Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
2 July 2024
18 May 2024
22 April 2024
PERIBAHASA POPULAR DALAM KARANGAN
PERIBAHASA POPULAR DALAM KARANGAN
1. ..... hubungan yang rapat
bagai isi dengan kuku.
2. .... bekerjasama bagai
aur dengan tebing.
3. .... menghargai masa
kerana masa itu emas.
4. ..... mestilah insaf akan
kesilapan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
5. ....bersiap sedia lebih
awal kerana kita mestilah sediakan payung sebelum hujan
6. ..... bersama-sama
menghadapi kesusahan dan kesenangan berlandaskan peribahasa berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
7....... remaja hari ini ialah pemimpin pada masa
depan kerana pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara.
8. ..... ibu bapa menjaga kita dengan penuh kasih
sayang bagai menatang minyak yang penuh.
9. ..... mestilah menimba ilmu kerana ilmu pelita hidup.
10. .... mestilah menjauhi perkara yang negatif
kerana buat baik berpada-pada, buat jahat jangan
sekali.
Remaja pada hari ini ialah pemimpin pada masa depan kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa, berkaliber, berketerampilan dan berminda kelas
pertama, remaja mestilah menanam amalan membaca untuk menyuburkan minda sekali gus membuahkan ujana kejayaan. Kata ahli filsuf Tao, “jika mahu hidup setahun tanamlah gandum, jika mahu hidup sepuluh tahun
tanamlah pokok dan jika mahu hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia”.
Sekiranya masa depan remaja kita tidak dipelihara, negara akan kehilangan mutiara yang paling berharga untuk
menjadi pelapis kepimpinan negara. Walau
bagaimanapun, remaja pada hari ini tidak menjadikan buku sebagai teman hidup
mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka lebih suka bertemankan
permainan video dalam peranti. Untuk memupuk amalan
membaca dalam kalangan remaja pada hari ini, apakah peranan yang perlu
dimainkan oleh semua pihak?
Peranan
yang perlu dimainkan oleh pihak kerajaan untuk
memupuk amalan membaca dalam kalangan remaja ialah kempen
membaca secara besar-besaran. Hal ini dikatakan demikian kerana kempen
membaca dapat meningkatkan kesedaran remaja khususnya tentang kepentingan
menimba ilmu daripada amalan membaca. Kalau kamu menjadi pohon kayu,
jadilah pohon kayu yang tumbuh gagah di rimba, hidupnya sentiasa bersaing dan
berjuang dengan pohon-pohon lain untuk mendapat tempat yang kukuh dan terjamin.
Sebaliknya, janganlah menjadi pohon bunga yang ditanam di dalam pasu yang
sentiasa mengharapkan dirinya sentiasa disiram dan dibajai. Jika tidak, pokok
bunga itu akan menjadi layu dan seterusnya akan mati. Sebagai contohnya, agensi kerajaan seperti Perpustakaan Negara dan Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) bolehlah menjalankan kempen membaca secara agresif dan
proaktif dari Perlis ke Johor dan dari Sabah ke Sarawak. Dengan berbuat begitu, remaja akan
dapat melibatkan diri dalam kempen membaca sekali gus menyuburkan amalan
membaca dalam diri. Pada masa yang sama, remaja juga akan menjadikan buku
sebagai teman hidup mereka. Impaknya, kerajaan haruslah bekerja keras untuk
menganjurkan kempen membaca agar remaja dapat memupuk amalan yang mulia dalam
kehidupan mereka kerana membaca jambatan ilmu.
Sebagai penghias bicara akhir, amalan
membaca mestilah dipupuk dalam kalangan remaja pada hari ini oleh semua pihak.
Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan
tebing agar dapat menyuburkan dan menghidupkan amalan membaca dalam kalangan
remaja. Saya yakin bahawa amalan membaca dapat menjadi kunci utama untuk
membuka pintu kejayaan demi mendaki gunung cita-cita.
Daripada persepsi yang lain, saya berpendapat bahawa remaja yang menimba ilmu
daripada amalan membaca dapat menjadi pemimpin yang cemerlang, gemilang, dan
terbilang. Wahai remaja, ingatlah bahawa ilmu pelita hidup! Dengan ilmu
pengetahuan daripada amalan membaca kita dapat berdiri gagah dan teguh di
puncak kejayaan. Kesimpulannya, semua pihak
haruslah memainkan peranan mereka agar dapat memupuk amalan membaca dalam
kalangan remaja.