(1) Saya makan-makanan yang seimbang.
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
25 March 2021
Kesilapan "makan-makanan" dan "diri-sendiri" dalam kalangan murid.
4 March 2021
NOTA DAN LATIHAN BULANAN BM TINGKATAN 1-3
Syukur, buku Nota & Latihan Bulan Mac Bahasa Melayu Tingkatan 1,2,3 (Tema 5 dan Tema 6) sudah memasuki pasaran buku di Shoppee. Nota yang lengkap dan latihan yang pelbagai aras semestinya tidak akan mengecewakan anda. Jawaban juga disediakan dalam bentuk kod QR dengan video pengajaran dan penjelasan saya sebagai penulis buku. Setiap bahagian dalam pentaksiran disentuh dan diukir dalam pelbagai cara berpandukan buku teks dan dskp serta trend penggubalan terkini untuk memberikan pengetahuan dan pengalaman baharu kepada anak-anak. Buku ini sesuai untuk semua murid, guru, dan ibu bapa yang mahu mempraktikkan konsep pembelajaran sendiri dan menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
NOTA & LATIHAN DIGUBAL BERDASARKAN TEMA DALAM BUKU TEKS KSSM
(1) TATABAHASA
(2) KOMSAS
(3) PERIBAHASA
(4) MEMBINA ULASAN
(5) RINGKASAN
(6) NOVEL (semua zon)
(7) KARANGAN PENDEK
(8) KARANGAN PANJANG
(9) PEMAHAMAN
(10) PENANDA WACANA
KOLEKSI VIDEO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNIK MENULIS KARAGAN JUGA DISEDIAKAN UNTUK PEMBELI.
HARGA: RM10.00 SENASKHAH
PAUTAN PEMBELIAN JANUARI 2021:
NOTA & LATIHAN BULAN JANUARI 2021
TINGKATAN 1 (JANUARI) (TEMA 1 & TEMA 2) https://shopee.com.my/product/53741750/7075599161/
TINGKATAN 2 (JANUARI) (TEMA 1 & TEMA 2) https://shopee.com.my/product/53741750/6475599491/
TINGKATAN 3 (JANUARI) (TEMA 1 & TEMA 2) https://shopee.com.my/product/53741750/4975601352/
NOTA & LATIHAN BULAN FEBRUARI 2021
TINGKATAN 1 (FEBRUARI) (TEMA 3 & TEMA 4) https://shopee.com.my/product/53741750/4478129118/
TINGKATAN 2 (FEBRUARI) (TEMA 3 & TEMA 4) https://shopee.com.my/product/53741750/6078127203/
TINGKATAN 3 (FEBRUARI) (TEMA 3 & TEMA 4) https://shopee.com.my/product/53741750/9711660342/
NOTA & LATIHAN BULAN MAC 2021
TINGKATAN 1 (MAC) (TEMA 5 DAN TEMA 6)
https://shopee.com.my/product/53741750/6880321740/
TINGKATAN 2 (MAC) (TEMA 5 DAN TEMA 6)
https://shopee.com.my/product/53741750/7180326405/
TINGKATAN 3 (MAC) (TEMA 5 DAN TEMA 6)
SEBAGAI CONTOH atau SEBAGAI CONTOHNYA atau CONTOHNYA
SEBAGAI CONTOH atau SEBAGAI CONTOHNYA atau CONTOHNYA
Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Sebagai contohnya, beliau suka memasak mi goreng, kuetiau basah, dan mihun siam. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera.
Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Beliau suka memasak mi goreng, kuetiau basah, dan mihun siam sebagai contohnya. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera.
Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Beliau suka membaca buku resipi cef yang terkemuka di Malaysia, Chef Wan sebagai contoh. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera.
Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Sebagai contoh, beliau suka membaca buku resipi cef yang terkemuka di Malaysia, Chef Wan. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera.
Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Contohnya ialah mi goreng, kuetiau basah, dan mihun siam. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera.
Renung-renungkan.