NO
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
1
|
air susu dibalas dengan air tuba
|
kesenangan hidup seseorang yang dibalas dengan
kejahatan.
|
2
|
alah bisa tegal biasa
|
sesuatu yang sukar dibuat pada awalnya tetapi akan
lama-kelamaan menjadi kebiasaan.
|
3
|
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan /
alang-alang mandi biar basah /
alang-alang berdakwat biar hitam /
alang-alang berminyak biar licin /
|
apabila mula membuat sesuatu, kita harus
menyempurnakannya.
|
4
|
bagai lebah menghimpun madu
|
rajin
bekerja.
|
5
|
bagaimana acuan begitulah kuihnya /
bapa borek anak rintik /
bagaimana tepuk, begitulah tarinya
|
anak-anak
biasanya mengikut teladan atau sikap daripada ibu bapa
|
6
|
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
|
orang yang melihat penderitaan orang
lain pun derita, apalagi orang yang memikul penderitaan itu.
|
7
|
biar putih tulang, jangan putih mata
|
berani menentang pihak musuh demi kesejahteraan dan
kedamaian walaupun mengorbankan diri sendiri daripada duduk diam tanpa
berbuat apa-apa
|
8
|
buah tangan
|
cenderamata.
|
9
|
air yang dicincang tidak akan putus /
biduk lalu kiambang bertaut
|
pergaduhan dalam
kalangan adik-beradik yang biasanya tidak berpanjangan kerana mereka mudah
berbaik-baik semula.
|
10
|
gunting dalam lipatan /
api dalam sekam /
musuh dalam selimut
|
musuh yang amat rapat dengan kita tetapi tidak dapat
kita kesan
|
11
|
harapkan pagar, pagar makan pagi /
harapkan sokong, sokong membawa rebah
|
dikhianati oleh seseorang yang dipercayai /
dikecewakan oleh golongan yang diharapkan
|
12
|
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
|
kalau tidak berusaha, kejayaan tidak
akan dapat dicapai.
|
13
|
langkah kanan
|
bernasib
baik.
|
14
|
masa itu emas
|
masa amat berharga dan mesti diuruskan dengan baik.
|
15
|
masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang
kerbau menguak
|
pandai menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang
lain.
|
16
|
menconteng arang di muka sendiri
|
apabila kita memburuk-burukkan nama keluarga atau
nagara sendiri, kita juga sedang memburukkan nama diri kita sendiri.
|
17
|
muafakat membawa berkat /
bersekutu bertambah mutu
|
untuk
mencapai kemajuan dan kejayaan negara, nilai kerjasama dalam kalangan rakyat
amat diperlukan.
|
18
|
rendah diri /
ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk /
ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya
|
seseorang yang tidak bersombong
walaupun berkedudukan tinggi dalam masyarakat.
|
19
|
seperti anjing dengan kucing
|
sering bertengkar dalam menegakkan pendirian masing-masing
|
20
|
seperti langit dengan bumi
|
sangat berbeza
|
21
|
seperti pahat dengan penukul
|
seseorang yang hanya akan bekerja
apabila disuruh.
|
22
|
seperti pinang dibelah dua / seperti bulan dengan bintang /
seperti cincin dengan permata
|
pasangan yang kelihatan secocok.
|
23
|
seperti rusa masuk kampung
|
seseorang yang
kelihatan tercengang-cengang apabila pertama kali menjejakkan kaki ke tempat
yang baharu.
|
24
|
seperti ulat lupa akan daun /
seperti kacang lupakan kulitnya
|
seseorang yang melupakan jasa.
|
25
|
setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau jua/
seperti gagak pulang ke benua/
seperti ikan pulang ke lubuk /
seperti sirih pulang ke gagang/
seperti belut pulang ke lumpur /
seperti gagak pulang ke benua
|
pulang ke tempat
asal setelah lama merantau
|
26
|
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula
|
seseorang yang
sudah mengetahui sesuatu masih ingin bertanya tentang perkara yang sama.
