Banyak pelajar berbincang dengan saya tentang tatabahasa dan masalah untuk mengatasinya. Ada antara mereka yang sudah tingkatan 5 tetapi masih melakukan kesalahan seperti pelajar sekolah rendah. Faktor yang mengakibatkan pelajar menghadapi masalah mendapatkan markah karangan yang baik ialah kesalahan bahasa. Kesalahan umum seperti ini dikatakan dapat menjadi "virus" yang sentiasa ada dalam kotak fikiran pelajar sehingga virus itu akan sentiasa muncul dalam karangan dan ayat-ayat yang dibina oleh pelajar. Antara faktor masalah di atas berlaku ialah:
(a) faktor kesalahan daripada guru bahasa di sekolah rendah
Guru bahasa yang mengajar murid sekolah rendah memainkan peranan penting. Dengan berprinsipkan peribahasa "melentur buluh, biarlah daripada rebungnya", saya berani mengatakan bahawa kebanyakan pelajar membuat kesalahan kerana guru sekolah membuat kesalahan. Contohnya, baru-baru ini, seorang pelajar sekolah rendah memberitahu saya bahawa guru bahasa Melayu di sekolahnya masih menggunakan frasa "di kalangan". Pada hal frasa "di kalangan" sudah pun dibaiki menjadi "dalam kalangan" oleh Dewan bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2005 lagi. Kecetekan ilmu dan ketidakrajinan guru sekolah merujuk kepada DBP mahupun makalah keluaran DBP merupakan punca mereka terus mengajar murid-murid menggunakan kata, frasa, klausa, dan ayat yang salah. Amat memilukan. Hal ini demikian kerana.... saya tiada komen.
(b) faktor media massa
Media massa, tidak kira media elektronik mahupun media cetak semakin mendapat perhatian masyarakat. Media massa sudah menjadi satu keperluan yang maslahat kepada rakyat sesebuah negara. Walau bagaimanapun, media cetak seperti surat khabar yang sering membuat kesalahan menyebabkan pembacanya terus mempelajari gaya bahasa dan tatabahasa yang digunakan oleh wartawan yang bertugas. Senario ini diburukkan lagi dengan kesalahan media elektronik melalui sari kata (sub-title) yang menjadi tontonan kita. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa pelajar mudah terpengaruh dengan media. Oleh itu, segala berita yang dibaca dan iklan yang ditatap akan melekat dalam fikiran mereka. Natijahnya, mereka akan menggunakan frasa seperti "ianya", "merbahaya", "sejak dari", "demi untuk" dan banyak lagi. Realitinya, "ia" dan "nya" ialah kata ganti nama diri manusia ketiga yang bermaksud "dia". Maka, "ianya" bermaksud "dia dia". Merbahaya pula salah, ejaan yang betul ialah "marabahaya" (jarang digunakan) atau "berbahaya". Kata sendi "sejak" dan "dari" masing-masing memiliki maksud yang sama sekali gus menjadi "dari dari". Hal ini juga sama dengan kata sendi "demi untuk" yang sama maksudnya sekali gua menjadi "demi demi" atau "untuk untuk". Oleh hal yang demikian, kata "demi" tidak boleh hadir bersama kata "untuk".
(c) kedegilan pelajar
Kebanyakan pelajar enggan menukar kesalahan mereka walakin telah dibaiki oleh guru, justeru mereka tidak mempercayai kemapanan guru bahasa yang baik. Keadaan ini wujud dalam kalangan pelajar yang egonya tinggi ditambah pula kecetekan ilmu dan kekurangan sumber bacaan berbahasa Melayu. Keegoan mereka akhirnya akan merosakkan diri sendiri. Antara kesalahan pelajar yang ego ialah:
- Pelajar dikehendaki memulangkan semula buku cerita kepada perpustakaan sekolah.
Ayat di atas salah kerana frasa "memulangkan semula" yang meniru gaya bahasa Inggeris, walhal ayat yang betul ialah "Pelajar dikehendaki memulangkan buku cerita kepada perpustakaan sekolah semula." Frasa "memulangkan haruslah disambut oleh objek kata kerja.
