31 March 2009

Majlis Makan Malam Amal "Yayasan Nanyang" - Sukarelawan diperlukan

LOGO TEMA MALAM AMAL HARI IBU

Pada 9 Mei 2009, satu majlis malan malam amal untuk mengutip derma kepada Yayasan Nanyang Press akan diadakan di Dewan Putra, Kelab Eksekutif Klang. Pada malam itu juga, saya akan bertugas sebagai salah seorang pegawai tinggi yang menjayakan aktiviti yang akan dilangsungkan. Oleh hal yang demikian, 3 minggu yang lalu, saya sudah pun bertanya kepasa pelajar saya sama ada mereka sudi menjadi sukarelawan untuk sama-sama membantu saya menjadikan malam itu satu memori indah. Saya berasa amat berterima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada pelajar saya yang sudi membantu saya. Dari segi semangat kesukarelawan, jasa dan pengorbanan mereka hanya mampu dibalas oleh Tuhan kerana "manusia puya asa, Tuhan punya kuasa". Lagipun, kita selalu diajar "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali".




Sehubungan dengan itu, saya masih buntu kerana sedang sibuk mencari seorang yang mahir bermain seksofon pada malam itu. Hanya hanya memerlukan khidmatnya untuk jangka masa 15 hingga 30 minit sebelum majlis bermula. Sesiapa yang berminat silalah tampil untuk menyumbangkan bakat anda sekali gus membuat kerja-kerja kebajikan. Sjil penyertaan akan disediakan kepada para sukarelawan. Dalam pada itu, sesiapa yang sudi untuk menjadi sukarela, bolehlah menghubungi saya melalui e-mel. sebaik-baiknya, sukarelawan dari daerah Klang amat diperlukan kerana yang terlalu jauh, nanti ada masalah pengangkutan awam pula.




Padi sawah dicabut segemal,

Jadi petani janganlah malas;

Hari ini kita beramal,

Hari ini kita dibalas.

27 March 2009

Karangan Pelajar Edisi ke-4

Karangan di bawah ini ditulis oleh Reenisha dari SMK Kota Kemuning.






Karangan di bawah ini ditulis oleh Tiffany Yit dari SMJK Kwang Hua, Klang.





Karangan di bawah ini ditulis oleh Wong Kah Man dari SMK Kota Kemuning.



22 March 2009

Mimpi jumpa dia..... kenapa?

Mimpi

Kali ini ku tersedar daripada mimpi

seolah-olah jantungku bermain dram

dalam kebingitan pancaroba hidup

malam tadi kubermimpi dia menangis



Dia yang kukenali

sering ketawa dan suka menyinsir kawan-kawan

Dia yang kuajar

seorang murid yang bersahaja

dengan senyuman gigi besi

dan pertanyaan ringkas



Entah mengapa

kumimpi bertemu dia

di lorong kehidupan yang berwarna ungu

dia seolah gembira menatap langkahanku

namun

aku jauh meninggalkannya



Entah mengapa

diriku sering bena tak bena

muridku ini istimewa bagiku

sering membawa hilai tawa di dalam kelasku



Gadis berkaca mata baharu ini

kuharap dia akan berjaya

bukan hanya dalam kehidupan

malah masa depan



Mimpi semalam hanya mimpi

realiti masih menungguku..

satu hakikat

dia muridku yang baik, Esther Lim Shen Ai

(gambar pelajar telah dipadamkan selepas saya mendapati ada pihak (banyak) yang mula menyukainya dan meminta e-mel pelajar itu daripada saya)

20 March 2009

Kesalahan Ejaan yang Kerap dilakukan oleh Pelajar (Edisi ke-2)

