2 February 2009

"HAL INI DEMIKIAN KERANA" tidak lagi gramatis, kenapa?

Dalam satu perbincangan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang lalu, iaitu semasa sesi pemurnian Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga kali kedua, panel penulis telah membuat persetujuan bahawa ungkapan "Hal ini demikian kerana..." tidak lagi gramatis. Ketidakgramatisan ini berpunca daripada keputusan untuk memasukkan unsur adverba dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Oleh sebab adverba dimasukkan sebagai kata tugas, maka adverba tidak boleh menjadi inti dalam frasa subjek atau predikat. Kehadiran adverba hanyalah membawa tugas tertentu dalam ayat.
Oleh itu, ungkapan "Hal ini demikian kerana...” perlulah diubah seperti yang berikut:
(i) Hal ini berlaku demikian kerana....
(ii) Perkara ini terjadi demikian kerana...
(iii) Hal ini dikatakan demikian kerana...
Dengan berdasarkan ayat-ayat di atas, kata adverba `demikian’ bertugas sebagai penerang kepada kata kerja `berlaku’, `terjadi’, `dikatakan’, dan sebagainya. Kepada guru-guru di sekolah, harap terimalah perubahan ini sebagai satu daripada perkembangan bahasa Melayu. Janganlah menghukum pelajar jika mereka masih menggunakan ungkapan `Hal ini demikian kerana...’. Untuk mendidik pelajar dan masyarakat tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul, kita hendaklah menggunakan pendekatan yang bijaksana dan rasional.
Sumber: Munsyi Dewan, Cikgu Ghalib, http://agy7500.blogspot.com/

8 comments:

  1. Salam.

    Terima kasih atas makluman ini. Sudah beberapa bulan saya ketinggalan.

    Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang bermanfaat (:

    ReplyDelete
  3. Apalah bahasa melayu, asyik berubah ja, make up your mind goddammit. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly 🙄🙄

      Delete
  4. Perkongsian yg menarik..
    Pertanyaan penggunaan tatabahasa.
    Adakah betul ayat :
    - obses dengan duniawi
    -jika dilihat pada umat zaman sekarang
    -tidaklah hanya sebagai sebuah
    - jurusan pengajian islam

    Terima kasih.

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.