PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SPM TAHUN 2014
RAMALAN 1
Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara
Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara
Apabila
kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990, usaha ini
menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada
industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara.
Setiap tahun bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Banyak pelancong sama ada dari luar ataupun tempatan memilih negara kita sebagai
destinasi pelancongan. Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada
rakyat dan negara kita?
Antara
kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat
pelancongan yang menarik di Malaysia. Malaysia mempunyai banyak tempat
bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di
negeri Melaka. Tempat-tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu
pengetahuan seseorang. Di negara kita, pelancong juga dapat bermain sambil
melawat tempat-tempat bersejarah ini kerana kita mengetahui bahawa
sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan bagi sesetengah
pelancong. Jadi, untuk memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan bersejarah
persembahan turut diadakan seperti di Kota A’Famosa. Di Kota A’Famosa pelancong
bukan sahaja dapat menambahkan ilmu sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang
sama Hal ini dikatakan demikian kerana tempat beriadah seperti Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan
Dunia Air turut disediakan. Tempat-tempat ini sesuai untuk semua golongan
masyarakat sama ada kanak-kanak ataupun dewasa. Jelasnya, sektor pelancongan
dapat mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara kita. Jelaslah kepada kita bahawa Malaysia mempunyai lebih banyak tempat pelancongan yang menarik daripada luar negara kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Selain
itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara kita.
Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara
kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza
seperti masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara-negara Barat
seperti England cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang
goreng, stik dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti,
pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti negara lain yang cuma
mempunyai satu kaedah masakan. Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mengetahui
pelbagai jenis makanan dari serata dunia seperti nasi ayam, pau dan kuetiao goreng daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu,
capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan Barat
dan masakan enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah
dirasai oleh pelancong ini memberikan mereka rasa baharu maka menarik minat
mereka untuk mengunjungi Malaysia. Tegasnya, makanan setempat dapat
dipromosikan melalui sektor pelancongan kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Di
samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan industri
kraf tangan di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan
sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf
tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik,
kayu, perak, kaca dan kulit amat cantik dari segi reka bentuk dan sesuai
dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong pasti membeli-belah barangan
kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau dan lain-lain
sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan
pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar
negara kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.
Jelasnya, industri kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.
Sementara
itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang unik lagi
istimewa kepada dunia luar. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia
mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India,
Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai
adat, budaya dan cara pemakanan yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat
pelancong asing. Sektor pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak
lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke serata dunia. Pelancong yang datang
ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan dengan persembahan kesenian
tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat, ronggeng dan kuda
kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan tradisional seperti
sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain yang tak lekang dek panas, tak basah dek hujan. Pakaian
tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari
yang diperbuat daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing.
Keseronokan pengalaman yang dibawa pulang ke negara asal pelancong akan menjadi
memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke negara kita.
Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi melalui
sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara
Malaysia.
Kesimpulannya,
sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam
negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada pada negara
kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan yang
terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun
masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi
menjaga kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu
padu bak kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat.
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.