PERIHAL “IA” DAN “YA” YANG SAMA TAPI TAK SERUPA
Ia dan Ya sering kita dengar dan tulis dalam ayat dan dialog serta acap kali kita lihat dalam sari kata yang disiarkan melalui televisyen. Walau bagaimanapun, perkataan yang terbentuk daripada satu suku kata ini kadangkala mengelirukan pengguna bahasa. Ya atau tidak?
Sebelum kita melihat penerbitan kata daripada “ia” dan “ya”. Eloklah kita perhatikan maksud “ia” dan “ya” dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga.
“Ia” ialah kata yang diucapkan untuk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu serta membawa maksud “ya”.
Sementara itu, “beria-ia” pula membawa maksud bersungguh-sungguh. Contohnya, Dia beria-ia benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman.
Jika dibubuh imbuhan untuk membentuk kata kerja, “ia” akan menjadi “mengiakan” yang membawa maksud mengatakan ia, membenarkan, dan menyungguhkan. Contohnya, Saya mengiakan apa-apa yang dikatakannya.
“Ya” membawa maksud kata untuk menyatakan benar (setuju), memang benar, betul. Contohnya, Ya, saya ada dua orang anak. Contoh kedua ialah Yakah engkau ini yang bernama Tuanku Malim Deman? Frasa “Ya tak Ya juga” membawa maksud memang benar dan betul.
“Ya” juga merupakan kata untuk menyatakan sanggup melakukan sesuatu atau baiklah. Contohnya, “Yalah, patik membawa Duli Yang Dipertuan lari.
“Ya” juga merupakan kata untuk menyahut panggilan orang dengan menjawab bahawa kita mendengarnya. Contohnya, “Ya pak cik”.
“Ya jika dibubuh imbuhan untuk menjadi kata kerja pula akan menjadi “mengeyakan” yang membawa maksud mengatakan ya, membenarkan, dan menyungguhkan.
“Ya jika dibubuh imbuhan untuk menjadi kata kerja pula akan menjadi “mengeyakan” yang membawa maksud mengatakan ya, membenarkan, dan menyungguhkan.
Sebenarnya, perkataan “mengiakan” lahir daripada kata dasar “ia” manakala mengeyakan lahir daripada kata dasar “ya” membawa maksud yang sama membenarkan menyetujui, dan mengakui sesuatu. Perkataan “ya” yang mempunyai satu suku kata apabila menerima imbuhan meng- akan menjadi menge- “mengeyakan”. Oleh hal yang demikian kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan walaupun maknanya ada sedikit perbezaan.
Apakah perbezaannya?
Jika dilihat dari sudut makna, kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari sudut fungsi kata, kedua-dua kata ini terdapat sedikit perbezaan. Kata “mengiakan” berfungsi sebagai perkara atau keterangan yang dipersetujui. Sementara itu, “mengeyakan” pula, berfungsi apabila seseorang itu diminta menyatakan atau mengatakan sesuatu perkara yang perlu dipersetujui.

Lihat ayat-ayah di bawah:
1.
Ayah mengiakan permintaan ibu. (salah)
Ayah mengeyakan permintaan ibu. (betul)
1.
Ayah mengiakan permintaan ibu. (salah)
Ayah mengeyakan permintaan ibu. (betul)
2.
Ayah mengeyakan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis. (betul)
Ayah mengiakan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis. (salah)
Ayah mengeyakan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis. (betul)
Ayah mengiakan bukti yang dikemukakan oleh pihak polis. (salah)
3.
Ibu mengiakan pertanyaan ayah. (salah)
Ibu mengeyakan pertanyaan ayah. (betul)
Ibu mengiakan pertanyaan ayah. (salah)
Ibu mengeyakan pertanyaan ayah. (betul)
Adakah jawapan saya di atas betul?
Sekian informasi bahasa untuk tatapan kita pada hari ini.
Sekian informasi bahasa untuk tatapan kita pada hari ini.
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.