berikut ialah senarai kesalahan yang biasanya muncul dalam karangan. Kenapa?
1. displin ...... sepatutnya ditulis......disiplin
2. Tsunami ...... sepatutnya ditulis...... tsunami
3. menanangi ...... sepatutnya ditulis...... menangani
4. menggelakan ...... sepatutnya ditulis...... mengelakkan
5. berbillion-billion ...... sepatutnya ditulis...... berbilion-bilion
6. dasyat ...... sepatutnya ditulis...... dahsyat
7. kerosakkan ...... sepatutnya ditulis...... kerosakan
8. pertempatan ...... sepatutnya ditulis...... petempatan
9. sampah-sarap ...... sepatutnya ditulis...... sampah sarap
10. mengembirakan ...... sepatutnya ditulis...... menggembirakan
11. menyerdari profession ...sepatutnya ditulis...menyedari profesion
12. perkerjaaan ...... sepatutnya ditulis...... pekerjaan
13. efisyen...... sepatutnya ditulis...... efisien
14. mengalakkan ...... sepatutnya ditulis...... menggalakkan
15. seringkali...... sepatutnya ditulis...... sering kali
16. acapkali...... sepatutnya ditulis...... acap kali
17. berjogging ...... sepatutnya ditulis...... berjoging
18. apartment ...... sepatutnya ditulis...... apartmen
19. treauma ...... sepatutnya ditulis...... trauma
20. kementrian ...... sepatutnya ditulis...... kementerian
21. negative ...... sepatutnya ditulis...... negatif
22. memperdulikan ...... sepatutnya ditulis.....mempedulikan
23.mempedayakan ...... sepatutnya ditulis...... memperdayakan
24. kesimpulanya ...... sepatutnya ditulis...... kesimpulannya
25. prodaktiviti ...... sepatutnya ditulis...... produktiviti
26. mengganggap ...... sepatutnya ditulis...... menganggap
27. pengganguran ...... sepatutnya ditulis...... pengangguran
28. walaubagaimanapun ...sepatutnya ditulis...walau bagaimanapun
29. bersopan-santun ...... sepatutnya ditulis...... bersopan santun
30. lalu-lintas ...... sepatutnya ditulis...... lalu lintas
31. pra-kemerdekaan ...... sepatutnya ditulis...... prakemerdekaan
32. anti kerajaan antikerajaan
33. terhantuk baru terngadah ...... sepatutnya ditulis...... tengadah
34. kasih-sayang ...... sepatutnya ditulis...... kasih sayang
35. mengembleng ...... sepatutnya ditulis...... menggembleng
36. anti-merokok ...... sepatutnya ditulis...... antimerokok
37. keseronokkan ...... sepatutnya ditulis...... keseronokan
38. kes rompakkan ...... sepatutnya ditulis...... kes rompakan
39. pengawai polis ...... sepatutnya ditulis...... pegawai polis
40. saki baki ...... sepatutnya ditulis...... saki-baki
41. sanak-saudara ...... sepatutnya ditulis...... sanak saudara
42. yatim-piatu ...... sepatutnya ditulis...... yatim piatu
43. pekara...... sepatutnya ditulis......perkara
44. pengakutan ...... sepatutnya ditulis...... pengangkutan
45. menangguh di air keruh ...... sepatutnya ditulis...... menangguk air keruh
46. rumah-tangga ...... sepatutnya ditulis...... rumah tangga
47. kecermerlangan ...... sepatutnya ditulis...... kecemerlangan
48. jalanraya ...... sepatutnya ditulis...... jalan raya
49. lebuhraya ...... sepatutnya ditulis...... lebuh raya
50. pasaraya ...... sepatutnya ditulis...... pasar raya
51. bandaraya ...... sepatutnya ditulis...... bandar raya
52. dimana ...... sepatutnya ditulis...... di mana
53. bekeluarga ...... sepatutnya ditulis...... berkeluarga
54. fail beserta pen ...... sepatutnya ditulis......fail berserta pen
55. gambarajah ...... sepatutnya ditulis...... gambar rajah
56. menyalah gunakan ...... sepatutnya ditulis......menyalahgunakan
57. penguatkuasa...... sepatutnya ditulis...... penguat kuasa
58. khursus ...... sepatutnya ditulis...... kursus
59. ketidak stabilan ...... sepatutnya ditulis...... ketidakstabilan
60. setia usaha ...... sepatutnya ditulis...... setiausaha
61. urusetia majlis ...... sepatutnya ditulis...... urus setia majlis
62. mengulangkaji pelajaran mengulang kaji pelajaran
63. motorbot ...... sepatutnya ditulis...... motobot
65. bidang akedemik ...... sepatutnya ditulis...... bidang akademik

19 March 2009

Karangan Pelajar Edisi ke-3







Nama: Lau Yi Ling

Sekolah: SMK Kota Kemuning









Nama: Koh Zheng Tze

Sekolah: SMJK Kwang Hua, Klang


Yang ditunjukkan di atas ialah karangan pelajar tingkatan 3 saya. Saya berharap mereka akan berjaya dalam PMR tahun ini.


Peribahasa Melayu, adakah masih releven dalam kehidupan kita?

Adakah relevan masyarakat sekarang menggunakan peribahasa dalam kehidupan seharian mereka?
Peribahasa Melayu memang indah dan penuh dengan ilmu dan pedoman. Sebagai guru, saya memang bersetuju bahawa peribahasa Melayu sangat revelen dalam kehidupan masyarakat kini. Lihatlah beberapa peribahasa dan huraiannya.


1. Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Malaysia dan negara-negara serantau sedang mengalami kegawatan ekonomi yang agak membimbangkan. Ekoran itu, peribahasa ini memang sesuai untuk menggambarkan keperluan rakyat semasa. Sebagai konsumer, kita haruslah sedar bahawa setiap perbelanjaan yang kita buat mestilah dengan rasional dan tidak melampau kerana kita haruslah berjimat cermat sebelum "poket" kita kering.


2. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Anak-anak muda sekarang memang tidak berfikiran matang sebelum membuat sebarang keputusan dalam soal pergaulanl Hal ini dikatakan demikian kerana baru-baru ini, kita digemparkan dengan kejadian anak-anak gadis yang membuang janin bayi selepas melahirkannya. Bayi itu tidak berdosa, yang berdosa ialah mereka yang tidak berfikiran matang sebelum membuat keputusan. Nescaya, mereka akan menyesal atas perbuatan ini namun segala-galanya sudah terlambat.


3. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Anak-anak murid zaman sekarang lazimnya suka membuat persiapan pada saat-saat akhir peperiksaan menjelang. Daripada perspektif berbeza, mereka lupa bahawa persediaan dan berusaha sejak awal tahun merupakan formula kejayaan dalam pelajaran. Oleh sebab itu, pakar motivasi seyogianya menasihati pelajar agar membuat dan ulang kaji setiap hari agar topik-topik yang kita ulang kaji menjadi lebih banyak sekali gus meyakinkan kita apabila melangkah ke dewan peperiksaan. Oleh hal yang demikian, setiap langkah menuju ke dewan peperiksaan haruslah berbekalkan kesungguhan dan keyakinan, bukan ketakutan.


4. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Datuk Lee Chong Wei, wira badminton negara yang diuar-uarkan menjuarai kejohanan Terbuka Swiss baru-baru ini telah membawa sinar kepada skuab kebangsaan. Hal ini dikatakan demikian kerana seminggu sebelum itu, beliau terpaksa tunduk kepada "Mr Cool" dari negara tembok besar China, yakni Lin Dan. Lin Dan yang semangnya menang dengan bergaya pada pertandingan badminton All England terpaksa pula tunduk kepada pemain nombor satu negara kita. Saya percaya, Datuk Lee Chong Wei yang sentiasa bercita-cita berdiri megah di puncak tertinggi ranking dunia akhirnya berjaya apabila menjinakkan "Harimau Cina" yang maco dan gagah!


5. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sejak akhir-akhir ini, kita digemparkan dengan kejadian yang amat menakutkan wanita dari seluruh negara, yakni kes rogol bersiri. Perogol bersiri yang juga seorang pemandu teksi sentiasa menjadikan pelanggannya sebagai mangsa. Walau bagaimanapun, kebijaksaaan seorang gadis Cina dari Taman Kosas, Cheras telah membantu pihak polis dengan memerangkap perogol bersiri yang licik itu. Akhirnya, perogol itu ditangkap dan dimasukkan ke penjara dengan hukuman 25 tahun berserta 20 sebatan. Oleh sebab itu, kejahatan yang selicik-licik manapun, pasti akan kecundang dan ditangkap juga.

17 March 2009

Hasil Pelajar Saya - Edaran ke-2

Sila klik pada karangan untuk pembacaan yang lebih jelas, terima kasih.



Nama pelajar: Koh Yan Wei
Sekolah: SMJK Kwang Hua, Klang
Markah Karangan: 83/100%




Nama pelajar: Kim Ern Ern
Sekolah: SMK Kota Kemuning (berhijrah ke Australia -2009 Januari)
Markah karangan: 81/100%





Nama pelajar: Chua Li Mei
Sekolah: SMK Kota Kemuning
Markah karangan: 80/100%





Nama pelajar: Chew Hong Ye
Sekolah: SMK Kota Kemuning
Markah karangan: 87.5/100%

15 March 2009

"Senarai Gaha Bahasa Komsas" , "Nada dalam Sajak" dan "Rima Akhir" serta "Bentuk dalam Sajak"

Senarai Gaya Bahasa KOMSAS


1. Anafora -Pengulangan kata pada awal baris
Terbang kenanga terbang pohon
Terbang burung sering dipohon

2. Responsi -Pengulangan kata pada tengah-tengah baris
Sayang indah pergi Johor
Dia yang kupinta pergi datang

3. Epifora -Pengulangan kata pada akhir baris
Sayang Salmah hatinya pedih
Teruja sakitnya hati pedih

4. Repitasi / Repitisi -Pengulangan kata pada baris yang sama
Pergilah sayang pergi jauh
Hati ini hati yang dilukai

5. Simplok -Pengulangan kata pada awal dan akhir baris yang sama
Sayang seribu kali sayang
Hanya aku yang kau kenali

6. Sinkof / Sinkope -Penggunaan singkatan kata
Ku, mu, mau, tak, nak, mak

7. Metafora -Perbandingan secara tidak langsung atau kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua kata yang berisi konkrit dan abstrak.
Bukit-bukit harapan
*Bukit ( unsur konkrit)
*harapan ( unsur abstrak)