|
27
|
usaha tangga kejayaan /
genggam bara api, biar sampai jadi abu /
genggam bara api, biar sampai jadi arang /
hati hendak semua jadi /
di mana ada kemahuan, di situ ada
jalannya
|
jika seseorang mempunyai niat untuk berjaya, dia akan
mempunyai kesungguhan untuk mencapai kejayaan.
|
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
29 October 2015
PERIBAHASA RAMALAN BM SPM 2015
26 October 2015
ANALISIS SOALAN NOVEL SE-MALAYSIA (ZON KUALA LUMPUR/SELANGOR/NEGERI SEMBILAN/PUTRAJAYA)
NEGERI
|
4a
(Satu novel)
|
4b
(Dua novel)
|
KEDAH
|
Dua peristiwa peleraian
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan
dengan Aisyah.
-Mama menitiskan air mata kesedihan
-Mama melihat muka Papa dengan marah dan kecewa
Mama mendengus dengan kuat lalu menangis.
-Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya
yang terakhir.
-Papa berasa sedih dan Intan Julia mengalirkan air mata
kesedihan lantaran kehilangan ibu tercinta
|
Satu persoalan semangat kerjasama bagi dua buah novel
(Novel
Papa)
Kerjasama mengusahakan kebun jagung
-Papa dan Mama, Intan Julia, iaitu Jeffri dan Intan
Maliana bekerjasama mengusahakan kebun sayur.
-Mama memetik jagung untuk dibuat bubur jagung kesukaan
suaminya.
(Novel
Konserto Terakhir)
Kerjasama mengusahakan tanam bunga dan tanaman.
-Hilmi dan Hayati bekerjasama menanam pokok bunga
-mengubah kebun bunga yang kotor menjadi kemas dan
bersih
|
TERENGGANU
|
Dua nilai kemanusiaan
Nilai – penyayang
-Papa sayang akan isterinya, Intan Maliana dan anaknya
Intan Julia.
-Papa memastikan pelajaran Intan Julia terurus
-Papa juga menjaga Mama, Intan Maliana yang koma dengan
baik
Nilai – pengorbanan
-Papa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Mama,
Intan Maliana yang koma
-Mama, Intan Maliana berkorban nyawa demi melahirkan
anak kembar siam lalu jatuh koma.
|
Dua tindakan watak utama yang anda tidak bersetuju dengannya
NOVEL PAPA
Saya tidak menyetujui sifat Intan Julia yang tidak
sopan terhadap Papanya, Jeffri
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan
Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang
ingin berkahwin dengan Aisyah
Saya juga tidak bersetuju dengan sikap Intan Julia yang
mengingkari arahan Papa.
-terus berkawan dengan Rasylan tanpa mempedulikan
nasihat Papa.
-mengecewakan Papanya, Jeffri
|
PERAK
|
Dua peristiwa yang menunjukkan persoalan
ketabahan
Ketabahan menghadapi
penghinaan daripada orang kaya
-Hilmi tabah menghadapi
penghinaan daripada Datin Salmah
-Datin Salmah memanggilnya “Tukang Kebun” dan berasa
malu kerana memiliki anak saudara dari kampung
Ketabahan menghadapi keretakan rumah tangga
-Hilmi terpaksa akur dan berpisah dengan Azizah dan
anaknya, Hakim
-Hilmi berasa rindu akan anak dan isterinya sehingga
jatuh sakit.
|
Satu pengajaran yang menggambarkan semangat kerjasama bagi dua buah novel
NOVEL PAPA
Kita mestilah bekerjasama menjaga ahli keluarga yang
sakit.
-Papa, Jeffri dan anaknya, Intan Julia bekerjasama
menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-mereka bergilir-gilir menziarahi Mama yang koma dan
memastikan keadaan Mama teratur.
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Kita mestilah bekerjasama dalam sebuah pasukan untuk
menjayakan suatu kerja yang dilakukan
-Ahli muzik Orkestra Perdana bekerjasama dalam pasukan
untuk menjayakan persembahan Hilmi Potpuri sehingga mendapat tepukan gemuruh
daripada penonton di Dewan Tunku Canselor.
|
SELANGOR
(Klang)
|
Dua peristiwa menunjukkan nilai kasih sayang
NOVEL PAPA
Mama, Intan Maliana amat sayang akan Papa, Jeffri
sehingga sanggup berkorban demi membahagiakan suaminya apabila dia membuat
keputusan untuk mengandung lagi.
