Dalam soalan kertas ulangan (SPMU) yang dijalankan baru-baru ini, ada perubahan dari segi arahan. Perhatikan soalannya:
BM Kertas 1 –Jun 2008
Perubahan dari segi Soalan:
Lihat soalan Bhg A.
Gambar di bawah menunjukkan sebahagian daripada kegiatan dalam bidang pertanian di negara kita. Huraikan pendapat anda tentang peluang kerjaya dalam bidang pertanian di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Komen:
Bentuk soalan yang dikemukakan ini berbeza dengan soalan SPM sebelum ini. Dalam soalan, terdapat penyataan soalan. Soalan ini mirip soalan Bahagian B.
BM Kertas 2 –Jun 2008
Soalan Tatabahasa yang terkini:
3(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
3(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Kepada calon SPM NOVEMBER 2008:
Sila baca soalan dengan teliti. Kemungkinan besar, arahan soalan seperti ini akan diguna pakai dalam peperiksaan nanti. Sila ambil perhatian tentang perkara ini.
Maklumat terkini ini hanya untuk anda!
Semoga berjaya!
(Sumber - Munsyi Dewan)
(Sumber - Munsyi Dewan)
selamat petang cikgu Tan. saya inginkan jawapan bagi soalan ramalan tatabahasa kesalahan istilah/kosa kata. terima kasih cikgu Tan.
ReplyDeleteini email saya : chk.norazizah@gmail.com
Boleh saya tahu.. maksud istilah di markah skema cikgu bagi utk T I B P ?
ReplyDelete