2 January 2010

Latihan mengenal pasti kesalahan dalam ayat

Dalam setiap ayat di bawah ada satu kesalahan, kenal pasti kesalahan tersebut dengan menggariskannya lalu menulis cadangan jawaban yang sesuai untuk menggantikannya.

  1. Ada-ada saja yang tak kena kepada hati Puan Lina.
  2. Guru sekolah kami rajin mengajar tetapi semua pelajar-pelajar di dalam kelas kami tidak.
  3. Kursus yang dijalankan secara insentif itu mendapat sokongan daripada semua pihak.
  4. Guru itu sudah memecat jawatannya minggu lepas.
  5. Sebagai akibat penurunan mata wang Yen Jepun, pendudukan ekonomi di beberapa negara lain turut terjejas.
  6. Encik Looi tidak dapat menghadiri ke majlis itu kerana isterinya sakit.
  7. Encik Azli dirawat di hospital kerana diserang kesakitan jantung.
  8. Para pelajar itu gembira kerana berpeluang menemui dengan Perdana Menteri.
  9. Walaupun Maznah kurang upaya, saya terpikat dengan budi bahasanya yang baik.
  10. Sesetengah ibu bapa terlalu termanjakan anak-anak mereka.
  11. Semua pihak harus serious menangani kegiatan jenayah di sekolah.
  12. Puan Chia gayat apabila diberitahu bahawa anaknya kemalangan.
  13. Pemandu itu ditahan polis kerana memandu secara merbahaya.
  14. Petani itu mendirikan gerai di tepi jalan untuk menjual hasil pertaniannya.
  15. Hamizah mengundang banyak kawan-kawannya ke majlis kesyukuran itu.
  16. Kelab Kembara menganjuri perkhemahan di Air Terjun Lata.
  17. Ibu dan ayah sayalah yang dorong saya hingga mencapai kejayaan ini.
  18. Para hadirin bertepok tangan setelah beliau selesai berucap.
  19. Puan Doshan tidak pernah menyebelahi sesiapa pun dalam pertelingkahan kedua-dua orang anaknya itu.
  20. Kamariah menangis tersedak-sedak apabila menerima berita kematian itu.

Jawaban untuk soalan-soalan di atas akan saya kemukakan esok

CIKGU TAN

6 comments:

  1. 1. kepada --> pada
    2. semua pelajar-pelajar --> semua pelajar
    3. insentif --> intensif
    4. memecat --> meletakkan
    5. pendudukan --> kedudukan
    6. menghadiri ke --> menghadiri / menghadirkan diri ke / hadir ke
    7. kesakitan --> sakit
    8. menemui --> bertemu
    9. terpikat dengan --> terpikat oleh
    10. termanjakan --> memanjakan
    11. serious --> serius
    12. gayat --> cemas / bimbang / gementar
    13. merbahaya --> berbahaya
    14. mendirikan --> membuka
    15. banyak kawan-kawan --> banyak kawan
    16. menganjuri --> menganjurkan
    17. dorong --> mendorong
    18. bertepok --> bertepuk
    19. pertelingkahan kedua-dua --> pertelinkahan antara kedua-dua
    20. tersedak-sedak --> teresak- esak

    ReplyDelete
  2. bolehkah saya mendapatkan contoh soalan pmr??

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cgu,, mohon dikongsi ya untuk pembelajaran anak-anak murid

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.