21 January 2015

Kata "suci" yang perlu kita sucikan penggunaannya dalam bahasa Melayu.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "suci" membawa maksud di bawah:

suci
1. bersih (dr segi agama): makanan yg ~;

2. tidak berdosa, tidak bernoda, kudus, nirmala, soleh: orang yg ~; 
3. bersifat ke­agamaan (ketuhanan): ayat ~; Kitab S~; Tanah S~ Mekah; 
4. bersih drpd sebarang kejahatan atau keburukan (niat, perasaan, dll), murni: Tuhan hendak menyampaikan hajat hamba-Nya yg berniat ~ itu; hati yg ~; 
5. bersih atau bebas (drpd kotoran dll): wajib baginya menggantikan kembali puasa yg tertinggal itu apabila ~ drpd haid; 
6. sl tidak kotor (semak), bersih;

bersuci
1. membersihkan diri sebelum mengerjakan sembahyang, wuduk;
2. membersihkan diri (drpd kekotoran): ~ drpd najis;
3. hidup suci;
4. bp berkhatan, bersunat;

menyucikan
1. membersihkan diri (dr segi agama);
2. sl membersihkan diri drpd ke­kotoran (semak samun dll): maka Bendahara dan Laksamana pun menyuruh orang pergi ~ tanah itu;
3. membersihkan drpd segala yg keji (hati, fikiran, perasaan), memurnikan, me­nguduskan: hari ini orang meluhurkan jiwa, ~ hati selepas melalui percubaan Tuhan;
4. menganggap suci (mulia): ada orang yg ~ anjing;

kesucian 
perihal suci; persucian perihal bersuci;

penyucian 
perihal menyucikan, pember­sihan; penyuci sesuatu yg digunakan ketika bersuci atau utk menyucikan sesuatu.

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai dengan penggunaan imbuhannya.

Rumah ibadat ialah tempat yang ______________. Tempat ini merupakan titik pertemuan antara manusia yang sama agama dan ajaran-Nya. Walau bagaimanapun, ada segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa mereka dapat _________________ diri apabila kerap berkunjung di rumah ibadat. Mereka juga beranggapan bahawa segala dosa mereka akan dapat dibersihkan dan  amalan _______________ di rumah ibadat sudah disalahgunakan oleh mereka. Sebagai manusia, mereka tidak sedar bahawa kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya. Oleh sebab itu, ________________ seseorang bukan bergantung pada kekerapannya mengunjungi rumah ibadat, tetapi amal dan ibadahnya yang menentukan keimanannya untuk mengekang segala macam cabaran dan dosa dalam kehidupan. Oleh sebab itu, kita haruslah ___________ daripada segala najis dosa dan sentiasa ingat bahawa manusia ada asa, Tuhan ada kuasa.

Ingin akan jawapannya, e-mel saya cikgutancl@hotmail.com
Cikgu Tan CL



1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.