RAMALAN 1
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Aku
cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan sentuhan
Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak
ada duit sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit
kijang yang lembut itu.
Dr.
Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah
kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam
kami berada di dalam kedai itu.
Dr.
Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar
kedai. Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja
yang masih berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have
no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality and
only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very
much for everything,” kataku
berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah
hati aku berdebar-debar? [2
markah]
(ii)
Pada
pendapat anda, apakah usaha-usaha yang
boleh dilakukan oleh peniaga untuk menarik minat pelanggan membeli barangan
yang didagangkan?
[3
markah]
(iii)
Huraikan
satu perwatakan aku yang terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam
petikan. [4 markah]
(i)
Hati
aku berdebar-debar kerana
-harga yang disebutkan amat tinggi
-“aku” tidak memiliki duit sebanyak itu
(ii)
Untuk menarik
minat pelanggan, peniaga bolehlah
-memikirkan nama dan slogan yang menarik untuk produk
-memberikan perkhidmatan selepas pembelian
-menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra pelanggan
(iii)
Perwatakan
aku dalam petikan
-seorang yang berbudi bahasa / sopan
B- meminta maaf kepada peniaga jaket kerana tidak
membelinya
Perwatakan
aku dalam keseluruhan cerpen
-seorang yang bijaksana
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar
negara
-seorang berhati-hati / rasional
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu
barang
-seorang yang penyayang / baik hati
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat
sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 2
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Jaket
kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju terpakai di
tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di
sebelah kiri dan kanan. Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu
dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi poket. Lazimnya, aku meletakkan
pasport di poket kanan dan sedikit duit di poket kiri. Terdapat empat butang
bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah jaket. Rumah butangnya besar dan
dijahit kemas. Terdapat zip panjang yang membolehkan jaket itu dizip sampai ke
pangkal leher. Kolarnya tinggi dan lengannya boleh dilipat.
Jaket
itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari negara miskin
Bangladesh hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di Asia Tenggara
hingga Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti jaket
kain itu.
Pekedai
itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai jaket kulit berwarna hitam
dengan pengikat leher berwarna merah. Pengikat leher itu boleh berfungsi
sebagai topi jika ditarik ke atas. Potongannya memang cantik. Bertali,
berpinggang, labuh separas lutut dan kelihatan sopan. Memang nampak seperti
jaket untuk wanita.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah
aku beranggapan bahawa potongan jaket
kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu cantik? [2
markah]
(ii)
Sebagai
seorang pengguna, apakah kriteria-kriteria
yang anda utamakan sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian?
[3
markah]
(iii)
Jelaskan
satu pengajaran yang terdapat dalam
petikan di atas dan satu pengajaran
lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan. [4 markah]
(i)
Aku
beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu
cantik kerana
-bertali
-berpinggang
-labuh paras lutut
-kelihatan sopan
(ii)
Kriteria
sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian
-kualiti jaket yang tahan lama
-perkhidmatan selepas pembelian seperti mengubah suai saiz
-harga yang berpatutan
(iii)
Pengajaran
dalam Petikan
-Kita mestilah rajin berusaha tanpa berputus asa dalam
perniagaan
B- pekedai itu tidak berputus asa walaupun “aku” tidak
membeli jaket yang dijualnya, sebaliknya menunjukkan sehelai jaket yang
berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah
Pengajran
dalam keseluruhan cerpen
-Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan
B-Mas bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di
luar negara
-Kita mestilah membuat perbandingan harga sebelum membeli
barang
B-Mas membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu
barang
-Kita mestilah sayang akan ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat
sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 3
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Sebenarya,
duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku
mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku
memandang jaket yang kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100
kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai
tanda terhutang budi.
Aku
tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia.
Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air.
Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya
pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat
sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan
lasak. Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
Lebih
penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah.
Harganya mahal disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan
bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan. Jaket kulit itu
seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah
hati aku beranggapan bahawa menjaga
jaket kulit sesuatu yang sangat cerewet? [2 markah]
(ii)
Kijang
merupakan antara binatang liar yang kian pupus.
