INFORMASI BAHASA
KATA MAJMUK MANTAP
Menurut Tatabahasa Dewan, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang
penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun
bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang
demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata
tersebut ialah:
1.
antarabangsa
2.
beritahu
3.
bumiputera
4.
jawatankuasa
5.
kakitangan
6.
kerjasama
7.
olahraga
8.
matahari
9.
setiausaha
10.
sukarela
11.
suruhanjaya
12.
tandatangan
13.
tanggungjawab
14.
warganegara
15.
pesuruhjaya
Selain bentuk kata majmuk yang dibincangkan di atas, terdapat sejumlah
perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu
yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:
1. kata nama
peribadi
peribahasa
dinihari
perikemanusiaan
hari bulan
2. kata adjektif
sukacita
dukacita
3. kata sendi nama
kepada
daripada
4. kata hubung
apabila
manakala
padahal
darihal
barangkali
kadangkala
apakala
walhal
5. kata tanya
bagaimana
kenapa
Dengan mengenali kata majmuk mantap, kita dapat mengelakkan kesilapan
bahasa, terutama dari segi ejaan. Ingatlah bahawa "kadangkala" yang
ditulis "kadang-kala" waima "kadang kala" ialah kesalahan
penjarakan aksara yang juga dianggap sebagai kesilapan ejaan.
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.