Dalam meniti kehidupan yang bertunjangkan nawaitu materialistik dan individualistik marcapada ini, kita seyogianya memahami maksud amalan bergotong royong. Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan warisan budaya atau amalan bangsa agar sentiasa releven dan diingati oleh masyarakat Malaysia, terutamanya generasi alaf baharu ini. Yang berlaku sekarang, budaya yang diingini hanyalah keseronokan dan keselesaan yang tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena ini melunturkan semangat memupuk amalan bergotong-royong. Tepuk dada, tanya selera; berapa ramaikah yang tidak mengenali maksud gotong-royong dan melaksanakannya? Berapakah peratus daripada golongan muda generasi kini yang telah bergotong-royong untuk membersihkan sesuatu tempat? Oleh hal yang demikian,kita mestilah mengenali faedah bergotong-royong dan menjalankan kegiatan bergotong-royong ini.
Amalan bergotong-royong dapat memperindah tempat tinggal. Kebersihan tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan tempat tinggal kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotong–royong kita dapat memperindah sendiri kawasan tempat tinggal dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan tempat tinggal kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan tempat tinggal kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong–royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit. Kata Tun Dr. Mahathir, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai jikalai kita mengaktifkan diri dalam kegiatan bergotong-royong. Oleh hal yang demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat penting sebagai agen perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan Negara yang mendapati jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama hitam, hati lain-lain. Dengan menjalankan kegiatan bergotong-royong kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Apabila seseorang yang berlainan kaum berinteraksi dengan seseorang yang berlainan kaum, kita dapat mengenali kebudayaan kaum-kaum masing- masing kerana masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak. Melaui kegiatan bergotong-royong, kita akan lebih dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri. Dengan ini, kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .
Melalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri. Fenomena ini sama seperti sambil menyelam ,minum air. Jelas beliau semasa merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun 2003. Nilai murni yang diterapkan akan mentransformasikan kita sebagai orang yang lebih disukai dan diterima oleh masyarakat. Amalan ini juga mampu memasyarakatkan rakyat Malaysia oleh sebab bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Aktiviti bergotong-royong sememangnya dapat menghidupkan semangat kejiranan. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengenali jiran secara mendalam. Selepas terlaksananya aktiviti ini , kita akan terpanggil untuk membuka hati kita lalu menegur jiran kita. Pembahagian tugas akan dapat dijalankan semasa aktiviti bergotong-royong dijalankan dan semua orang akan merasai semangat bersatu padu . Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalin dan meningkatkan hubungan sesama jiran. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Jiran ialah orang yang tinggal di sekitar rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang pertama akan membantu apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Tak percaya? Janganlah lupa bahawa pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".
Intihanya , amalan bergotong-royong membawa faedah yang banyak . Dengan mengamalkan semangat ini, bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih indah dengan secara tidak langsung. Bak kata pepatah, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Amalan ini tidak akan dilupai. Sebagai penutup wacana, amalan gotong-royong merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mewujudkan kualiti kehidupan yang optimum. Marilah kita belajar amalan yang baik dan amalkannya dalam kehidupan harian. Bak kata pepatah, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
karya sebenar pelajar Cikgu Tan C L,
DEXTER TAI WEN LIANG, SMK USJ 12
wenliang_dexter@hotmail.com
okeylah karangan ini ,banyak peribahasa but sesuai untuk budak spm!
ReplyDeletewow. what an essay. i'm sure it'll help me for my SPM. Thanks teacher. =)
ReplyDeleteggod job!keep it up..
ReplyDeletethis essay help me to finish my homework
ReplyDeletean awesome essay
terima kasih . karangan ini banyak membantu saya .
ReplyDeleteKarangan yang baik dan menunjukkan pengetahuan yang luas khususnya penggunaan peribahasa. Beri idea sedikit untuk bantu buat assigment saya.
ReplyDeleteterima kasih banyak2
ReplyDeletesaya harap cikgu boleh berkongsi lebihbanyak karangan untuk kami mengulangkaji pelajaran
teirma kasih cikgu
Nice..mantat karangan ni..thankz..