-sanggup menanggung risiko sewaktu mengandungkan anak
dan melahirkan anak kembar
-kasih sayang seorang isteri kepada suami jelas
terpancar
Papa, Jeffri yang sibuk bekerja menjaga Intan Maliana
yang koma dengan penuh kasih sayang.
-memastikan keadaan Intan Maliana terurus dan kemas
-berbual-bual dengan Intan Maliana di biliknya selepas pulang dari hospital
sekali gus jelas terpancarnya kasih sayang suami kepada isteri.
|
Satu peristiwa yang menimbulkan unsur saspens bagi dua buah novel
NOVEL PAPA
Peristiwa Intan Maliana yang melahirkan anak kembar
menimbulkan saspens kepada pembaca.
-pembaca tertanya-tanya sama ada anak kembar itu
meninggal dunia
-pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana dapat
diselamatkan
-Akhirnya pembaca meneruskan pembacaan dan mendapati
Intan Maliana koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam
kandungan
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Peristiwa Hilmi yang pengsan di depan rumah dan
dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur menimbulkan saspens.
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan dapat
memimpin Orkes Perdana
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan meninggal
dunia
Penulis meneruskan pembacaan lalu mengetahui bahawa
Hayati menggantikan Hilmi dalam persembahan Orkes Perdana dan Hilmi meninggal
dunia pada akhir cerita.
|
SBP
|
Dua masalah kehidupan dan cara menyelesaikannya
NOVEL PAPA
Masalah
kesihatan Intan Maliana.
-Intan
Maliana koma akibat komplikasi selepas melahirkan anak kembarnya.
-Intan Julia dan Papa atau Jeffri secara bergilir-gilir menjaga Mama atau Intan Maliana yang koma untuk melihat Mama atau Intan Maliana pulih kembali.
-Papa
dan Intan Julia perlu menjaga Mama dengan baik selepas Mama berkorban untuk
mengandung lagi demi melaksanakan hasrat Papa Jeffri.
Masalah
Julia dengan Papa.
-Julia
menentang hasrat Papa yang ingin berkahwin dengan Aisyah sewaktu Mama masih
koma.
-Akhirnya
Julia menerima keputusan Papa yang mahu berkahwin lagi kerana memikirkan Papa
yang hidup sunyi selepas Mama koma selama tiga tahun.
-Julia
patut merestui keinginan papanya yang inginkan teman sejak Mama sakit.
|
Satu peristiwa yang menunjukkan
nilai kasih sayang antara watak bagi dua buah novel
NOVEL PAPA
Kasih sayang isteri terhadap suami
-Mama sanggup mengandung sekali lagi apabila
Papa menyuarakan hasratnya yang ingin akan anak lagi.
-Hal ini membuktikan kasih sayang Mama
terhadap Papa walaupun Mama berhadapan dengan risiko komplikasi kelahiran
sewaktu melahirkan Julia.
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya.
-Datin Salmah sangat sayang akan anak
tunggalnya, Hayati.
-Datin Salmah mahu Hayati menjauhkan
dirinya daripada Hilmi.
-Beliau tidak mahu Hayati dipengaruhi
oleh anak kampung yang tidak berpelajaran seperti Hilmi.
