24 January 2009

Selamat Tahun Baharu Cina 2009


Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua kenalan, guru-guru yang merayakan perayaan ini dan murid-murid yang meraikan kemeriahan sambutan ini serta pengunjung blog ini. Semoga tahun lembu (mengikut kalendar Cina) akan membawa lebih banyak kejayaan dan kelancaran dalam apa-apa jua kerja yang kita lakukan. Lembu melambangkan haiwan yang sanggup bekerja keras di sawah padi untuk jangka masa yang panjang untuk memastikan hasil pertanian menjadi. Oleh hal yang demikian, para pelajar haruslah bekerja keras demi mencapai kejayaan dalam akademik dan kokurikulum.
kepada pengunjung yang ingin mengetahui erti sebenar Tahun Baharu Cina, layari laman http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Tahun_Baru_Cina untuk mendapatkan informasinya.


6 comments:

  1. Salam sejahtera.

    Selamat menyambut Tahun Baharu Cina, Cikgu Tan.

    Saya mengikuti blog tuan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. happy chinese new year.
    cikgu, ape smbungan peribahasa untuk laksana orang yang memperanakkan .........??
    maksud dia?

    ReplyDelete
  3. "Laksana Lain orang memperanakkan, lain orang dipanggil bapa" bermaksud "Balasan yang tidak pada tempatnya; lain orang yang berbuat baik lain orang pula yang mendapat penghargaan."

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.