23 August 2015

INFORMASI BAHASA - PERIBAHASA YANG SERING DISALAH TULIS OLEH PENGGUNA BAHASA MELAYU

INFORMASI BAHASA
PERIBAHASA YANG SERING DISALAH TULIS OLEH PENGGUNA BAHASA MELAYU
Soalan peribahasa diuji dalam peringkat UPSR, PT3, SPM, dan STPM waima peperiksan di universiti. Kesilapan menulis peribahasa menyebabkan markah dipotong sekali gus membawa kerugian kepada pengguna bahasa. Berikut ialah senarai peribahasa popular yang sering ditulis tetapi ditulis salah kerana pengaruh bahasa biasa, pengaruh buku rujukan yang tidak tepat, dan pengaruh media massa.
1.
bulat air kerana pembentung,
bulat manusia kerana muafakat. 
bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat. ✔
2.
sudah terhantuk baru terngadah 
sudah terhantuk baru tengadah ✔
3.
indah khabar dari rupa 
indah khabar daripada rupa ✔
4.
sekali air bak, sekali pantai berubah 
sekali air bah, sekali pantai berubah ✔
5.
ringan sama dijinjing, berat sama dipikul 
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ✔
6.
betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya 
berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ✔
7.
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. 
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri kita ✔
Sebenarnya, banyak lagi peribahasa yang kita lupa akan tulisan sebenarnya. Kita perlu rajin membelek Kamus Dewan dan gigih mencari gali ilmu dalamnya.
Akhirulkalam, amalankanlah prinsip betulkan yang salah, biasakan yang betul dalam penulisan peribahasa.

No comments:

Post a Comment

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.