CAKNA EJA CAKNA MAKNA CAKNA BAHASA (2)
karenah
(karénah) Ar alamat, bukti, tanda.
kerenah
(kerénah) ragam, tingkah laku, kemahuan: banyak benar ~nya budak ini; ~ birokrasi proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai formaliti, peringkat, peraturan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan.
SUMBER: KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT
Janganlah kita berkata bahawa ejaan "karenah" salah manakala ejaan "kerenah" betul. Sebaliknya, kita haruslah menjelaskan bahawa "karenah" dan "kerenah" mendukung makna yang berbeza. Dengan berbuat begitu, murid-murid akan mendapat pengetahuan dan informasi yang betul bahawa kedua-dua patah perkataan tersebut mempunyai makna yang sama.
Banyak buku rujukan dalam pasaran yang melabelkan "karenah" sebagai kesalahan ejaan dan tidak mempunyai maknanya padahal definisi perkataan itu ada dalam Kamus Dewan. Rujuklah Kamus Dewan dengan telitinya sebelum kita membuat keputusan bahawa sesuatu perkataan itu tidak wujud atau salah dari segi ejaannya.
Kongsikan ilmu bahasa, sebarkan ilmu baharu, suburkan bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.