|
JOHOR
|
Dua peristiwa menarik
NOVEL KONSERTO
TERAKHIR
-Peristiwa Kedatangan Hilmi
di rumah Datuk Johari
-berpakaian tidak kemas
-meminta Datuk Johari
mencarikannya pekerjaan
Peristiwa Pak Karim
membongkar identiti Hilmi
-Hilmi dikatakan anak kandung
Datuk Johari
-Datuk Johari dan Datin
Salmah berasa amat bersalah terhadap Hilmi
-pernah melayaninya dengan
buruk
|
Satu latar tempat bagi dua novel
NOVEL PAPA
-Rumah Papa, Jeffri
-tempat tinggal Intan Maliana
bersama suaminya, Jeffri dan anaknya, Intan Julia
-tempat Intan Maliana
meninggal dunia
NOVEL KONSERTO
TERAKHIR
Rumah Datuk Johari
-didiami oleh Datuk Johari,
Datin Salmah, Mak Minah, dan Hilmi
-Hilmi pernah dihina sebagai
budak kampung yang miskin di situ
-Hilmi menjaga rumah itu
sendirian sepanjang ketiadaan Datuk Johari sekeluarga yang melancong ke
Eropah.
|
PULAU PINANG
|
Pengajaran dalam novel
NOVEL PAPA
Pengajaran pertama:
Kita mestilah menyayangi ahli keluarga
-Papa sayang akan isterinya, Intan Maliana dan anaknya
Intan Julia.
-Papa memastikan pelajaran Intan Julia terurus
-Papa juga menjaga Mama, Intan Maliana yang koma dengan
baik
Pengajaran kedua:
Kita mestilah berkorban demi keluarga tercinta
-Papa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Mama,
Intan Maliana yang koma
-Mama, Intan Maliana berkorban nyawa demi
melahirkan anak kembar siam lalu jatuh koma.
|
Satu nilai positif pada watak utama bagi dua novel
NOVEL PAPA
Kasih sayang
-Intan Julia seorang anak yang penyayang kerana menjaga
ibunya yang koma
-Intan Julia juga seorang anak yang penyayang kerana
merestui perkahwinan Papanya, Jeffri dengan Aisyah
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Ketabahan
-Hilmi tabah menghadapi penghinaan daripada Datin
Salmah yang memandang hina kepadanya sebagai budak kampung
-Hilmi juga dipanggil “Tukang Kebun” kerana Datin
Salmah malu memberitahu keluarganya bahawa Datuk Johari mempunyai anak
saudara yang miskin.
|
PAHANG
|
Dua peristiwa kepincangan sosial dalam masyarakat
NOVEL PAPA
Masyarakat yang tidak sopan terhadap ibu bapa
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan
Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang
ingin berkahwin dengan Aisyah
Masyarakat yang tidak mengikut nasihat dan arahan bapa
-terus berkawan dengan Rasylan tanpa mempedulikan
nasihat Papa.
-mengecewakan Papanya, Jeffri
|
Satu persoalan tanggungjawab bagi dua novel
NOVEL PAPA
Persoalan tanggungjawab suami terhadap isteri
-Jeffri menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma
dengan penuh tanggungjawab
-Jeffri memastikan keadaan isterinya terurus dan kemas
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Persoalan tanggungjawab seseorang pekerja terhadap
kerja yang diamanahkan kepadanya
-Hilmi seorang tukang kebun yang bertanggungjawab
menjaga kebun dan halaman rumah Datuk Johari
-Kebun yang tidak terurus telah bertukar wajah menjadi
kebun sayur yang cantik dan tanaman bunga juga hidup subur.
|
KELANTAN
|
Perwatakan satu watak sampingan
NOVEL PAPA
Watak sampingan : Jeffri
seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri
-Jeffri menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma
dengan penuh tanggungjawab
-Jeffri memastikan keadaan isterinya terurus dan kemas
|
Tema bagi dua novel
PAPA
Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.
Buktinya, mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua
sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak
meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya
itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan
cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan
harapan mama akan pulih seperti dahulu. Malah, Intan Julia turut membuktikan
kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aisyah meskipun pada
peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.
KONSERTO TERAKHIR
Tema novel ini berkenaan kegigihan seorang pemuda yang
berbakat dalam bidang muzik dan akhirnya menjadi pemuzik unggul tanah air.
Hal ini digambarkan melalui watak Hilmi yang terpaksa melalui pelbagai
cabaran sebelum menjadi seorang penggubah lagu yang diminati ramai.
|
MRSM
|
Dua peristiwa yang menunjukkan usaha watak-watak
saling membantu menyelesaikan masalah
NOVEL PAPA
Sikap bantu-membantu dalam usaha menjaga ahli keluarga
yang sakit.
