28 August 2016

ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2012 – 2015 (SOALAN 5 DAN SOALAN 6 – KOMPONEN SASTERA - ANTOLOGI)

ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2012 – 2015
(SOALAN 5 DAN SOALAN 6 – KOMPONEN SASTERA - ANTOLOGI)

Dalam penggubalan soalan komponen sastera daripada buku teks antologi, pasangan soalan prosa tradisional ialah sajak manakala pasangan soalan drama atau cerpen ialah puisi tradisional. Soalan komsas untuk bahagian antologi menawarkan 20 markah kerana dua petikan berbeza akan dijadikan item peperiksaan.

ANALISIS TAJUK KOMSAS YANG PERNAH KELUAR:

TAHUN 2012
CERPEN - HEMODIALISIS
PUISI TRADISIONAL - PANTUN EMPAT KERAT (MUHIBAH DAN PERPADUAN)

TAHUN 2013
CERPEN - CAPA RENGAT
SAJAK - KETENANGAN

TAHUN 2014
SET 1
CERPEN - SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA
PUISI TRADISIONAL - PANTUN EMPAT KERAT (BERJIMAT CERMAT)

SET 2
PROSA TRADISIONAL - HIKAYAT SERI KELANTAN
SAJAK - PERSAHABATAN

SET 3
DRAMA - CABARAN
PUISI TRADISIONAL - SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA

TAHUN 2015
SET 1
PROSA TRADISIONAL - HIKAYAT PATANI
SAJAK - ASAP

SET 2
CERPEN - WARKAH DARIPADA IBU
PUISI TRADISIONAL - SYAIR BERBUAT JASA

SET 3
DRAMA - DI SINI BAKTI BERSEMADI
PUISI TRADISIONAL - PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)

Soalan berbentuk komsas yang pernah keluar pada tahun 2014 adalah seperti yang berikut:
(a)dua latar masyarakat
(b)dua pengajaran
(c)dua perwatakan
(d)nyatakan nilai-nilai dalam sajak
(e)persoalan-persoalan dalam petikan drama
(f)dua ciri syair

Soalan berbentuk komsas yang pernah keluar pada tahun 2015 pula
SET1
(a)dua perwatakan Encik Tani
(b)dua gaya bahasa berserta contoh

SET2
(c)dua perwatakan ibu Mira
(d)dua gaya bahasa berserta contoh

SET 3
(e)dua perwatakan Tini
(f)dua gaya bahasa berserta contoh

Nota tambahan:
Jika soalan yang mengarahkan calon menulis tema, persoalan, perwatakan, latar, nilai, dan pengajaran tanpa mengarahkan calon menulis contoh daripada petikan, calon PT3 tidak perlu menulis contoh atau bukti yang sesuai, sebaliknya memadailah dengan jawapan komsas yang tepat. Hal ini berlainan bagi soalan yang memerlukan calon PT3 menulis "contoh yang sesuai daripada petikan", maka calon harus membuktikannya dengan betul dan tepat.

Sebagai langkah "selamat", tulislah contoh atau bukti yang sesuai bagi setiap soalan berbentuk komsas. Hal ini dikatakan demikian kerana kita tidak tahu skema jawapan atau permintaan semasa oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

SOALAN 3 MARKAH:
3 markah = Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
2 markah = Isi cukup tetapi  ayat  kurang  gramatis
2 markah =Isi  tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah =Isi tidak cukup dan  ayat  kurang  gramatis
0 markah =Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
0 markah =Isi tidak  tepat  dan  ayat tidak gramatis.

SOALAN 4 MARKAH:
4 markah=Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis.
3 markah=Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis.
2 markah=Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis.
1 markah=Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis.
0 markah=Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
0 markah=Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.

SOALAN RAMALAN 2016
1. PROSA TRADISIONAL + SAJAK
2. DRAMA + PANTUN
3. CERPEN + SYAIR
4. DRAMA + SYAIR
5. CERPEN + PANTUN

DAPATKAN 5 SET SOALAN KOMSAS RAMALAN 2016 SEPERTI YAND DINYATAKAN DI ATAS. MODUL RAMALAN PT3 YANG TELAH SAYA PERKENALKAN KEPADA KALIAN BEBERAPA HARI YANG LALU. SAYA BERHARAP AGAR CALON PT3 TAHUN 2016 DAPAT MENJAWAB SOALAN KOMSAS DENGAN BAIK.

SELAMAT MENGULANG KAJI DAN SELAMAT HUJUNG MINGGU

No comments:

Post a Comment

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.