Pada pendapat anda,
bagaimanakah cara untuk memastikan binatang-binatang liar terus terpelihara dan
tidak pupus daripada bumi ini?
[3
markah]
(iii)
Huraikan
satu persoalan yang terdapat dalam
petikan di atas dan satu persoalan
lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan. [4 markah]
(i)
“Aku”
beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang cerewat kerana
-dijaga dengan rapi
-tidak boleh dibasuh
-tidak boleh dilipat sembarangan
(ii)
Cara
memastikan binatang liar terus terpelihara
-memperuntukkan hutan simpan atau taman negara
-membuat kajian dan penyelidikan tentang baka dan
pembiakan binatang liar
-pembinaan zoo dan taman binatang liar
-menguatkuasakan undang-undang hidupan liar
(iii)
Persoalan
aku dalam petikan
-pakaian merupakan lambang kemegahan dan kemewahan
B- “aku” beranggapan bahawa pemakaian jaket kulit kijang
melambangkan kemegahan dan kemewahan
Persoalan
dalam keseluruhan cerpen
-kebijaksanaan membuat perancangan
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar
negara
-sikap hati-hati dalam pembelian
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu
barang
-Kasih sayang kepada ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat
sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 4
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Dek
benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan perintah,
bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan
rusuhan antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman,
bahasa dan budaya.
Akibatnya,
darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara
kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei
pada wajah hari.
“Tanah
air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengekata melalui
pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama
ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijij
timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan dengan mendiami
kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa
ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di ladang-ladang dan estet
yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng perkauman
yang tebal...”
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah
penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak
seimbang? [2
markah]
(ii)
Penjajahan
terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda,
apakah kesan-kesan tersebut?
[3
markah]
(iii)
Jelaskan
satu persoalan yang terdapat dalam
petikan di atas dan satu persoalan
lain daripada keseluruhan cerpen tersebut. [4
markah]
(i)
Penjajah
mengaihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak seimbang kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagaio nelayan dan
pesawah
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet
yang mundur
(ii)
Kesan
penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena
tembakan
(iii)
Persoalan
dalam petikan dalam petikan
-Masalah perpecahan kaum
B- penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah
dan perintah
-kekejaman
penjajah pada zaman penjajahan
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui
sistem pecah dan perintah
Persoalan
dalam keseluruhan cerpen
-kepentingan bahasa kebangsaan
B-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan menjadi
penghubung kepada rakyat berbilang agama dan bangsa
-janji seorang anak kepada ibu
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina
kehidupan baharu di kota
RAMALAN 5
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Setelah
sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek moyang bangsa
peribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga perkara. Pertama,
agama anutannya yang berpaksikan akidah yang satu.
Kedua,
bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai keturunan
dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan
adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan
yang berlaku pada hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan
antara dua peta waktu itu, baik daripada landskap politik, sosial masyarakat
hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa saya.
Setelah
beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu mengisi
dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar
yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan
yang lebih sempuma di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat
menjanjikan masa depan saya lebih menerus.
Saya
perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang
kehidupan masa depan saya.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Nyatakan dua kehebatan nenek moyang bangsa
peribumi ini yang ditemukan oleh sejarawan? [2
markah]
(ii)
Pada
pendapat anda, selain berbekalkan ilmu pengetahuan, apakah persediaan-persediaan
lain yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu berhijrah ke tempat lain? [3 markah]
(iii)
Huraikan
satu latar masyarakat yang terdapat
dalam petikan di atas dan satu latar
masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4
markah]
(i)
Kehebatan
nenek moyang
-agama yang dianuti nenek moyang berpaksikan satu akidah
-bahasa ibuda menjadi penghubung semua rakyat pelbagai
keturunan dan golongan
(ii)
Persediaan
sebelum berhijrah ke tempat lain
-mengenali dan mempelajari bahasa di tempat baharu
-membaca buku yang berkaitan dengan adat resam dan pantang
larang di tempat baharu
-mengkaji dan mencari maklumat tentang tempat yang penting
dan nombor kecemasan di tempat baharu
(iii)
Latar
masyarakat dalam petikan
-masyarakat yang bijaksana
B- nenek moyang bijak berhubung antara satu dengan yang
lain dengan bahasa ibunda
Latar
masyarakat dalam keseluruhan cerpen
-masyarakat
penjajah yang kejam
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui
sistem pecah dan perintah
-masyarakat yang berpegang pada janji
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina
kehidupan baharu di kota
RAMALAN 6
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
“Aku
bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian.
Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat
nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan
agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.”
Hakim
merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat
ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global
Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur
atau nama singkatanya RAJA. Hakim membuat keputusan memasuki bidang penternakan
bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu sangat mendengar para menteri dan
pakar ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan sangat mementingkan
aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak
dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar
bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada
ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah
kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran import?
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Apakah
yang dilakukan oleh Hakim sebelum memulakan projek penternakan ayam? [2 markah]
(ii)
Pada
pendapat anda, apakah kebaikan
menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar dalam melaksanakan projek
penternakan seperti Hakim? [3 markah]
(iii)
Huraikan
satu persoalan yang terdapat dalam
petikan di atas dan satu persoalan
lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
(i)
Sebelum
memulakan projek penternakan, Hakim
-mendapatkan nasihat dan berbincang dengan beberapa orang
-berbincang dengan agensi kerajaan yag bertanggungjawab
untuk memajukan bidang pertanian
(ii)
Kebaikan
menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar
-mempunyai modal yang lebih besar untuk membina syarikat
-memiliki imej dan nama yang tersendiri
-dapat memperbesar dan membuka banyak cawangan
(iii)
Persoalan
dalam petikan
-Kepentingan mendapatkan nasihat perniagaan
B- Hakim mendapatkan nasihat daripada agensi kerajaan
untuk memajukan bidang pertanian
Peroalan
dalam keseluruhan cerpen
-keberanian
mempertahankan hak pusaka
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak
Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan menghadapi masalah dalam perniagaan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk
memperbesar perniagaannya
RAMALAN 7
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Azam
dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif, apabila raja
meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan
dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna
Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak
wujud sebarang bukti atau sebarang tandatangan atau MoU yang mengesahkan
pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si Kunani menang dalam persabungan, bererti
Pak Kaduklah yang memang dan berhak menerima apa-apa hadiah yang telah
ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang
diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak
guam saya.”
Mahkamah
mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak payah aku ceritakan butiran hujah
dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar
pengadilan. Yang pentingnya, tanah empat ekar di hujung kampung dan di tepi
belukar itu kini sah menjadi milik Hakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah.
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Apakah yang
bakal berlaku sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja? [2
markah]
(ii)
Pada
pendapat anda, apakah usaha yang
perlu dilakukan oleh generasi akan datang untuk memelihara tanah pusaka? [3
markah]
(iii)
Huraikan
satu nilai kemanusiaan yang terdapat
dalam petikan di atas dan satu nilai
kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
(i)
Sekiranya
Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja
-dia akan dituduh sebagai penderhaka
-kepalanya akan dipancung
(ii)
Usaha
untuk memelihara tanah pusaka
-mempunyai sijil pemilikan tanah yang sah dan menjaganya
dengan baik
-mengusahakan tanaman atau ternakan di atas tanah pusaka
-membina rumah di atas tanah pusaka demi keselesaan
keluarga
(iii)
Nilai
kemanusiaan dalam petikan
-Ketaatan
B- Azam yang menjadi peguam kepada pihak Pak Kaduk berkata
bahawa Pak Kaduk tidak berani membantah perintah raja kerana dia akan dituduh
penderhaka dan kepalanya akan dipancung
Nilai
kemanusiaan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak
Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk
memperbesar perniagaannya
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.