25 April 2017

BETULKAN YANG SALAH, BIASAKAN YANG BETUL

BETULKAN YANG SALAH, BIASAKAN YANG BETUL

LATIHAN 1
Kata adjektif perasaan tidak boleh menerima akhiran –kan untuk menggantikan kata sendi nama “akan” kerana “-kan” dan “akan” berbeza maknanya.
SALAH
BETUL
rindukan
rindu akan
sayangkan
sayang akan
bencikan
benci akan
kasihkan
kasih akan
kasihankan
kasihan akan
cintakan
cinta akan
gemarkan
gemar akan
pedulikan
peduli akan
marahkan
marah akan
sukakan
suka akan


LATIHAN 2
Kata kerja berimbuhan apitan ber-...-an membawa maksud jamak (banyak). Maka, kata yang diikutinya atau mengikutinya tidak boleh digandakan atau berunsur jamak.
SALAH
BETUL
burung-burung berterbangan
burung-burung terbang
burung berterbangan
lampu-lampu berkelipan
lampu-lampu berkelip
lampu berkelipan
bingkai-bingkai bergantungan
bingkai-bingkai bergantung
bingkai bergantungan
nasi-nasi bertaburan
nasi-nasi bertabur
nasi bertaburan
benih-benih berserakan
benih-benih berserak
benih berserakan
anak-anak kecil berlarian
anak-anak kecil berlari
anak kecil berlarian
murid-murid berkejaran
murid-murid berkejar
murid berkejaran
batang-batang mancis bertebaran
batang-batang mancis bertebar
batang mancis bertebaran
kotak-kotak berselerakan
kotak-kotak berselerak
kotak berselerak
mayat-mayat bergelimpangan
mayat-mayat bergelimpang
mayat bergelimpangan

LATIHAN 3
Kata kerja berimbuhan apitan ber-...-kan sudah mendukung maksud sendi nama. Maka, kata sendi nama yang diikutinya lewah. Opsyen kedua ialah menggunakan imbuhan awalan ber- dengan kata sendi nama agar tidak lewah.
SALAH
BETUL
berpandukan pada pelan
berpandu pada pelan
berpandukan pelan
berlandaskan pada agama
berlandas pada agama
berlandaskan agama
beratapkan dengan rumbia
beratap dengan rumbia
beratapkan rumbia
beralaskan dengan tikar
beralas dengan tikar
beralaskan tikar
berbantalkan dengan lengan
berbantal dengan lengan
berbantalkan lengan
bertilamkan dengan surat khabar
bertilam dengan surat khabar
bertilamkan surat khabar
bersenjatakan dengan pistol
bersenjata dengan pistol
bersenjatakan pistol
berdindingkan dengan konkrit
berdinding dengan konkrit
berdindingkan konkrit
bertatahkan dengan berlian
bertatah dengan berlian
bertatahkan berlian
berdasarkan pada Rukun Negara
berdasar pada Rukun Negara
berdasarkan Rukun Negara

LATIHAN 4
Frasa kerja berimbuhan yang digandakan sudah membawa maksud saling tidak perlu ditulis saling sebelumnya agar tidak lewah.
SALAH
BETUL
saling bantu-membantu
saling membantu
bantu-membantu
saling tolong-menolong
saling menolong
tolong-menolong
saling hormat-menghormati
saling menghormati
hormat-menghormati
saling kasih-mengasihi
saling mengasihi
kasih-mengasihi
saling kejar-mengejar
saling mengajar
kejar-mengejar
saling tolak-menolak
saling menolak
tolak-menolak
saling faham-memahami
saling memahami
faham-memahami
saling kunjung-mengunjungi
saling mengunjungi
kunjung-mengunjungi
saling tegur-menegur
saling menegur
tegur-menegur
saling hina-menghina
saling menghina
hina-menghina

LATIHAN 5
Kata sendi nama tidak boleh ditulis berturutan kerana dianggap lewah.
SALAH
BETUL
demi untuk negara
demi negara
untuk negara
agar supaya sihat
agar sihat
supaya sihat
jika kalau dibenarkan
jika dibenarkan
kalau dibenarkan
sejak dari zaman kanak-kanak
sejak zaman kanak-kanak
dari zaman kanak-kanak
oleh sebab kerana sakit
oleh sebab sakit
kerana sakit
untuk bagi semua pekerja
untuk semua pekerja
bagi semua pekerja
bak seperti aur dengan tebing
bak aur dengan tebing
seperti aur dengan tebing
laksana bagai isi dengan kuku
laksana isi dengan kuku
bagai isi dengan kuku
demi untuk kebahagiaan
demi kebahagiaan
untuk kebahagiaan
oleh kerana demam
oleh sebab demam
kerana demam

LATIHAN 6
Kata sendi nama yang diikuti kata nama mestilah seimbang agar dapat mewujudkan perimbangan kata yang gramatis.
SALAH
BETUL
dari masa ke semasa
dari masa ke masa
dari semasa ke semasa
dari tahun ke setahun
dari tahun ke tahun
dari setahun ke setahun
dari minggu ke seminggu
dari minggu ke minggu
dari seminggu ke seminggu
dari musim ke semusim
dari musim ke musim
dari semusim ke semusim
dari sebulan ke bulan
dari bulan ke bulan
dari sebulan ke sebulan
dari hari ke sehari
dari hari ke hari
dari sehari ke sehari

LATIHAN 6
Kata “selain”tidak boleh diikuti sendi nama “daripada” kerana kelewahan bahasa berlaku.

SALAH
BETUL
selain daripada itu
selain itu
lain daripada itu
selain daripada pelajaran
selain pelajaran
lain daripada pelajaran
selain daripada komputer
selain komputer
lain daripada komputer
selain daripada cuti sekolah
selain cuti sekolah
lain daripada cuti sekolah
selain daripada telefon bimbit
selain telefon bimbit
lain daripada telefon bimbit