16 April 2009

Sampah-sarap atau sampah sarap?

Sejak akhir-akhir ini, banyak pengguna bahasa masih keliru akan perkataan "sampah sarap" dengan "*sampah-sarap". Baiklah, eloklah saya terangkan sebab "sampah sarap" betul dari segi tatabahasa.
Mengikut kamus dewan, makna "sampah" adalah seperti yang berikut:
1. sampah
benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina;
Selain itu, perkataan "sarap" pula bermakna:

1. sarap
sampah (daun-daun kering, debu, dll): dia mengibas-ngibas ~ ke tepi dinding dgn kain; sampah ~ berbagai-bagai sampah;
Oleh hal yang demikian, perkataan yang mempunyai makna yang sama tidak memerlukan tanda "sempang" atau "-". Lihat beberapa contoh perkataan yang tidak mempunyai tanda "-" kerana bukan kata ganda.


(i) bukit bakau (betul)
*bukan "*bukit-bakau" kerana bakau dan bukit sama makna


(ii) bukit bukau (betul)
*bukan "*bukit-bukau" kerana bukit dan bukau sama makna


(iii) bersatu padu (betul)
*bukan "*bersatu-padu" kerana bersatu dan padu sama makna


(iv) kasih sayang (betul)
*bukan "*kasih-sayang" kerana kasih dan sayang sama makna


(v) bersangkut paut (betul)
*bukan "*bersangkup-paut" kerana sangkut dan paut mempunyai makna yang sama


(vi) sanak saudara (betul)
*bukan "*sanak-saudara" kerana sanak dan saudara sama makna

5 comments:

  1. apa perbezaan bukit bukau dengan bukit bakau?

    ReplyDelete
  2. Bukit bakau ialah kawasan yang berbukit tetapi dipunuhi pokok bakau.

    Bukit bukau ialah kawasan yang ada banyak bukit.

    ReplyDelete
  3. Kamus dewan edisi berapa yang cikgu cari makna sampah tu?

    ReplyDelete
  4. Bukit dan bukau berlainan maksudnya. 'Bukau' bermaksud lembah (Kamus Dewan)

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.