Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
13 July 2015
7 July 2015
INFORMASI BAHASA - Kelemahan dalam ayat cakap pindah yang membawa maksud pertanyaan.
INFORMASI BAHASA
07.07.2015
Kelemahan dalam ayat cakap pindah yang membawa maksud pertanyaan.
Latihan ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah merupakan antara soalan tatabahasa yang akan disoal dalam peringkat UPSR, PT3, dan SPM. Oleh sebab itu, penguasaan ayat pindah yang baik sangat penting untuk mencapai markah tatabahasa yang tinggi. Yang berikut ialah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pengguna bahasa:
1. Penggunaan kata tanya “siapa”.
“Siapakah nama pegawai itu?” tanya Roose kepada Atikah. (cakap ajuk)
Roose bertanya kepada Atikah tentang siapa nama pegawai itu. (tidak gramatis)
Roose bertanya kepada Atikah tentang nama pegawai itu. (gramatis)
Dalam ayat di atas, “Siapakah nama” perlu ditukar menjadi “tentang nama” .
2. Penggunaan kata tanya “di mana”.
“Di manakah tempat tinggal awak?” tanya Mega kepada Badrol. (cakap ajuk)
Mega bertanya kepada Badrol di mana tempat tinggalnya. (tidak gramatis)
Mega bertanya kepada Badrol tentang tempat tinggalnya. (gramatis)
Dalam ayat di atas, “di mana tempat” perlu ditukar menjadi “tentang tempat” .
3. Penggunaan kata tanya “bagaimana”.
“Bagaimanakah keadaan ibu awak?” tanya John kepada Jess. (cakap ajuk)
John bertanya kepada Jess bagaimanakah keadaan ibunya. (tidak gramatis)
John bertanya kepada Jess tentang keadaan ibunya. (gramatis)
“Bagaimanakah cara membuat kek ini?” tanya Akash kepada Jeevaloshini. (cakap ajuk)
Akash bertanya kepada Jeevaloshini tentang bagaimana cara membuat kek itu. (tidak gramatis)
Akash bertanya kepada Jeevaloshini tentang cara membuat kek itu. (gramatis)
Dalam ayat di atas, “bagaimanakah keadaan” dan “bagaimanakah cara” perlu ditukar menjadi “tentang keadaan” dan “tentang cara”.

