17 October 2022

Latihan Ulang Kaji Peribahasa

 Baca soalan-soalan di bawah dengan teliti, kemudian pilih jawaban yang paling tepat.

NO

SOALAN

MAKNA PERIBAHASA

1.

Pelajar yang cerdas dan pandai dalam pelajaran sering mendapat pujian daripada rakan-rakan. Pelajar seumpama itu digelar

 

A

otak udang

B

otak geliga

C

otak komputer

D

anak emas

 

 

 

 

 

 

2.

Seseorang yang bersikap suka memuji kejayaan diri sendiri untuk mendapat sanjungan daripada masyarakat digelar sebagai

 

A

ayam bertelur sebiji riuh sekampung

B

lembu punya susu, sapi punya nama

C

masuk bakul angkat sendiri

D

hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

 

 

 

 

 

 

 

 

3.

Keengganan sesetengah ibu bapa melaporkan penglibatan anaknya dalam penagihan dadah akan menyusahkan diri mereka sendiri. Perbuatan mereka diumpamakan seperti

 

A

mendukung biawak hidup

B

melepaskan anjing tersepit

C

menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

D

membuka pekung di dada

 

 

 

 

 

 

  

4.

Peribahasa yang berikut mempunyai makna yang hampir-hampir sama, kecuali

 

A

berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit

B

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

C

beringat sebelum kena, berjimat selepas habis

D

kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

 

 

 

 

 

 

 

 

5.

Pertelingkahan antara Encik Kamaruzaman dengan abangnya berakhir juga, apabila mereka bermaaf-maafan. Apakan peribahasa yang sesuai untuk penyataan di atas?

 

A

seperti sirih pulang ke gagang

B

seperti gagak pulang ke benua

C

seperti cencaru makan petang

D

air dicencang tidak akan putus

 

 

 

  

 

 

 

NO

SOALAN

MAKNA PERIBAHASA

6.

Puan Jamilah tersenyum bangga kerana usaha yang dilakukannya secara beransur-ansur itu kini membuahkan kejayaan. Penyataan di atas tepat dengan peribahasa

A

hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

B

sehari selembar benang lama-lama menjadi kain

C

belakang parang kalau diasah lagikan tajam

D

ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis

 

 

 

  

 

 

 

 

7.

Syarikat tempat Sofea bekerja telah mendapat keuntungan besar. Pihak pengurusan syarikat bermurah hati untuk memberikan bonus sebanyak tiga bulan gaji kepada pekerjanya. Sofea dan rakan-rakannya dikatakan menerima

A

duit teh

B

buah tangan

C

untung sabut

D

durian runtuh

 

 

 

 

 

 

 

8.

Orang kaya itu mengenakan bunga yang tinggi atas pinjaman yang diberikannya. Sikapnya itu ibarat

A

lintah darat

B

telinga lintah

C

tali barut

D

kutu embun

 

 

  

 

 

9.

Bekalan air terputus selama tiga hari. Penduduk di Taman Selasih berebut-rebut untuk mendapatkan bekalan air daripada lori tangki. Mereka tidak menghiraukan arahan supaya menunggu giliran masing-masing. Tingkah laku mereka dapatlah dikatakan sebagai

A

bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

B

bagai duri dalam daging

C

seperti merak mengigal di hutan

D

seperti gergaji dua mata

 

 

 

 

 

 

  

 

10.

Para tetamu yang hadir di majlis perkahwinan itu memuji pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Pasangan itu dikatakan sama cantik dan sama padan. Mereka seperti...

A

bangau kasihkan kerbau

B

embun di hujung rumput

C

bulan dengan matahari

D

kambing dengan harimau

 

 

 

  

 

 

NO

SOALAN

MAKNA PERIBAHASA

11.

Mak Leha suka menceritakan keburukan jirannya kepada kawan baiknya, Mak Minah. Mak Leha memberitahu Mak Minah bahawa jirannya itu pemalas dan tidak pandai memasak. Perbuatan Mak Leha dapatlah diibaratkan sebagai...

 

A

memegang amanah

B

membuka tembelang

C

mencangkul angin

D

mengabui mata

 

 

 

 

 

  

 

12.

Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak.

 

Peribahasa di atas bermaksud

 

A

orang yang tiada pengetahuan, hanya cakapnya sahaja yang besar

B

orang yang bermuafakat akan setia antara satu dengan yang lain

C

orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa

D

orang yang tidak tetap kedudukan atau pendiriannya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

13.

Intan satu-satunya anak bagi pasangan Encik Ismail dan Puan Fadilah. Sebagai anak tunggal, Intan dijaga dengan penuh kasih sayang bagai

 

A

melepaskan batuk di tangga

B

menatang minyak yang penuh

C

menukul paku lemah

D

meminta susu kepada ayam

 

 

 

 

 

 

 

 

14.

Peribahasa yang berikut bermaksud melakukan perbuatan yang sia-sia, kecuali

 

A

bagai menghitung bulu kambing

B

seperti meluruskan ekor beruk

C

ibarat perahu takkan karam sebelah

D

laksana layang-layang melawan angin

 

 

 

 

 

 

 

15.

Hubungan kedua-dua beradik itu sangat akrab. Ke mana-mana sahaja, mereka selalu bersama. Mereka bagai

 

A

anjing dengan kucing

B

dakwat dengan kertas

C

cincin dengan permata

D

cebok dengan tempayan

 

 

 

 

 

 

NO

SOALAN

MAKNA PERIBAHASA

16.