-Papa, Jeffri dan anaknya, Intan Julia bekerjasama
menjaga Mama, Intan Maliana yang koma
-mereka bergilir-gilir menziarahi Mama yang koma dan
memastikan keadaan Mama teratur.
Sikap saling membantu antara suami isteri untuk
mengerjakan kebun di rumah
-Intan Maliana dan Jeffri saling membantu untuk
mengerjakan kebun jagung di halaman rumah
-sama-sama bergurau senda dan mengerjakan kebun dengan
harapan hasilnya dapat dituai dan dinikmati bersama
|
Satu
peristiwa unsur saspens dua novel
NOVEL PAPA
Peristiwa Intan Maliana yang melahirkan anak kembar
menimbulkan saspens kepada pembaca.
-pembaca tertanya-tanya sama ada anak kembar itu
meninggal dunia
-pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana dapat
diselamatkan
-Akhirnya pembaca meneruskan pembacaan dan mendapati
Intan Maliana koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam
kandungan
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Peristiwa Hilmi yang pengsan di depan rumah dan
dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur menimbulkan saspens.
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan dapat
memimpin Orkes Perdana
-pembaca tertanya-tanya sama ada Hilmi akan meninggal
dunia
Penulis meneruskan pembacaan lalu mengetahui bahawa
Hayati menggantikan Hilmi dalam persembahan Orkes Perdana dan Hilmi meninggal
dunia pada akhir cerita.
|
NEGERI SEMBILAN
|
Dua teknik plot
NOVEL PAPA
Peristiwa Intan Maliana yang melahirkan anak kembar
menimbulkan teknik saspens dalam novel.
-pembaca tertanya-tanya sama ada anak kembar itu
meninggal dunia
-pembaca tertanya-tanya sama ada Intan Maliana dapat
diselamatkan
-Akhirnya pembaca meneruskan pembacaan dan mendapati
Intan Maliana koma selepas melahirkan anak kembar siam yang mati dalam
kandungan
Teknik plot kedua ialah kejutan
-pembaca novel terkejut akan kematian Intan Maliana
-Intan Julia juga tidak dapat menerima hakikat bahawa
ibunya Intan Maliana meninggal dunia
-Papa pula menitiskan air mata kesedihan sewaktu
menatap wajah mayat isterinya.
|
Satu kritikan sosial
NOVEL PAPA
Masyarakat yang tidak sopan terhadap ibu bapa
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan
Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang
ingin berkahwin dengan Aisyah
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Masyarakat yang menghina orang miskin
-Datin Salmah menghina Hilmi yang miskin
-berasa malu kerana memiliki anak saudara yang berasal
dari kampung dan tidak berpelajaran tinggi
-berasa malu untuk mengakui bahawa Hilmi ialah anak
saudara suaminya di depan tetamu yang datang ke rumah
|
MELAKA
|
Dua kritikan sosial
NOVEL PAPA
Masyarakat yang tidak sopan terhadap ibu bapa
-Intan Julia memarahi Papa dan tidak memahami keadaan
Papa
-Intan Julia tidak bersetuju dengan keputusan Papa yang
ingin berkahwin dengan Aisyah
Masyarakat yang tidak mengikut nasihat dan arahan bapa
-terus berkawan dengan Rasylan tanpa mempedulikan
nasihat Papa.
-mengecewakan Papanya, Jeffri
|
Satu persoalan bagi dua novel
NOVEL PAPA
Kasih sayang anak kepada ibu
-Intan Julia seorang anak yang penyayang kerana menjaga
ibunya yang koma
-Intan Julia juga seorang anak yang penyayang kerana
merestui perkahwinan Papanya, Jeffri dengan Aisyah
KONSERTO TERAKHIR
Persoalan tanggungjawab seseorang pekerja terhadap
kerja yang diamanahkan kepadanya
-Hilmi seorang tukang kebun yang bertanggungjawab
menjaga kebun dan halaman rumah Datuk Johari
-Kebun yang tidak terurus telah bertukar wajah menjadi
kebun sayur yang cantik dan tanaman bunga juga hidup subur.
|
SARAWAK
|
Kepentingan tema sebuah novel
KONSERTO TERAKHIR
Tema novel ini berkenaan kegigihan seorang pemuda yang
berbakat dalam bidang muzik dan akhirnya menjadi pemuzik unggul tanah air.