Hatinya mengalir sungai duka
*sungai (unsur konkrit)
*duka (unsur abstrak)

8. Simile -Perbandingan atau kiasan secara langsung yang bersendi laksana, seperti, bak, umpama, bagaikan dan sebagainya
Seperti kolek terdampar di pasir
Bagai buih kecil di air

9. Personifikasi -Penggunaan unsur kemanusiaan terhadap unsur bukan manusia
Kebosanan menggigit pangkal rasa
*kebosanan bukan manusia, kebosanan tidak boleh menggigit.

10. Hiperbola -Penggunaan unsur yang melampau
Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bungaan
*manusia tak mungkin dapat cinta akan berjuta-juta bunga

Sekarang Kumpulkan tenaga raksasa
*manusia tak mungkin dapat mengumpulkan tenaga seperti raksasa

Seribu tahun kembali juga
*manusia tak mungkin berjumpa selepas seribu tahun

11. Hybrid-Penyatuan dua kata menjadi satu kata
Bertanggungjawab
*Tanggung + jawab

Ketidakpastian
*Tidak + pasti

12. Inversi- Pembalikan kata
Aduhai adinda berpesan adik
*Sepatutnya ditulis Aduhai adinda adik berpesan

13. Paradoks -Penggunaan unsur positif dan negatif dalam satu baris puisi
Menangis dalam kegembiraan
*Menangis – unsur negatif
*Kegembiraan – unsur positif

14. Asonansi -Pengulangan bunyi vokal
Aduhai malang Pak Kaduk
*pengulangan huruf vokal "a"

15. Aliterasi- Pengulangan bunyi konsonan
Ayamnya menang kampung tergadai
*Pengulangan huruf konsonan "m"

16. Imejan -Penggunaan unsur alam
Sungai, laut, bukit, tasik

Nada dalam sajak
Melankolik -sedih
Patriotisme -Cinta akan negara
Sinis -Mengejek / menyindir
Romantis/Romantik -Kegembiraan / kebahagiaan
Protes -Membangkang
Ironi -Keadaan yang menunjukkan penentangan
Ode / Oda -Memuji atau menyanjung

Rima akhir
Sajak -Bebas
Syair -a,a,a,a
Pantun -a,b,a,b


Bentuk dalam sajak
Distikhon -----Dua baris setiap rangkap
Terzina -----Tiga baris setiap rangkap
Kuatren -----Empat baris setiap rangkap
Kuantren -----Lima baris setiap rangkap
Sestet -----Enam baris setiap rangkap
Septet -----Tujuh baris setiap rangkap
Oktaf -----Lapan baris setiap rangkap
Soneta -----Empat belas baris setiap rangkap

14 March 2009

Karangan Pelajar Saya

Berikut merupakan karangan yang ditulis oleh pelajar saya. Mereka mula menunjukkan tahap kematangan yang tinggi dalam penulisan. Saya berasa bangga akan pencapaian mereka dan berharap mereka akan meneruskan perjuangan menuju SPM! Hanya beberapa hasil tulisan pelajar yang akan dimuat naik hari ini. Esok ada lagi... tunggu dan lihat!
(untuk melihat karangan di bawah dengan jelas, anda hanya perlu mengklik karangan sahaja)







Nama pelajar: Koh yan Wei
Sekolah: SMJK Kwang Hua, Klang
Markah Karangan: 88/100%


Nama pelajar: Kareshma Kaur
Sekolah: SMK Kota Kemuning
Markah Karangan: 85/100%




Nama pelajar: Lok Jing Tian
Sekolah: SMK Kota Kemuning
Markah Karangan: 82/100%

Nama pelajar: Gan Edwin
Sekolah: SMK Seafield , Subang Jaya
Markah: 83/100%





Nama pelajar: Chew Hong Ye
Sekolah: SMK Kota Kemuning
Markah karangan: 85/100%


Nama pelajar: Andrea Ng
Sekolah: SMK Kota Kemuning
Markah Karangan: 88/100 %
Ada lagi 15-20 karangan pelajar yang akan menyusul selepas ini...... Tunggu dan lihat!