Baca ayat di
bawah dengan teliti, betulkan kesalahan tatabahasa pada perkataan yang dihuruftebalkan. Senaraikan
kesalahan tersebut dan berikan jawapan yang paling tepat.
- Kakak menerima sehelai surat daripada sahabatnya.
- Hamizan melilit tali kepada gasingnya sebelum melontar gasing itu ke tanah.
- Kejayaan Nicole di dalam kejohanan Skuasy Dunia baru-baru ini akan menjadi kenangan sepanjang hayatnya.
- Kejayaan Azali Azlan memperolehi 21A dalam SPM baru-baru ini disambut dengan perasaan gembira oleh keluarganya.
- Sumbangan para-para karyawan amat besar dalam memartabatkan bahasa Melayu di negara kita.
- Kakak memandu kereta dia dengan berhati-hati ketika melalui jalan yang berliku-liku itu.
- Mak Cik Leha meminta anak-anaknya memperbesarkan rumah pusaka itu.
- Para pemain bola sepak itu kebanyakannya berasal daripada kawasan pedalaman.
- Kami berasa kekok ketika menghadiri ke majlis perkahwinan anak majikan kami yang penuh istiadat dan dihadiri oleh orang kenamaan itu.
- Encik Musa dan isterinya masih berada di hospital kerana bedah siasat kepada jenazah anaknya masih belum selesai.
- Kami sekelas terkejut bila mendengar bunyi dentuman yang kuat dari arah jalan raya.
- Cikgu Hayati sedang menyemak buku latihan mata pelajaran bahasa Malaysia pelajar-pelajarnya.
- Buku kerja itu tidak sahaja sesuai kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan tetapi juga kepada guru-guru.
- Abang ke Putrajaya untuk menghadiri temu duga bagi untuk mendapatkan biasiswa pelajaran.
- Gambar berukuran pasport mesti dilekatkan oleh anda pada borang permohonan ini.
- Sejak kejadian semalam, Anita menyedari akan dia telah banyak berbuat salah terhadap adik tirinya.
- Di dalam diam-diam, Azlan dan Nana telah melangsungkan perkahwinan mereka.
- Ayah dan ibu sedang sibuk menyapu sampah di luar rumah, tetapi abang hanya duduk bermain mainan komputer.
- Kakak memerah kain yang dibilasnya itu setelah menyidai kain tersebut di ampaian.
- Pak Cik Uda turun angin apabila melihat pagar kebunnya roboh dirempuh oleh kerbau Pak Mail.
- Masalah yang berbangkit itu akhirnya selesai setelah pengarah memberikan penjelasan yang panjang luas.
- Jika dipandang seimbas pergi, pemuda itu mirip abang Atira.
- Mereka kelihatan tercungap-cungap ketika menaiki ke tangga Batu Caves itu.
- Masalah merokok di dalam kalangan pelajar perlu ditangani dengan segera.
- “Apakah kamu pasti bahawa Farid telah mengambil buku saya itu?” tanya Aleeya kepada rakannya.
- Dayang-dayang itu sedang memetik bunga di taman rumah.
- Penulis esei yang baik biasanya akan memetik satu atau dua kata-kata hikmat untuk menjadikan penulisan mereka lebih menarik.
- Penyanyi ghazal itu sedang belajar memetik jari untuk persembahan telah datang.
- Warna rambut Azli kelihatan perang-perang setelah di mewarnakannya di salun.
- Walaupun perang Iran dengan tentera bersekutu telah tamat,tetapi rakyat negara itu masih menderita.
Terbaik. Izin guna cikgu.
ReplyDelete