikgu Tan.

    ReplyDelete
  70. terima kasih banyak2 pada cikgu yang sudi berkongsi latihan ini. sangat membanu bagi saya yang baru berjinak dengan bidang bahasa.

    ReplyDelete
  71. terima kasih cikgu. sangat membantu saya dalam pdpc.

    ReplyDelete
  72. Terima kasih Cikgu Tan. Terbaik

    ReplyDelete
  73. terima kasih cikgu untuk maklumat di atas.

    ReplyDelete
  74. Bolehkah saya tanya mengapa soalan4 ialah FN+FN tetapi bukan FN+FS?

    ReplyDelete
  75. terima kasih

    ReplyDelete
  76. TERIMA KASIH CIKGU TAN

    ReplyDelete
  77. Terima kasih cikgu Tan CL atas perkongsian bahannya..

    ReplyDelete
  78. terima kasih banyak cikgu atas perkongsian bahan ini. mudahan2 akan dipermudahkan aurusan cikgu di sana

    ReplyDelete
  79. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  80. terima kasihhhhhhhhhh😍😍😍😍😍😍

    ReplyDelete
  81. terima kasih, cikgu Tan. *.*

    ReplyDelete
  82. Terima kasih cikgu dinatas perkongsian. Semoaga dipermudahkan urusan cikgu dgn perkongsian ini.

    ReplyDelete
  83. Terima kasih Cikgu Tan atas perkongsian bahan. Izinkan saya guna bahan ini untuk anak murid saya.

    ReplyDelete
  84. Terima Kasih diatas sumbangan bahan latihan ini.

    ReplyDelete
  85. Tk cg atas perkongsian ini..semoga usaha murni cg ini diteruskan lgi pada masa hadapan..tk cg

    ReplyDelete
  86. Terima kasih tuan memang bahan-bahan tuan ini membantu dalam pengajaran says....

    ReplyDelete
  87. Terima kasih En Tan. Jasamu dikenang.

    ReplyDelete
  88. terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  89. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  90. Terima kasih Cikgu Tan kerana sudi berkongsi bahan latihan ini. Semoga Cikgu Tan sentiasa sihat dan ceria.

    ReplyDelete
  91. Terima kasih cikgu Tan .....sangat2 mmbantu...

    ReplyDelete
  92. Terima kasih cikgu Tan...

    ReplyDelete
  93. terima kasih..semoga cikgu cl tan dimurahkan rezeki.mohon halalkan ilmu ya.

    ReplyDelete
  94. Saya guru Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam..kini bergiat lebih 11 tahun..apakah cikgu ada formula pemudah cara yang boleh membantu pelajar mengarang dengan pantas, baik dan bersistem dalam pengarangan..

    Sekiranya ada pandangan atau idea bolehlah cikgu e-mel ke mizanjeludin@hotmail.com

    ReplyDelete
  95. Saya guru Bahasa Melayu di Negara Brunei Darussalam..kini bergiat lebih 11 tahun..apakah cikgu ada formula pemudah cara yang boleh membantu pelajar mengarang dengan pantas, baik dan bersistem dalam pengarangan..

    Sekiranya ada pandangan atau idea bolehlah cikgu e-mel ke mizanjeludin@hotmail.com

    ReplyDelete
  96. TERIMA KASIH DAUN KELADI. SANGAT MEMBANTU SAYA.

    ReplyDelete
  97. terima kasih cikgu untuk bahan yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  98. terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  99. salam sejahtera.. terima kasih cikgu cl tan.

    ReplyDelete
  100. terima kasih cikgu untuk bahan yang sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  101. Terina kasih Cikgu. Saya mohon izin untuk guna bahan cikgu.

    ReplyDelete
  102. Terima kasih Ciktu Tan CL kerana sudi berkongsi bahan dengan semua orang. semoga Tuhan membalas segala kebaikan cikgu.

    ReplyDelete
  103. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ❤

    ReplyDelete
  104. Terima kasih cikgu Tan ...sangat bermanfaat

    Azura

    ReplyDelete
  105. Terima kasih cikgu.

    ReplyDelete
  106. TERIMA KASIH CG

    ReplyDelete
  107. terima kasih banyak-banyak cikgu, cikgu genius sebab letak jawapan sekali!! Terbaik!!

    ReplyDelete
  108. Haish dah tahu soalan banyak kena ada set jawapan sekali senang nak semak

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.