28 September 2016

ANALISIS SOALAN 3(b) SINTAKSIS (Percubaan BM SPM se-Malaysia 2016)

Tulis alamat e-mel anda pada ruang komen di bawah jika anda ingin mendapatkan skema jawapannya.

ANALISIS SOALAN 3(d) Kesalahan istilah atau kata dan kesalahan bahasa (Percubaan BM SPM se-Malaysia 2016)

Tulis alamat e-mel anda pada ruang komen di bawah jika anda ingin mendapatkan skema jawapannya. 

26 September 2016

ANALISIS SOALAN 3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan (Percubaan BM SPM se-Malaysia 2016)

Tulis alamat e-mel anda pada ruang komen di bawah jika anda ingin mendapatkan skema jawapannya. 
 

LATIHAN SINTAKSIS - TRANSFORMASI AYAT (AKTIF KEPADA AYAT PASIF SONGSANG)

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Ibu saya menghadiahi kakak sebatang pen pada hari jadinya.
2. Bapa memberikan sejambak bunga kepada ibu bersempena dengan Hari Ibu.
3. Kakak menerima sebentuk cincin berlian lima karat daripada tunangnya pada minggu lalu.
4. Isteri Sajini memasakkannya semangkuk mi jawa panas pada hujung minggu.
5. Bahuruddin menerima sepucuk surat daripada sekolah.
6. Irdina bukan memarahi ibu tetapi menegurnya dengan cara baik.
7. Salleh perlu menghantar manuskrip kepada pihak penerbit secepat mungkin.
8. Mei Ling menuliskan ibunya sepucuk surat untuk dihantar kepada kakak di London.
9. Kak Din menggores perasaan ibunya dengan kata-kata kesat.
10. Datuk Seri Nazir membeli sehelai baju berjenama untuk anak perempuannya.
11. Sultan Selangor menganugerahi Dato' Subramaniam pingat kebesaran negeri bersempena dengan hari keputeraan baginda.
12. Siew Hua meneliti fail-fail yang tebal itu dengan hati-hati.

13. Guru subjek Bahasa Melayu itu memberikan nasihat kepada anak-anak muridnya.
14. Tuan Harun mengajarkan subjek Pendidikan Agama kepada murid Tingkatan 1 di sekolah ini.
15. Kereta berjenama Rolls Royce itu melanggar tembok konkrit di hujung jalan itu.

16. Suhaimi Baba merakamkan filem itu di sebuah tasik yang indah.
17. Joseph memeriksa tangki kereta pada setiap pagi.
18. Tuan Pengetua menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah itu.'

19. Murid-murid di kelas itu memberitahu kami tentang perkara ini.
20. Syatirah menidurkan anak kecilnya di dalam buaian.
21. Maharaja Dewa Tekala mengurniakan pakaian yang indah-indah kepada penjurit tua itu.
22. Ibu memasak nasi goreng untuk kami sekeluarga.

23. Saya menulis sajak untuk kawan yang dirindui.
24. Kak Long menumiskan ibu bawang dengan cili kering yang digiling.
25. Calon peperiksaan itu menjawab soalan komponen sastera dengan baik.


Soalan transformasi ayat aras tinggi.
Selamat mencuba.

9 September 2016

PERSEDIAAN MENGHADAPI PT3 - UJANA SOALAN PERIBAHASA 1-20


Sesiapa yang ingin mendapatkan jawapannya, sila nyatakan e-mel anda pada ruangan komen.
Saya akan hantar jawapan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkannya.

"Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan, dilempari orang dengan batu, tetapi dibalas dengan buah" -Abu Bakar Sibli