INFORMASI
BAHASA
1
SEPTEMBER 2015
PENGGUNAAN
AYAT LARANGAN YANG BETUL DAN YANG SALAH
Ayat
larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti berikut:
1.
Jangan
2.
Usah
3.
Tak usah
Penggunaan
kata larangan lazimnya dapat kita perhatikan sebelum kata kerja dengan tujuan
menegah seseorang melakukan sesuatu. Oleh sebab itu, penggunaan kata larangan
yang bertindih dengan kata permintaan dianggap lewah. Selain itu, bentuk ayat
silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif. Oleh
sebab itu, ketidakgramatisan berlaku dalam pertuturan harian seperti yang
berikut:
1.
Sila
jangan merokok. û
Jangan
merokok. ✔
Sila
merokok. û
2.
Tolong
jangan ambil beg saya. û
Tolong ambil beg saya. ✔
Jangan
ambil beg saya. ✔
3.
Minta
jangan berludah di sini. û
Jangan
berludah di sini. ✔
PERINGATAN!
Ayat
larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan “harap” pada
bahagian depannya.
Contohnya
adalah seperti yang berikut:
Harap
jangan merokok. ✔
Harap
jangan ambil. ✔
Harap
jangan berludah. ✔
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.