Kurang daripada 20 jam lagi, para pelajar yang saya kasihi di luar sana akan menduduki peperiksaan awam pertama dalam kehidupan mereka. Hal ini pasti menggeletarkan dan membimbangkan mereka termasuk ibu bapa dan ahli keluarga. Saya sering kali suka membuat ramalan dan kajian tentang soalan yang bakal disoal dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Walau bagaimanapun, "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya", maka pelajar harus sedar bahawa kejayaan dalam peperiksaan haruslah melalui keperitan dan kesusahan yang tidak dapat digambarkan. Baiklah, "masa itu emas", saya tidak akan membazirkan masa saya. Berikut ialah soalan ramalan saya untuk UPSR 2008. Soalan ramalan ini saya buat berdasarkan kajian dan penyelidikan serta menggunakan pengalaman sebagai seorang pendidik. Saya harus menegaskan bahawa apa-apa sahaja soalan yang keluar esok, anda harus bersiap sedia menghadapinya. Saya hanya meramal kerana "manusia punya asa, Tuhan punya kuasa". Jangan menyalahkan saya atau menuding jari dengan mengatakan apa-apa tentang Cikgu Tan jika soalan berikut tidak keluar:
SOALAN BM RAMALAN SEKOLAH
KEBANGSAAN (SK)
DAN
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (SJK)
BAHAGIAN A - Bina ayat
"Huruf yang italik ialah kata kunci yang sesuai)
- Suasana kemalangan (kemalangan dahsyat, cedera parah, kereta remuk-redam, mangsa meraung kesakitan, kereta ambulans tiba, dikejarkan ke hospital)
- Suasana perkelahan (cuaca baik, berkelah di tepi pantai, menyediakan makanan dan minuman, bermain air, berenang dengan ria)
- Suasana kegiatan kokurikulum / aktiviti di sekolah (mendengar arahan ketua, memakai uniform dengan kemas, bekerjasama menjayakan aktiviti, bersatu padu, memupuk perpaduan)
- Suasana pertandingan dan perlawanan di sekolah (riuh-rendah, tepukan gemuruh, memberikan sokongan, pasukan lawan, merangkul pingat kejayaan)
- Suasana aktiviti kekeluargaan (meluangkan masa, berbual mesra, berkongsi pendapat, meringankan beban ibu bapa, anak kesayangan)
BAHAGIAN B - Karangan
- Karangan Jenis Syarahan / Ucapan ( pertandingan / hari perasmian / perpisahan)
- Karangan Jenis Surat Rasmi (aduan / permohonan / penjelasan cuti)
- Karangan Surat Tidak Rasmi (surat kepada keluarga / kawan / sahabat pena / sepupu)
- Karangan Autobiografi (kamus, komputer, komputer riba (notebook), telefon mudah alih, alat berteknologi)
- Karangan Jenis Pengalaman (yang sudah berlaku seperti lawatan, kunjungan, bercuti)
- Karangan Jenis Fakta ( kelebihan amalan menabung, faedah menyertai aktiviti di sekolah, keburukan penggunaan telefon bimbit, keburukan tabiat merokok)
BAHAGIAN C - membina ulasan
FORMULA ( AMALAN BAIK DALAM PETIKAN)
- Kita mestilah ...... agar ......
- Kita haruslah ...... supaya ......
- Kita hendaklah ...... demi ......
- Kita patutlah ...... untuk ......
- Kita wajarlah ...... kerana ......
FORMULA ( AMALAN TIDAK BAIK DALAM PETIKAN)
- Usahlah kita ...... kerana ......
- Janganlah kita ...... oleh sebab ......
- Sebagai pelajar, jauhilah sikap ...... yang akan menyebabkan ......
- Sebagai anak, elakkan daripada tabiat ........ kerana ......
- Kita tidak patut ....... demi .......
SEMOGA BERJAYA DALAM UPSR!
CIKGU MENDOAKAN KEJAYAAN UNTUK ANDA!
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.