PENGGUNAAN ISTILAH "TERHARU"
1. Saya terharu atas pemberian saudara.
2. Saya berasa terharu atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis perkahwinan saya.
3. Saya amat terharu kerana mendapat pengiktirafan daripada kalian.
Penggunaan "terharu" dalam ketiga-tiga ayat di atas tepat atau tidak tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana mengikut Kamus Dewan, "terharu" membawa maksud "berasa hiba (kasihan, rawan hati, dan sebagainya)
Contoh:
Dia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu.
Dia memandang ayahnya yang sedang terbaring itu dengan hati yang amat terharu.
Kamus Pelajar pula memberikan maksud "terharu" kepada beberapa erti yang berikut:
1. berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yang tidak menyenangkan.
Contoh:
Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dengan hati yg amat terharu.
1. berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yang tidak menyenangkan.
Contoh:
Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dengan hati yg amat terharu.
2. berasa tidak aman (kacau); terganggu:
Contoh:
Fikirannya terharu apabila memikirkan masalah-masalah yang akan timbul nanti.
Contoh:
Fikirannya terharu apabila memikirkan masalah-masalah yang akan timbul nanti.
Jika ada pandangan, mohon berikan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.