19 February 2009

Kata Bilangan

kata bilangan tentusatu, dua, tiga, dan seterusnya

kata bilangan tak tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, para, setengah-setengah, sesetengah, dan sebagainya

kata bilangan pecahansuku, setengah, separuh, tiga suku, satu per tiga, lima per tujuh, dan sebagainya

kata bilangan pisahan
setiap, masing-masing dan tiap-tiap

kata bilangan himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, beribu-ribu, ribuan, beratus-ratus, ratusan, berjuta-juta, jutaan, dan sebagainya

kata bilangan tingkat
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya

KESALAHAN UMUM PELAJAR
1. Beberapa pelajar (salah)
Pembetulan: Beberapa orang pelajar
(kata bilangan beberapa MESTI diikuti penjodoh bilangan)

2. Lima setengah jam (salah)
Pembetulan: Lima jam setengah
(kata bilangan pecahan mestilah di letakkan di hujung kata bilangan tentu)

3. Setiap orang pelajar (salah)
Pembetulan: Setiap pelajar
(pelajar sudah menunjukkan "orang", maka TIDAK perlu penjodoh bilangan "orang" lagi.

4. Beribu hadiah, berjuta bintang, (salah)
Pembetulan: Beribu-ribu buah hadiah, berjuta-juta butir bintang, beratus-ratus buah kereta
(beribu bermaksud "mempunyai ibu", berjuta bermaksud "ada juta")

5. Kedua ibu bapa (salah)
Pembetulan: Kedua-dua orang ibu bapa
(kedua bermaksud "tempat kedua" dan kedua-dua bermaksud "dua orang yang terlibat")

6. Setiap-tiap pelajar, tiap pelajar (salah)
Pembetulan: Setiap pelajar, tiap-tiap pelajar
(Dalam BM, hanya ada "setiap" dan "tiap-tiap")

Latih Nahu
Nyatakan sama ada frasa di bawah betul (B) atau salah (S), kemudian berikan jawaban yang betul untuk menggantikan jawaban yang salah.
  1. Kedua-dua orang menteri ( )
  2. Satu suku jam ( )
  3. Dua ringgit setengah ( )
  4. Setengah pelajar ( )
  5. Separuh daripada murid di dalam kelas ( )
  6. tiap peserta pertandingan ( )
  7. beribu-ribu buah komputer ( )
  8. Setengah-setengah remaja ( )
  9. Seluruh buah kampung ( )
  10. tempat keempat belas di dalam kelas ( )
Anda boleh menghantar jawapan anda dalam ruang "ulasan". Pada malam Sabtu, saya akan memasukkan jawabannya.

6 comments:

  1. 1. Kedua-dua orang menteri (B)
    2. Satu suku jam (S) Satu jam suku
    3. Dua ringgit setengah (B)
    4. Setengah pelajar (S) Sesetengah pelajar
    5. Separuh daripada murid di dalam kelas (B)
    6. Tiap peserta pertandingan (S) Setiap/ Tiap-tiap peserta pertandingan
    7. Beribu-ribu buah komputer (B)
    8. Setengah-setengah remaja (B)
    9. Seluruh buah kampung (S) Seluruh kampung
    10. tempat keempat belas di dalam kelas (B)

    ReplyDelete
  2. SYABAS.. Jawaban anda BETUL SEMUANYA.

    ReplyDelete
  3. cikgu,
    apakah perbezaan antara orang tua-tua dengan orang-orang tua?

    ReplyDelete
  4. cikgu,mengapakah dalam tatabahasa dewan , penjodoh bilangan boleh hadir selepas perkataan 'setiap'?

    ReplyDelete
  5. cikgu apa beza di antara para dan para-para

    ReplyDelete
  6. cikgu...mengapa "setengah-setengah" tu betul ? bukan "sesetengah" ker ?

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.