Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

18 March 2015

BETULKAN YANG SALAH, BIASAKAN YANG BETUL

BETULKAN YANG SALAH, BIASAKAN YANG BETUL
NAK MAKAN PUN MESTI TULIS DAN EJA DENGAN BETUL
1a. kueytiao (salah)
1b. kuetiao (salah)
1c. kuetiau (betul)
2a. sanwhic (salah)
2b. sandwhic (salah)
2c. sandwic (betul)
3a. murtabak (salah)
3b. murtaba (salah)
3c. martabak (betul)
4a. ais-kerim (salah)
4b. ais-krim (salah)
4c. aiskrim (betul)
5a. serunding (salah)
5b. seronding (salah)
5c. serondeng (betul)
6a. mee goreng (salah)
6b. me goreng (salah)
6c. mi goreng (betul)
7a. tosei (salah)
7b. tosai (salah)
7c. tose (betul)
8a. beryani (salah)
8b. beriyani (salah)
8c. beriani (betul)
9a. capatti (salah)
9b. cappty (salah)
9c. capati (betul)
10a. spagety (salah)
10b. spagetti (salah)
10c. spageti (betul)
11a. satey (salah)
11b. satay (salah)
11c. sate (betul)
12a. BBQ (salah)
12b. barbikeu (salah)
12c. barbeku (betul)
13a. Kobis (salah)
13b. Korbis (salah)
13c. Kubis (betul)
14a. mangkuang (salah)
14b. seng kuang (salah)
14c. sengkuang (betul)
15a. nasi impid (salah)
15b. nasi impit (salah)
15c. nasi himpit (betul)
16a. pohpiah (salah)
16b. pohpia (salah)
16c. popia (betul)

16 March 2015

KERTAS MODUL PT3 CEMERLANG 2015 MULA DIJUAL!


11 March 2015

RUMUSAN SPM 2015 - SET 1

Soalan 1 :Rumusan

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh pembantu rumah warga asing dan cara menangani perkara tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

         Sehingga Mei 2004, terdapat kira-kira 25 ribu orang pembantu rumah warga asing di Malaysia. Daripada jumlah itu, 90 peratus merupakan warga Indonesia dan bakinya warga Filipina, Thailand, India dan Nepal. Pengambilan pembantu rumah yang terdiri daripada warga asing membuktikan bahawa ramai rakyat Malaysia yang memerlukan khidmat pembantu rumah untuk membantu menguruskan kerja-kerja rumah. Dengan ini majikan dapat menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja di pejabat atau menguruskan perniagaan mereka.
         Malangnya ramai antara kita yang mengambil jalan singkat untuk mendapatkan pembantu rumah melalui agensi-agensi yang tidak berdaftar. Malah selepas mendapat pembantu rumah, majikan biasanya tidak menyelidik dan bertanya lebih lanjut tentang latar belakang pembantu rumah mereka. Tindakan mereka ini selalunya akan mengundang musibah yang tidak terduga kemudian hari. Hal-hal yang tidak diingini ini terjadi kerana majikan biasanya akan menyerahkan sepenuhnya pengurusan rumah tangga kepada pembantu rumah.
         Walaupun tidak semua pembantu rumah warga asing ini menjadi duri dalam daging kepada majikan tetapi terdapat kes-kes pembantu rumah yang mendera anak majikan mereka sehingga cedera. Sering juga kita mendengar pembantu rumah yang cuai dalam melakukan tugasan mereka sehingga anak-anak yang dijaga itu terbiar atau terabai. Mereka hanya bersungguh-sungguh bekerja ketika majikan ada di rumah. Apabila majikan keluar bekerja, mereka akan curi tulang dengan berehat atau menonton televisyen.
         Ada seketikanya masalah pembantu rumah boleh memeningkan kepala majikan. Bayangkan sahaja majikan terpaksa menanggung bayaran bil telefon sehingga beratus-ratus ringgit semata-mata kerana pembantu rumah menggunakan telefon untuk berhubung dengan sanak-saudara di negara asal mereka. Bukan setakat itu sahaja, ada pula pembantu rumah yang membenarkan orang luar atau kenalannya masuk ke rumah semasa ketiadaan tuan rumah. Kerenah pembantu rumah yang sebegini pastinya menimbulkan tekanan kepada majikan. Seandainya majikan bertindak memberhentikan khidmat mereka, tentulah menimbulkan kesukaran kepada majikan untuk mencari pengganti. Mahu tidak mahu majikan hanya mendiamkan diri sahaja demi memastikan anak-anak dan rumah tangga mereka terjaga.
         Pada tahun 2003, Human Right Watch Malaysia melaporkan bahawa kira-kira 18 ribu orang pembantu rumah warga asing di Malaysia melarikan diri daripada majikan. Hal ini juga amat mengecewakan majikan kerana mereka yang melarikan diri ini turut mencuri barang-barang berharga milik majikan mereka. Tentu kita masih ingat akan peristiwa pembantu rumah menculik bayi majikannya untuk dibawa lari atau dijual kepada pihak ketiga. Walaupun perkara ini merupakan kes terpencil, namun kita perlu berwaspada terhadap pergerakan dan tindak tanduk pembantu rumah kita sebelum nasi menjadi bubur.
         Kita sememangnya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana masih ramai lagi warga asing yang bekerja di negara ini telah menunjukkan prestasi kerja dan tingkah laku yang baik. Perkara-perkara negatif yang melibatkan pembantu rumah warga asing ini sebenarnya ibarat seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit. Oleh yang demikian, jalan penyelesaian perlu dicari agar warga asing yang bekerja sebagai pembantu rumah mengetahui dan memahami etika bekerja yang betul. Lebih penting lagi ialah majikan tidak tertekan dengan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh pembantu rumah mereka.

(Diubahsuaikan daripada
Profesionalisme Isu Pembantu Rumah
oleh Fazli Abdul Hamid,
Dewan Masyarakat, September 2004)

Petikan Umum

Berdasarkan petikan rumusan di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)          Berikan maksud rangkai kata sebelum nasi menjadi bubur.
      [2 markah]
(ii)          Mengapakah berlakunya pelbagai masalah yang melibatkan pembantu rumah di negara kita?                             
[3 markah]
(iii)          Pada pendapat anda, wajarkah kerjaya sebagai pembantu rumah diceburi oleh anak-anak muda tempatan?    
[4 markah]