Tutor LYS: Cikgu Tan, ayat “Harap jangan berludah.” salah, kan? Sebabnya ialah ada dua kata perintah hadir berderetan.
Cikgu Tan: Jangan berfikiran begitu. Kaji Tatabahasa Dewan, terutamanya bahagian ayat perintah. Anda akan mendapat jawabannya. Sebelum membelek Tatabahasa Dewan, anda sudah menghukum ayat di atas tu salah. Hal ini perbuatan yang terburu-buru. Setiap konsep ada budi bicara dan toleransi bahasa. Begitulah indahnya bahasa Melayu dan tatabahasanya.
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti berikut:
1. Jangan
2. Usah
3. Tak usah
Penggunaan kata larangan lazimnya dapat kita perhatikan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Oleh sebab itu, penggunaan kata larangan yang bertindih dengan kata permintaan dianggap lewah. Selain itu, bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif. Oleh sebab itu, ketidakgramatisan berlaku dalam perturan harian seperti yang berikut:
1.
Sila jangan merokok.
Jangan merokok.
Sila merokok.
2.
Tolong jangan buat bising.
Tolong diam.
Jangan buat bising.
Tolong jangan ambil beg saya.
Tolong ambil beg saya.
Jangan ambil beg saya.
3.
Minta jangan berludah di sini.
Jangan berludah di sini.
PERINGATAN!
Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan “harap” pada bahagian depannya.
Contohnya adalah seperti yang berikut:
Harap jangan merokok.
Harap jangan ambil.
Harap jangan berludah.
Cikgu Tan: Faham tak?
Tutor LYS: Faham, terima kasih.
Cikgu Tan: Terima kasih kembali.