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeletepanjangnya...mcm karangan spm
ReplyDeletegood job kpd pelajar yang menulis karangan nie :D
sebuah karangan yang sempurna dan mudah untuk dirujuk dan difahami.SESUAI UNTUK MENDUDUKI DALAM PERINGKAT SPM HAHHQAHQAHQA
ReplyDeleteThe essay is simply amazing...it helped me a lot...thank you so much
ReplyDeletelukisan barkata..... karangan yang hebat mestilah dihasilkanoleh orang yang hebat.menarik perhatian sesiapa yang membaca walaupun masih bawah umur seperti saya.
ReplyDeletesaya adik dia.
ReplyDelete-..-?
ReplyDeleteanw, nice2 toqq ayat2 dye.>.<
Sangat menyentuh perasaan aku kerana sangat cantik cara dia mengolah ayat. Tapi aku sedih sebab yang tulis ni pelajar cina. Apa apa pun. Memang dahsyat lah karangan dia. Peribahasa yg dia gunakan pon yang biasa biasa punya jeh. Dah bnyk kali dgr, tp dia pandai. Hebat kau dexter. Semoga kau berjaya di masa akan datang.
ReplyDeletePMR pon boleh pakai nie.....hehehe....
ReplyDeletethanks for your help...
ReplyDeletekerjasama anda saya hargai...
awsome karangan,help me to do karangan
ReplyDeleteTerima Kasih ! Ia membantu saya utk menghasilkan sebuah karangan yang bagus.
ReplyDeleteThis essay makes me look like an embicile
ReplyDeletethank u teacher bcause it help me to complete my work . i still form 1
ReplyDeleteemm...bagus mantapnyerr essay ni!
ReplyDeletegood essay, btw thanks for sharing :)
ReplyDeleteTo be honest with u, I simply think that this essay is super duper faboluos.There are many IDIOMS and PROVERBS.I learnt a lot through reading this essay.Wish u all the best
ReplyDeleteKarangan yg amat baik...
ReplyDeletekarangan yang sangat bagus untuk pelajar spm
ReplyDeletekarangan ne sangat bagus.... bnyak peribahasa. :)
ReplyDeletethis karangan sangat membantu dalam menjawab SPM..thanks!
ReplyDeletememang gempakkk!!!
ReplyDeleteApa mksd seyogianya?
ReplyDeletegoogle
DeleteTerima kasih cikgu kerana beri karangan contoh.. ♥♥
ReplyDeleteshare
ReplyDeletebestnya karangan mantap betul....terima kasih cikgu tan cl...
ReplyDeleteThis is too deep
ReplyDeleteHarap2 exam nnti keluar soalan pasal ni... :3 boleh lah aku dapat 30/30 nnti.. Memang smart gile walaupun ada beberapa peribahasa aku tak faham. xD
ReplyDeletethanks for this essays :) I really have a blank moments..when I want to finish essay for form 4 --" I dont have any idea.
ReplyDeleteThe best essay ever
ReplyDeleteThe best essay ever
ReplyDeletehuraian yang padu! terima kasih cikgu semoga ada lagi karangan yang penuh dengan peribahsa dan frasa2 menarik lagi yeay~
ReplyDeleteMantap
ReplyDeletei copied this eh? thank you for this wonderful essay!!
ReplyDeleteit is very amazing essay. thank you teacher. its help me a lot.
ReplyDeleteterima kasih! amat berguna buat diri saya.
ReplyDeleteokay saje la tis essei
ReplyDeleteApa maksud "seyogianya"?
ReplyDeleteWow dari 2009 doh
ReplyDeletesaya nk kebaikan bergotong royong.Pleaseš£
ReplyDeleteKarangan yang amat cun. Terima kasih banyak banyak ya. Teruskan menulis banyak karangan lagi.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMelalui kegiatan yang afdal ini , kita dapat memupuk nilai murni dalam sanubari kita. Hal ini dikatakan demikian kerana Tun Dr.Mahathir, mantan Perdana Menteri ke-4 pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya menerap pelbagai nilai murni dalam diri.
ReplyDeleteTun Dr Mahathir itu perdana menteri bukan mantan. Nanti edit ya cikgu...
tampan
ReplyDeleteVery nice introduction for the whole story.
ReplyDeleteCan we actually put question mark on our essay?
ReplyDeleteYes, you can, by putting '?' the examiner will know that you are questioning :) hope this helps! Goodluck.
DeleteTerima kasih cikguuu
ReplyDeleteHmm,boleh Ada banyak peribahasa teruskan
ReplyDeleteHai,saya dari 2019 hahahah
ReplyDeletebest !!!
ReplyDelete