CIRI-CIRI
REMAJA BERWAWASAN
Dalam meniti
arus globalisasi ini, generasi yang berwawasan merupakan pelapis dan peneraju
kepada kemajuan dan pembangunan negara kerana ahli pujangga pernah berkata
bahawa generasi berwawasan sebagai pemangkin pembangunan negara. Generasi
berwawasan dapat ditafsirkan sebagai golongan muda yang mempunyai cita-cita
tinggi untuk menjadikan negara kita maju selaras dengan saranan yang terkandung
dalam Wawasan 2020. Dewasa ini, isu generasi berwawasan telah mencetuskan
polemik dalam kalangan masyarakat kita. Isu generasi berwawasan menjadi amat
penting untuk diberikan perhatian dan tumpuan yang sewajarnya kerana mereka
merupakan nadi negara. Oleh itu, usaha untuk melahirkan remaja yang berwawasan
semakin diberikan keutamaan. Persoalannya, apakah ciri-ciri seseorang remaja
yang dikategorikan mempunyai wawasan?
Jika kita
menyelusur dimensi yang berbeza, remaja yang berwawasan seharusnya bersemangat
patriotik. Remaja yang berjiwa patriotik ini akan menjadi bakal pemimpin yang
akan menerajui tampuk pemerintahan negara. Sebagai bakal pemimpin negara sudah
pasti mereka perlu sentiasa berusaha untuk memelihara imej negaranya daripada
tercemar dan menjadi bahan cemuhan masyarakat luar. Oleh itu, mereka haruslah
menghormati lagu kebangsaan negara iaitu lagu Negaraku dan mengamalkan
prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Mereka tidak akan
sekali-kali menjadi pengkhianat negara dan tidak akan melibatkan diri dalam
gejala sosial yang akan mencemarkan imej negara. Jiwa patriotik remaja yang
menebal ini akan menjamin keharmonian negara dan sekali gus berupaya menjaga
maruah negara di pentas global. Ringkasnya, remaja yang berwawasan sentiasa
bersemangat patriotik untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan nusa
tercintanya.
Remaja yang
berilmu dan sudi berkongsi ilmu pasti mencapai kecemerlangan dari segi
akademik. Hal ini merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk menelurkan
remaja yang berwawasan. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjanakan
kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang
mencakupi semua bidang dapat membuat penilaian dan keputusan yang bijak dalam
menghadapi kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. Sehubungan dengan
itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi
juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu sains dan matematik melalui
pelbagai wahana, seperti membaca buku , melayari lebuh raya maklumat di dunia
maya dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai
kecemerlangan akademik dan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Tidak
dapat dinafikan bahawa tanpa keputusan yang cemerlang, remaja sukar melanjutkan
pelajaran ke menara gading untuk merealisasikan segala impian mereka. Oleh itu
remaja tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk
dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, “Ikut hati
mati, ikut rasa binasa.” Tegasnya, remaja yang berwawasan sentiasa memastikan
dirinya tidak jemu menimba ilmu untuk memiliki mentaliti kelas pertama.
Tidak dapat dinafikan bahawa remaja
yang berwawasan haruslah mempunyai pelbagai kemahiran. Antara kemahiran utama yang harus
dimiliki oleh remaja kita ialah kebolehan berbicara dalam multibahasa. Mereka
boleh menguasai bahasa asing ini dengan memasuki kelas bahasa secara peribadi
atau berbual-bual dengan rakan yang berlainan keturunan itu ketika berada
di sekolah. Kemampuan berbahasa selain bahasa ibunda ini memberikan keyakinan
diri kepada remaja dan peluang untuk memperoleh sesuatu kerjaya pada masa depan
juga lebih cerah. Ringkasnya, kemampuan untuk bercakap dalam pelbagai bahasa
boleh menjadikan diri remaja itu lebih berketerampilan dalam menjalani
kehidupan masyarakat moden itu. Selain itu, kemahiran menggunakan komputer dan
perisian juga memastikan remaja mampu berlari pada alaf baharu untuk mengejar
perkembangan teknologi. Dengan berbuat demikian, mereka dapat bersaing secara
sihat sekali gus berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan remaja di
negara-negara yang maju dan moden.
Tuntas bicara, daripada kesemua huraian di atas jelas menunjukkan bahawa
remaja yang berwawasan perlulah seimbang dalam semua aspek kehidupan. Oleh itu,
remaja zaman sekarang diseru agar menerapkan semua aspek ini dalam kehidupan
agar sentiasa beroleh kejayaan dan mencapai wawasan diri. Remaja seharusnya
menggunakan setiap peluang yang ada untuk menjadi remaja yang berwawasan kerana
di pundak merekalah bakal terpikul segala amanah dan tanggungjawab untuk
memajukan bangsa dan negara agar setanding dengan negara maju yang lain persis
mutiara kata berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Dalam konteks ini semua
pihak haruslah bekerjasama bak kata pepatah seikat bagai sirih, serumpun bagai
serai dalam usaha melahirkan lebih ramai remaja yang berwawasan agar Transformasi
Negara 2050 (TN50) mampu direalisasikan dengan jayanya.
terima kasih kerana ini banyak membantu saya menyiapkan tugasan saya
ReplyDeleteYour essay is very good..I take some of it as my revision about REMAJA BERWAWASAN..
ReplyDeletecibai
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteCikgu ajar kata begitu ???
ReplyDeleteThe karangan of which give infirations to me for success,thanks sir
ReplyDeleteThe karangan of which give infirations to me for success,thanks sir
ReplyDeletethx
ReplyDeletehi tengah belajar bm ke tu
ReplyDeletehi class cikgu intan
ReplyDeleteWoi
Delete