INFORMASI BAHASA
7.7.2017
Kata Sendi Nama "atas", "dalam" dan "antara" dengan Frasa Sendi Nama "di atas", "di dalam" dan "di antara".
🌳Pokok bahasa yang kukuh haruslah berakarumbikan 💪kekuatan tatabahasa dan kekukuhan kata. Dengan benih kekuatan itu, 🍀daun-daun ayat yang segar dapat menyantuni pengguna bahasa dengan kesopanan aksara yang terbina secara 🍁harmoni sebagai kata, frasa, klausa dan ayat. Pembugaran 🌲pokok bahasa ialah usaha yang tidak harus dipandang enteng oleh sesiapa kerana bahasa kebangsaan🇲🇾 kita tanggungjawab kita.
Pokok pangkalnya, jati diri 👫👫rakyat Malaysia 👫👫yang berbahasa dengan baik semakin hari semakin dapat dihitung dengan🖐 jari. Kebanyakannya memandang pencemaran bahasa sebagai perkara yang ☹️tidak serius, justeru tidak mempedulikan kerancuan bahasa yang ditutur, Impaknya, ayat berbahasa Melayu ditulis mengikut 😤enak hati dan 😩sedap mulut sehingga imej bahasa tercalar oleh sikap dan mentaliti pengguna bahasa itu sendiri. (Membebel pula saya.) 😜
✍️Umumnya, Kata sendi nama "di" digunakan juga menunjukkan ruang atau kedudukan manakala "dalam", "atas" dan "antara" membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
PRINSIP:
📌di 👉 ruang atau kedudukan yang nyata.📌
📌atas, dalam, antara 👉 lingkungan yang tidak mempunyai konsep ruang.📌
Lihat contoh di bawah:
1. Isteri Cikgu Mat meletakkan kereta baharunya dalam ❌garaj.
2. Merekalah yang terlibat di dalam rundingan itu.
3. Gerai Mak Maimon terletak antara ❌rumah Asri dengan kedai runcit.
4. Jabatan Pendidikan Perak merakamkan penghargaan di atas ❌jasa tuan sepanjang bekerja di sini.
5. Perbezaan di antara ❌fakta dengan ideologi mengakibatkan RIchard bermusuh dengan Ashikin.
Pembetulannya:
1. Isteri Cikgu Mat meletakkan kereta baharunya di dalam ✅garaj.
2. Merekalah yang terlibat dalam ✅rundingan itu.
3. Gerai Mak Maimon terletak di antara ✅rumah Asri dengan kedai runcit.
4. Jabatan Pendidikan Perak merakamkan penghargaan atas ✅ jasa tuan sepanjang bekerja di sini.
5. Perbezaan antara ✅ fakta dengan ideologi mengakibatkan RIchard bermusuh dengan Ashikin.
UJI BAHASA 1
Nyatakan penggunaan kata sendi nama atau frasa sendi nama dalam ayat yang berikut, sama ada betul (✔️) ataupun salah (❌).
1. Anggota polis berpangkat sarjan itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. (______)
2. Pertandingan bercerita itu khusus untuk peserta bawah 12 tahun sahaja. (______)
3. Sarawak terbahagi kepada lima bahagian yang setiap satunya bawah jagaan seorang residen. (______)
4. Salim tidak memahami kesan buruk yang berlaku kepada dirinya di atas perbuatan merokok. (______)
5. Atas kesedaran itu, mereka memperjuangkan ideologi baharu untuk mewujudkan sebuah negara bebas daripada cengkaman penjajah. (______)
6. Cadangan kerjasama di antara PDRM dengan ATM dalam Operasi Biru mendapat sokongan orang ramai. (______)
7. Keegoan Presiden Amerika Syarikat mencetuskan perbalahan diplomatik selama lapan tahun di antara Amerika Syarikat dengan Iraq. (______)
8. Negara itu mencatat sejarah dalam bidang perubatan apabila dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai negara yang berjaya membanteras wabak tinggi. (______)
SUMBER:
RUMUS TATABAHASA BAHASA MELAYU (GOLONGAN KATA) DBP
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.