Hal ini digambarkan melalui watak Hilmi yang terpaksa
melalui pelbagai cabaran sebelum menjadi seorang penggubah lagu yang diminati
ramai.
Kepentingan: Pembaca dapat mengetahui mesej yang ingin
disampaikan oleh penulis
|
Dua persoalan sebuah novel
NOVEL PAPA
Persoalan pertama:
Kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga
-Papa sayang akan isterinya, Intan Maliana dan anaknya
Intan Julia.
-Papa memastikan pelajaran Intan Julia terurus
-Papa juga menjaga Mama, Intan Maliana yang koma dengan
baik
Persoalan kedua:
Pengorbanan demi keluarga tercinta
-Papa berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Mama,
Intan Maliana yang koma
-Mama, Intan Maliana berkorban nyawa demi melahirkan
anak kembar siam lalu jatuh koma.
|
YIK
(Kelantan)
|
Satu perwatakan watak utama dan watak
sampingan sebuah novel
PAPA
WATAK UTAMA
WATAK UTAMA: INTAN JULIA
Intan Julia seorang anak yang penyayang
-sayang akan ibu bapanya dan tidak pernah
menyakitkan hati mereka
-menjaga ibunya yang koma dan merestui
perhubungan antara Papa dengan Aisyah
Watak sampingan : Jeffri
seorang suami yang bertanggungjawab terhadap isteri
-Jeffri menjaga isterinya, Intan Maliana yang koma
dengan penuh tanggungjawab
-Jeffri memastikan keadaan isterinya terurus dan kemas
|
Peristiwa yang menggembirakan dalam dua
novel
NOVEL PAPA
Papa dan Intan Julia berasa amat gembira
apabila Intan Maliana disahkan mengandung
-Papa berasa amat bahagia kerana isterinya sanggup
berkorban untuk mengandungkan anak lagi
-Intan Julia pula gembira kerana bakal mendapat adik
baharu
NOVEL KONSERTO TERAKHIR
Pembaca berasa gembira apabila Hilmi diterima belajar
muzik daripada Encik Bakar
-Hilmi bersyukur dan bergembira kerana Encik Bakar
tidak mengenakan sebarang bayaran terhadapnya
-Encik Bakar juga gembira kerana dapat mengajar seorang
yang berbakat besar dalam bidang muzik
|
PERLIS
|
Dua nilai pengorbanan
NOVEL PAPA
Pengorbanan isteri kepada suami
-Intan Maliana sanggup berkorban demi membahagiakan
suaminya
-mengandungkan anak kembar
-mengambil risiko yang tinggi sehingga koma selepas
melahirkan anak kembar siam yang mati dalam kandungan
Pengorbanan suami terhadap isteri yang sakit
-Jeffri berkorban masa dan tenaga untuk menjaga Intan
Maliana yang koma
-memastikan keadaan isterinya yang koma itu selesa dan
terurus
-berulang-alik ke hospital untuk melawat Intan Maliana
|
Satu latar tempat dalam dua novel
NOVEL PAPA
-Rumah Papa, Jeffri
-tempat tinggal Intan Maliana
bersama suaminya, Jeffri dan anaknya, Intan Julia
-tempat Intan Maliana
meninggal dunia
NOVEL KONSERTO
TERAKHIR
Rumah Datuk Johari
-didiami oleh Datuk Johari,
Datin Salmah, Mak Minah, dan Hilmi
-Hilmi pernah dihina sebagai
budak kampung yang miskin di situ
-Hilmi menjaga rumah itu
sendirian sepanjang ketiadaan Datuk Johari sekeluarga yang melancong ke
Eropah.
|