(d) Pengaruh bahasa Cina dan bahasa Inggeris.
Banyak pelajar yang lemah dalam subjek bahasa Melayu ialah pelajar Cina dan India. Hal ini tidak dapat disangkal kerana mereka mengaplikasikan penggunaan tatabahasa Cina dan tatabahasa Inggeris kepada tatabahasa Melayu. Sebagai contoh, lihat frasa di bawah:
- Video cakera padat ( salah )
- Cakera padat video ( betul )
- *Video yang mengandungi cakera padat adalah salah manakala cakera padat yang mengandungi video adalah betul.
- Mini bas ( salah )
- Bas mini ( betul )
- *kecil bas adalah salah tetapi bas kecil adalah betul.
- anti-penjajah ( salah )
- antipenjajah ( betul )
- pra bayar ( salah )
- prabayar (betul)
- pro Melayu ( salah )
- pro-Melayu ( betul )
- anti rokok ( salah )
- antirokok ( betul )
- *imbuhan pinjaman seperti juru, pra, pasca, anti, pro, eka, dwi, maha, dan sebagainya tidak boleh disempangkan "-" apabila kata yang disambutnya bukan kata nama khas.
Secara total, pelajar perlu banyak membuat latih tubi. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah membuat latihan di bawah dan kita akan membincangkan jawapannya dalam masa terdekat.
SEMOGA BERJAYA!
Baca setiap ayat di bawah dengan teliti, kemudian perhatikan satu kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat berikut dan gariskannya. Seterusnya, baiki kesalahan tatabahasa tersebut.
1. Kami sekeluarga akan terangkat ke London malam ini.
2. Gadis itu nampak cantik apabila berselendangkan dengan kain kasa.
3. Pembahas itu sedang menghujahkan tentang isi kepentingan bahasa.
4. Rumah itu tidak besar tetapi cantik.
5. Dalam perbincangan kali ini, para pelajar saling bertukar-tukar pendapat tentang kempen antimerokok.
6. Rumah Rhysson dinaik air selepas hujan turun selama 3 jam.
7. Sejak tadi, dia belum makan apa-apa sebab belum lapar.
8. Damon dikenalpasti sebagai penjenayah yang paling dikehendaki oleh pihak polis.
9. Sikap ketidakbertanggungjawaban menyebabkan dia di denda oleh pihak sekolah.
10. Oleh kerana tidak sihat, Marcus tidak pergi ke sekolah.
11. Mesin faks yang dibeli oleh majikan itu tidak berfungsi lagi.
12. Qau Shaun tidak dapat menggunakan telefon bimbit baharunya sebab belum didaftarkan.
13. Kerajaan berjanji akan memilih anggota kabinet yang berketrampilan.
14. Hujan renyai-renyai turun sejak dari semalam.
15. Selain daripada bercucuk tanam, petani itu juga menternak ayam dan itik.
16. Untuk menghadapi peperiksaan yang semakin hampir, Edwin sibuk mengulangkaji pelajaran.
17. Cermin mata yang digunakan oleh ibu adalah untuk melihat benda yang dekat.
18. Semua penduduk kampung sedang berkerjasama membina semula jambatan yang rosak.
19. Senarai nama-nama pelajar yang disyaki merokok akan diserahkan kepada pengetua tidak lama lagi.
20. Kejayaan kerajaan membangunkan kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak telah menyakinkan penduduk peribumi di situ.

Cikgu Tan, itu (d)Pengaruh bahasa Cina dan bahasa Inggeris, saya juga "Hua Ren"-Cina!!! Ini bukan "problem"nya. Itu titik terakhir--*imbuhan pinjaman...kata yang disambutnya BUKAN kata sempang. Saya rasa BUKAN harus ditukarkan ke IALAH.
ReplyDeleteYOU GOT IT!!!
'di kalangan' sering digunakan dalam buku teks sejarah dan geografi
ReplyDeleteSaya harap cikgu dapat menjelaskan kesilapan yang terdapat di dalam ayat "Rumah itu tidak besar tetapi cantik."
ReplyDeleteTerima Kasih.
budak yang baharu belajar.