6 July 2015
INFORMASI BAHASA - “Kata Ganda Lewah yang Dipandang Enteng oleh Pengguna Bahasa.
INFORMASI BAHASA
06.07.2015
“Kata Ganda Lewah yang Dipandang Enteng oleh Pengguna Bahasa.
Pengguna bahasa tidak dapat dipisahkan daripada menggunakan kata ganda. Walau bagaimanapun, banyak perkataan yang sudah mantap dengan maksud tunggal dan jamak yang tidak perlu digandakan lagi. Oleh sebab itu, janganlah kita menggandakan kata nama yang sudah membawa maksud tunggal dan jamak dalam ayat.
1.
...... remaja-remaja di Malaysia ...... (tidak gramatis)
...... remaja di Malaysia ...... (gramatis)
2.
...... penduduk-penduduk di negara ini...... (tidak gramatis)
...... penduduk di negara ini...... (gramatis)
3.
...... masyarakat-masyarakat di kawasan pedalaman ...... (tidak gramatis)
...... masyarakat di kawasan pedalaman ...... (gramatis)
4.
...... pelajar-pelajar di universiti ternama itu...... (tidak gramatis)
...... pelajar di universiti ternama itu...... (gramatis)
5.
...... murid-murid di sekolah yang besar itu ...... (tidak
gramatis)
...... murid di sekolah yang besar itu ...... (gramatis)
6.
......ibu-ibu bapa dijemput masuk ...... (tidak gramatis)
......ibu bapa dijemput masuk...... (gramatis)
Tulislah ayat dengan berhati-hati untuk mengelakkan
kesilapan bahasa. Apabila kita dapat mengelakkan kesilapan kecil yang dipandang
remeh seperti ini, markah bahasa dalam penulisan kita akan terus meningkat.
INFORMASI BAHASA - “Yang di-Pertuan” dan “Yang d-Pertua” serta “Yang Dipertua” yang disalah tulis:
“Yang di-Pertuan”
dan “Yang d-Pertua” serta “Yang Dipertua” yang disalah tulis:
Pengguna bahasa Melayu masih keliru mengeja frasa Yang Dipertua, Yang di-Pertua, Yang Dipertuan dan Yang di-Pertuan. Kekeliruan ini mungkin disebabkan oleh ketidakselarasan penggunaan frasa tersebut, terutamanya dalam media cetak seperti akhbar dan majalah.
Mulai tahun 2000, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Jawatankuasa Biro Pengaduan Bahasa telah memutuskan untuk menyelaraskan ejaan bagi frasa tersebut. Tiga bentuk penulisan yang betul telah diputuskan, iaitu Yang Dipertua, Yang di-Pertua dan Yang di-Pertuan manaka ejaan Yang Dipertuan dianggap salah. Penggunaan ketiga-tiga frasa tersebut adalah khusus untuk jawatan atau pangkat tertentu:
(i) Frasa Yang Dipertua digunakan khusus untuk ketua bagi sesebuah organisasi atau pertubuhan, contohnya:
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu
Yang Dipertua Dewan perniagaan Cina Malaysia
Yang Dipertua Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
(ii) Bagi ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri, frasa yang digunakan ialah frasa Yang di-Pertua, contohnya:
Yang di-Petua Dewan Negara
Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Yang di-Pertua Dewan Negeri
(iii) Frasa Yang di-Pertuan pula digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri, contohnya:
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Besar (Negeri Sembilan)
Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak)
Catatan:
Penggunaan bentuk ejaan Yang di-Pertua dan Yang di-Pertuan ini adalah selaras dengan bentuk yang digunakan secara rasmi oleh Jabatan Perdana Menteri dan bentuk ini juga telah digunakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sumber: Koleksi Pedoman Bahasa 2, muka surat 2, terbitan Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka.
2 July 2015
INFORMASI BAHASA - KATA MAJMUK YANG MENERIMA IMBUHAN APITAN KE-AN
INFORMASI BAHASA
30.06.2015
KATA MAJMUK YANG MENERIMA IMBUHAN APITAN KE-AN
30.06.2015
KATA MAJMUK YANG MENERIMA IMBUHAN APITAN KE-AN
Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu :
1. suruhanjaya
2. setiausaha
3. olahraga
4. warganegara
5. antarabangsa
6. tanggungjawab
7. kakitangan
8. jawatankuasa
9. pesuruhjaya
10. matahari
11. tandatangan
12. bumiputera
13. sukarela
14. kerjasama
15. beritahu.
1. suruhanjaya
2. setiausaha
3. olahraga
4. warganegara
5. antarabangsa
6. tanggungjawab
7. kakitangan
8. jawatankuasa
9. pesuruhjaya
10. matahari
11. tandatangan
12. bumiputera
13. sukarela
14. kerjasama
15. beritahu.
Selain senarai di atas, ada lagi kata majmuk yang dieja rapat tapi belum dikemas kini dan belum dipastikan sebagai kata majmuk
Walau bagaimanapun, kata majmuk lain dieja jarak seperti urus setia, taat setia, ulang kaji, gambar rajah, kasih sayang, dan banyak lagi. Jika kita mengikut rumus imbuhan, kata majmuk yang menerima imbuhan apitan perlu ditulis rapat. Antaranya adalah seperti

kata majmuk “taat setia” menjadi “ketaatsetiaan”
kata majmuk “setiausaha” menjadi “kesetiausahaan”
kata majmuk “sukarela” menjadi “kesukarelaan”
kata majmuk “bertanggungjawab” menjadi “kebertanggungjawaban”
kata majmuk “antarabangsa” menjadi “keantarabangsaan”

Namun begitu, apabila kita merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat,
kata majmuk “urus setia” menjadi “keurusetiaan”.
Hal ini membuktikan bahawa pengguguran aksara “s” berlaku apabila entri istilah dilakukan dalam kamus tersebut. Adakah pengguguran “s” ini suatu kesilapan atau kekecualian dalam bahasa Melayu?

Pegawai khidmat nasihat DBP sendiri mempunyai pendapat berbeza dalam hal ini berdasarkan pencarian dalam laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=keurusetiaan&d=10
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa unsur kekecualian banyak menimbulkan kekeliruan kepada pengguna. Oleh sebab itu, saya berharap agar pihak DBP mahupun rakan-rakan orang kuat bahasa Melayu yang terlibat dalam kerja-kerja perkamusan dapat mengutarakan komen pencerahan kepada pengguna bahasa kebangsaan.