Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
17 February 2015
KESALAHAN TATABAHASA DALAM AYAT
Baca ayat di bawah dengan teliti, betulkan kesalahan tatabahasa pada perkataan yang dihuruftebalkan. Senaraikan kesalahan tersebut dan berikan jawapan yang paling tepat.
1. Kakak menerima sehelai surat daripada sahabatnya.
2. Hamizan melilit tali kepada gasingnya sebelum melontar
gasing itu ke tanah.
3. Kejayaan Nicole di dalam kejohanan Skuasy Dunia
baru-baru ini akan menjadi kenangan sepanjang hayatnya.
4. Kejayaan Azali Azlan memperolehi 21A dalam SPM baru-baru ini
disambut dengan perasaan gembira oleh keluarganya.
5. Sumbangan para-para karyawan amat besar dalam
memartabatkan bahasa Melayu di negara kita.
6. Kakak memandu kereta dia dengan berhati-hati ketika
melalui jalan yang berliku-liku itu.
7. Mak Cik Leha meminta
anak-anaknya memperbesarkan rumah
pusaka itu.
8. Para pemain bola sepak itu
kebanyakannya berasal daripada
kawasan pedalaman.
9. Kami berasa kekok ketika menghadiri ke majlis perkahwinan anak
majikan kami yang penuh istiadat dan dihadiri oleh orang kenamaan itu.
10. Encik Musa dan isterinya
masih berada di hospital kerana bedah siasat kepada jenazah anaknya masih belum selesai.
11. Kami sekelas terkejut bila mendengar bunyi dentuman yang kuat
dari arah jalan raya.
12. Cikgu Hayati sedang
menyemak buku latihan mata pelajaran bahasa
Malaysia pelajar-pelajarnya.
13. Buku kerja itu tidak sahaja sesuai kepada pelajar yang
akan menduduki peperiksaan tetapi juga kepada guru-guru.
14. Abang ke Putrajaya untuk
menghadiri temu duga bagi untuk mendapatkan
biasiswa pelajaran.
15. Gambar berukuran pasport
mesti dilekatkan oleh anda pada
borang permohonan ini.
16. Sejak kejadian semalam,
Anita menyedari akan dia telah
banyak berbuat salah terhadap adik tirinya.
17. Di dalam diam-diam, Azlan dan Nana telah melangsungkan perkahwinan
mereka.
18. Ayah dan ibu sedang sibuk
menyapu sampah di luar rumah, tetapi abang hanya duduk bermain mainan komputer.
19. Kakak memerah kain yang
dibilasnya itu setelah menyidai kain
tersebut di ampaian.
20. Pak Cik Uda turun angin apabila melihat pagar
kebunnya roboh dirempuh oleh kerbau Pak Mail.
21. Masalah yang berbangkit itu
akhirnya selesai setelah pengarah memberikan penjelasan yang panjang luas.
22. Jika dipandang seimbas pergi, pemuda itu mirip abang Atira.
23. Mereka kelihatan tercungap-cungap
ketika menaiki ke tangga Batu Caves
itu.
24. Masalah merokok di dalam kalangan pelajar perlu
ditangani dengan segera.
25. “Apakah kamu pasti bahawa Farid telah mengambil buku saya itu?”
tanya Aleeya kepada rakannya.
26. Dayang-dayang itu sedang
memetik bunga di taman rumah.
27. Penulis esei yang baik
biasanya akan memetik satu atau dua kata-kata
hikmat untuk menjadikan penulisan mereka lebih menarik.
28. Penyanyi ghazal itu sedang
belajar memetik jari untuk persembahan telah
datang.
29. Warna rambut Azli kelihatan
perang-perang setelah di
mewarnakannya di salun.
30. Walaupun perang Iran dengan
tentera bersekutu telah tamat, tetapi
rakyat negara itu masih menderita.
[30 markah]
Jika anda berminat untuk mendapatkan jawapannya, sila e-mel saya pada alamat cikgutancl@hotmail.com
11 February 2015
Latihan Kesalahan Ejan dan Imbuhan
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian betulkan 10 kesalahan
ejaan dan 10 kesalahan imbuhan dalam petikan di bawah. Anda tidak perlu menyalin
petikan di bawah ini,
Dalam pengertian biasa, darurat ialah keadaan luarbiasa yang
membenarkan hal yang melarang dalam keadaan biasa atau normal. Dari sisi
undang-undang, termasuk juga dari sisi hukum islam, itulah juga konsep dan
mengerti darurat
Dari segi prinsip, kuasa atau harus yang berpunca daripada darurat adalah
bertentangan dengan intisari dan tuntutan perlembagaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana perlembagaan menekankan dan menuntut kuasa yang berhad,
manakala darurat mengijinkan kuasa yang tidak terbatas. Hal ini termasoklah
bergantung perlembagaan itu sendiri.
Pertentangan itu dengan sendirinya menekankan bahawa darurat merupakan
sesuatu yang tersifat sementara, iaitu berfungsi menangani keadaan yang
keritikal dan tidak terkawal oleh undang-undang biasa. Tegasnya, perlembagaan
membenarkan kuasa darurat atas alasan untuk menyelamatkan demokerasi dan bukan
berbaliknya
Kuasa darurat terkandung bawah Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara
150. Di bawah peruntukan ini, kuasa diisytiharkan darurat diletakkan di tangan
Yang Dipertuan Agong. Sama ada kuasa ini boleh digunakan melalui budi-bicara baginda
sendiri atau atas nasihat kerajaan, merupakan sesuatu yang tertarik untuk
dibincangkan. Meski pun begitu, dalam keadaan biasa kuasa darurat itu difahami
dalam konteks baginda bertindak atas nasihat beraja.
NO
|
KESALAHAN EJAAN
|
KESALAHAN IMBUHAN
|
1
|
luarbiasa àluar biasa
|
melarang àdilarang
|
2
|
islam àIslam
|
mengerti àpengertian
|
3
|
intisari àinti sari
|
harus àkeharusan
|
4
|
mengijinkan àmengizinkan
|
berhad àterhad
|
5
|
termasoklah àtermasuklah
|
bergantung àmenggantung
|
6
|
keritikal àkritikal
|
tersifat àbersifat
|
7
|
demokerasi àdemokrasi
|
berbaliknya àsebaliknya
|
8
|
Dipertuan àdi-Pertuan
|
diisytiharkan àmengisytiharkan
|
9
|
budi-bicara àbudi bicara
|
tertarik àmenarik
|
10
|
Meski pun àMeskipun
|
beraja àkerajaan
|
Jika anda berminat untuk mendapatkan jawapannya, hantarkan e-mel kepada saya (cikgutancl@hotmail.com)