8 May 2017

KARANGAN RAMALAN (2) SPM 2017

2          Sikap, pengetahuan dan kemahiran membolehkan seseorang itu berjaya dalam bidang keusahawanan.
Ulaskan pernyataan tersebut.

PENDAHULUAN
BIDANG
Bidang keusahawanan
-semakin hari semakin diminati
-mengubah kehidupan seseorang secara drastik
-pelbagai lapangan boleh dipelopori oleh para usahawan
TEMA
Laluan kehidupan usahawan yang berjaya
-tidak pernah mudah
-banyak liku dan onak perlu dilalui – alah biasa tegal biasa
-pelbagai ranjau risiko harus dihadapi demi menjadi usahawan berjaya
SOALAN
-mengetahui ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seseorang yang mahu berjaya dalam bidang keusahawanan

ISI 1
CIRI-CIRI USAHAWAN
-sikap ingin berubah demi masa depan
-sikap ini harus ada pada usahawan
SEBAB
-sikap usahawan haruslah berbeza daripada yang ingin makan gaji
-berani menyahut cabaran demi perubahan suasana kerja dan cara kerja – asal ditugal adalah benih
-tabah menghadapi kegagalan demi mencapai kejayaan
CONTOH
-pelopor restoran makanan segera “Kentucky Fried Chicken” pernah gagal lebih 1000 kali sebelum berjaya mencipta resipi ayam goreng – genggam bara api, biar sampai jadi arang
-masih popular dan disukai ramai sehingga hari ini
-usahawan yang berjaya menghadapi kegagalan 
KEBAIKAN
-membina mentaliti yang positif dan tidak mudah mengalah
-tidak mempedulikan kata-kata nista orang lain yang akan menjejaskan motivasi diri
-bersedia mendepani cabaran dan halangan serta risiko perniagaan
KESIMPULAN
-setiap manusia boleh menjadi usahawan yang berjaya jika sikapnya secocok dengan permintaan dalam bidang keusahawanan – sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
-sikap ingin berjaya inilah yang mampu melahirkan usahawan yang berjaya dalam bidang yang diceburinya

ISI 2
CIRI-CIRI USAHAWAN
-usahawan yang berjaya harus memiliki pengetahuan yang luas – ilmu pelita hidup
-pengetahuan ialah asas yang harus dimiliki oleh setiap usahawan
SEBAB
-tanpa pengetahuan, usahawan tidak dapat mencari formula untuk mengatasi masalah produknya
-tidak mempunyai keyakinan diri apabila berkomunikasi dengan pelanggan
CONTOH
-perlu menghadiri kursus produk yang dijual
-perlu mengikuti pelajaran tentang pengetahuan perniagaan
-perlu rajin mengkaji dan menyelidik strategi pemasaran yang betul dan efektif – membaca jambatan ilmu
KEBAIKAN
-dapat menguasai ilmu perniagaan dan perdagangan
-dapat meyakinkan pelanggan dengan ilmu yang kita miliki
-dapat mengatasi dan menjawab semua pertanyaan tentang produk jualan kita
KESIMPULAN
-keyakinan pelanggan akan meningkat
-populariti peniaga akan tersebar ke seluruh buana – tak kenal maka tak cinta
-keuntungan meningkat sekali gus melahirkan usahawan yang berjaya
ISI 3
CIRI-CIRI USAHAWAN
-kemahiran berniaga perlu dikuasai oleh usahawan
-kemahiran yang asas sebagai punca rezeki peniaga – hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya
SEBAB
-mengetahui dan memahami trend pasaran
-mendapat tahu permintaan daripada golongan sasaran pembeli
-tidak menjual produk yang salah kepada pihak yang tidak sesuai
CONTOH
-mengetahui umur, hobi, dan tujuan pembelian produk – rambut sama hitam, hati lain-lain
-mengetahui warna dan label yang sesuai untuk produk
-membuat perbandingan harga dan kualiti produk di pasaran
KEBAIKAN
-mampu melahirkan kualiti produk yang terbaik dalam pasaran
-dapat memberikan persaingan sengit dari segi kualiti dan harga
-pelanggan dan usahawan mendapat manfaat daripada produk yang dipasarkan
KESIMPULAN
-menjadi usahawan yang baik bukan senang tetapi tidak susah
-di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

ISI 4
CIRI-CIRI USAHAWAN
-kreatif dan inovatif dalam mengusahakan perniagaan kerana zaman beralih, musim bertukar
-memanfaatkan teknologi maklumat dan manfaat daripada zaman globalisasi
SEBAB
-pelanggan pada zaman moden ini tidak suka terperangkap dalam kesesakan jalan raya
-ingin menjimatkan masa dan kos kerana ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
-suka membeli barang melalui konsep e-dagang atau pembelian dalam talian
CONTOH
-membina laman web sendiri dengan grafik yang menarik dan sistem pembelian mesra penguna
-menyebarkan maklumat produk perusahaan melalui laman web jaringan sosial
-apabila produk tersebut menjadi “viral” atau “tular”, maka poket kita akan penuh
KEBAIKAN
-menjimatkan kos pemasaran kerana produk disebarluaskan daripada teknologi
-mengurangkan kos sewaan premis dan gaji pekerja – jauhari juga yang mengenal manikam
-memperbanyak dan memperluas jaringan perniagaan ke serata dunia
KESIMPULAN
-berjaya menjadi usahawan berjaya seperti Dato Aliff dengan produk Deherbs Terlajak Laris dan Datuk Seri Vida dengan produk Pamoga “Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih” yang terngiang-ngiang di telinga dalam kalangan di seluruh negara – yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan

PENUTUP

TEMA
Usahawan yang berjaya
-memiliki kekuatan fizikal dan mental
-sentiasa bersiap siaga menghadapi gelombang ekonomi yang lembap
-mempunyai modal dan kekentalan jiwa yang mencukupi
BIDANG
Bidang keusahawanan di negara kita
-dimeriahkan dengan usahawan muda yang bijak pandai dan cerlang cemerlang
-merangsang ekonomi keluarga, masyarakat, dan negara
-dunia akan melabel rakyat Malaysia sebagai usahawan berjaya
HARAPAN
-banyak usahawan muda akan muncul dalam pasaran
-berani mencuba sesuatu yang baharu demi mengubah masa depan
-menjadikan bidang perusahaan sebagai periuk nasi
-membangunkan sistem perniagaan yang baik dan kompetitif
-kadar import negara dapat dikurangkan
-semua pihak mendapat manfaat daripadanya

No comments:

Post a Comment

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.