Fifi:

Kamu tahu Tina, ayah Anis pernah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah.

Tina:

Eh, betulkah begitu, Sarah?

Sarah:

Ya, Tina. Dia sendiri yang memberitahu saya tentang ini.

 

Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan dialog di atas ialah

 

A

seperti tempayan bocor

B

laksana burung diam dalam sangkar

C

laksana katak diharung ular

D

bagai kacang direndang

 

 

 

 

  

 

 

 

 

 

 

17.

Puan Lim disahkan oleh doktor menghidap penyakit barah. Seluruh ahli keluarganya memberikan sokongan moral kepadanya. Mereka sekeluarga seperti

 

A

telur dua sebandung, pecah satu pecah keduanya

B

katak, sedikit hujan banyak bermain

C

gunting makan di hujung

D

anjing mengunyah tulang

 

  

 

 

 

 

 

18.

Peribahasa bagai keli kena ketuk bermaksud

A

bersungut-sungut dengan tiada hujung pangkalnya

B

jerit pekik orang yang penakut

C

bunyi suara yang tidak putus-putus

D

selalu bercakap besar

 

 

 

 

 

 

19.

Anggota penyelamat itu sanggup membahayakan diri sendiri demi menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan itu. Tindakan anggota penyelamat itu bertepatan dengan peribahasa

A

berhati waja

B

berbelah bagi

C

berhutang budi

D

bergadai nyawa

 

 

  

 

 

 

20.

Pilih peribahasa yang bermaksud hukuman yang kurang adil.

A

umpama kiambang di air, akarnya tidak jejak di bumi

B

umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak

C

umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang

D

umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga

 

 

 

 

 

 

 

 

NO

SOALAN

MAKNA PERIBAHASA

21.

Walaupun para peserta bengkel penulisan itu baru sahaja menjalani sesi suai kenal, namun mereka lekas mesra. Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan keadaan mereka ialah

A

seperti burung gagak pulang ke benua

B

seperti embun di hujung rumput

C

laksana garam dengan asam

D

laksana kunyit kena kapur

 

 

  

 

 

 

22.

Nabil terpaksa menggantikan Ganesh dalam pertandingan itu kerana Ganesh kurang sihat. Peribahasa yang tepat untuk menggambarkan keadaan Nabil ialah

A

mati akal

B

ganti tikar

C

muka tembok

D

bidan terjun

 

 

 

  

 

 

Baik berjagung-jagung

sementara padi belum masak

 
23.

 

 

 

Peribahasa di atas bermaksud

A

sementara belum ada yang lebih baik, baiklah digunakan dahulu apa-apa yang ada walaupun kurang baik

B

basmilah kejahatan sementara baru bermula

C

melakukan pekerjaan yang mudah dahulu sebelum melakukan pekerjaan yang susah

D

menyimpan rahsia yang telah diketahui umum

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  

 

24.

Sebagai negara serumpun dan berjiran, Malaysia banyak menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa tsunami di Indonesia. Penderitaan yang dialami oleh mereka turut dirasai oleh rakyat Malaysia. Ibarat kata pepatah

A

hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga

B

lain dulang lain kaki, lain orang lain hati

C

cubit paha kanan, paha kiri terasa juga

D

lembu punya susu, sapi dapat nama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

25.

Rakyat negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum haruslah ada semangat tolong-menolong antara satu dengan yang lain dan bersatu padu. Peribahasa yang berikut menggambarkan kehidupan rakyat di negara ini, kecuali

A

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

B

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

C

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

D

sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

 

 

 

  

 

 

 

 

26.

Irdina diam sahaja dan tidak berani berkata walau sepatah pun ketika abangnya sedang marah kerana Suni tahu bahawa

A

air susu dibalas dengan air tuba

B

siapa yang makan lada, dialah yang berasa pedas

C

sarang tebuan jangan dijolok

D

air yang tenang jangan disangka tiada berbuaya

 

 

 

  

 

 

27.

Wai Keat yang berbuat bising tetapi semua pelajar di kelas itu turut didenda oleh guru kelas mereka. Keadaan ini umpama

A

sebab mulut leher terjerat

B

sebab nila setitik, rosak susu sebelanga

C

tak ada laut yang tidak berombak

D

hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

 

 

 

 

 

 

28.

Pilih peribahasa yang bermaksud pemimpin dengan pemimpin berperang, rakyat yang mendapat susah

A

gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah

B

ayam terlepas, tangan bau hati

C

bujur lalu, lintang patah

D

biar berputih tulang, jangan berputih mata

 

 

 

 

 

 

29.

Walaupun sudah dua kali Ravin gagal dalam  peperiksaan namun dia tidak berputus asa. Ravin yakin bahawa

A

belum duduk sudah berlunjur

B

belakang parang kalau diasah nescaya tajam

C

bertepuk sebelah tangan tak berbunyi

D

bodoh-bodoh sepat tak makan pancing emas

 

 

 

 

  

 

30.

Kita tidak tahu akan nasib kita pada masa depan. Oleh itu, eloklah kita membuat persediaan tertentu. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa

A

belakang parang diasah lagikan tajam

B

pucuk dicita, ulam tiba

C

sediakan payung sebelum hujan

D

sekali air bah, sekali pantai berubah