MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA
Kesalahan yang dikaitkan dengan masalah sosial:
Mencuri, memeras ugut, penyeluk saku, merokok, mengambil dadah ringan seperti ganja
ponteng sekolah, ponteng kelas,merogol, khalwat, hubungan sejenis, sumbang muhrim atau mahram, melepak, bergaduh, tidak menghormati orang yang lebih tua,mengunjungi pusat hiburan seperti disko, pengambilan pil khayalPunca
1. Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab
2. keadaan keluarga porak-peranda
3. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dan memberikan kebebasan
4. Pengaruh rakan sebaya
5. Pengaruh media massa seperti filem lucah dan ganas
6. Masyarakat tidak prihatin dan memandang rendah masalah ini
Kesan masalah sosial dalam kalangan remaja1. Merugikan masa dan tenaga anak-anak
2. Ibu bapa dan ahli keluarga mendapat malu
3. Masyarakat memandang hina remaja tersebut
4. Akan ditertawakan oleh rakan-rakan
5. Masa depan hancur
6. Negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan
Langkah-langkah mengatasi masalah sosial
1. Ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak
2. Peka terhadap perubahan sikap anak-anak
3. Menyelesaikan masalah keluarga
4. Meluangkan masa berbincang dan bersama keluarga
5. Mewujudkan semula fungsi “Rumahku Syurgaku”
6. Memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak.
PEKERJA ASING
Maklumat am
pendatang asing
datang dari negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, India, China, dan banyak lagi - ada yang membawa penyakit berjangkit ke Malaysia
setiap tahun, lebih 10,000 ribu pendatang haram ditangkap - meninggalkan anak-anak dan isteri di rumah
Punca kedatangan mereka1. Kemiskinan
2. Peluang pekerjaan di negara asal terhad
3. Ingin lari daripada kes jenayah yang dilakukan di negara asal
4. Negara asal tidak aman à peperangan, bencana alam, rusuhan kaum
5. Majikan tempatan suka menggaji mereka - gaji rendah
6. Sanggup bekerja untuk jangka masa panjang dan kerja berat
Kesan (Kebaikan)1. Dapat menampung kekurangan pekerja di sektor perladangan, pertanian
2. Membantu mempercepat proses pembangunan negara
3. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran negara dalam pelbagai sektor
4. Meningkatkan percambahan idea antara pekerja asing dan tempatan demi kemajuan
Kesan (Keburukan)1. Menimbulkan keadaan sesak
2. Bertambahnya kadar jenayah
3. Menularkan kemasukan budaya yang tidak sihat dari negara asal mereka
4. Menyempitkan peluang pekerjaan rakyat tempatan
5. pengeluaran nilai mata wang ringgit (merugikan negara)
Langkah Mengatasinya1. Pengawasan kawasan sempadan harus diperketat
2. Penghantaran pulang pendatang haram yang ditangkap
3. Memperketat undang-undang
4. Kerajaan harus membenarkan sektor tertentu sahaja yang boleh menggaji pekerja asing
RASUAHPunca
1. Keimanan yang tidak kuat untuk menolak rasuah
2. Ingin cepat menjadi kaya dengan senang dan mudah
3. Kesalahan menerima rasuah tidak diketahui oleh pegawai atasan
4. Tindakan mengesan rasuah sukar dan memakan masa yang panjang
5. Penerima dan pemberi rasuah mempunyai pelbagai taktik dalam menghulurkan rasuah
6. Orang ramai tidak mahu memberi kerjasama dalam membanterasnya
7. Tidak mahu membayar kadar saman yang terlalu tinggi
Kesan1. Wujud ketidakadilan dalam masyarakat
2. Profesion Keselamatan akan dipandang hina
3. Golongan miskin terus tertindas
4. Golongan yang membuat kesalahan terus dapat menyembunyikan kesalahan
5. Jenayah terus meningkat tetapi tidak dapat dibanteras
6. Masyarakat luar akan melabelkan Malaysia sebagai sarang rasuah
Langkah-langkah Mengatasinya1. Memberikan kesedaran kepada orang ramai
2. Menerapkan nilai-nilai murni dan menerangkan natijah rasuah sejak bangku sekolah lagi.
3. Melatih kakitangan kerajaan dan swasta agar lebih bersikap profesional
4. Mengambil tindakan tegas ke atas penerima dan pemberi rasuah
5. Memperkasa dan Mengubah suai fungsi Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar lebih berfungsi dan digeruni
6. Mengikut cara Polis Diraja Hong Kong - Setiap saman yang dikeluarkan oleh pegawai polis akan menyebabkan mereka diberi komisen dan elaun.
7. Kempen memerangi amalan rasuah harus diperhebat di setiap pelosok negara.
TEKNOLOGI MAKLUMATKebaikannya1. Membantu memajukan bidang perniagaan
2. Memudahkan perhubungan sesama pekerja atau pelanggan
3. memberikan pulangan yang menguntungkan dalam bidang perniagaan
4. Bercambahnya kafe siber yang menyediakan kemudahan internet
5. Memperoleh pelbagai maklumat
6. Memperluas pengetahuan pelbagai golongan masyarakat
7. Mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera
8. Mewujudkan persaingan yang sihat dalam arus globalisasi
Keburukannya1. Mengubah struktur dan budaya masyarakat
2. memberi peluang kepada pihak musuh untuk mencuri maklumat dari sesebuah negara
3. Mewujudkan sindrom ketagihan di kalangan pengguna internet
4. Masyarakat terdedah kepada unsur-unsur negatif
5. Meningkatkan masalah sosial
6. membuang masa golongan remaja yang menyalahgunakan internet dengan mewujudkan kegiatan “lepak siber”
Langkah-langkah Mengatasinya1. Menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah siber
2. Masyarakat harus diseru agar tidak menyalahgunakan internet untuk tujuan negatif
3. Kerajaan harus berusaha membina aplikasi yang dapat menjaring dan menapis kemasukan unsur-unsur negatif dalam keadaan dasar langit terbuka.
4. Pelajar mesti dididik supaya tidak membuat sesuatu yang mengkhianati negara.
5. Pihak sekolah harus menyalurkan pendidikan dari segi kepentingan teknologi maklumat dalam pembelajaran daripada menanam pemikir4an negatif.
6. Ibu bapa harus berupaya mengetahui kebaikan dan keburukan teknologi dan berusaha dalam mendidik anak-anak mengetahui natijah penyalahgunaan internet.
KAFE SIBERKebaikannya1. Mengembangkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat
2. Memberi kemudahan kepada sesiapa yang tidak mempunyai kemudahan melayari internet di rumah
3. Membantu para pelajar mendapatkan maklumat
4. Menggalakkan perhubungan antara manusia
5. Mengembangkan peluang perniagaan
6. Menambah kadar celik komputer di kalangan rakyat Malaysia
Kesan Penyalahgunaannya
1. Melihat dan menyebarkan gambar lucah
2. Menggunakan kata-kata lucah ketika berbual dalam ruangan sembang
3. Penggunaan identiti palsu dalam menjalinkan hubungan
4. Kafe siber menjadi sarang ponteng sekolah, melepak dan pengumpulan kegiatan gengsterisme
5. Kafe siber menjadi tempat bermadu kasih di kalangan remaja
6. Pemikiran pengguna kafe siber dicemari dengan unsur-unsur negatif
7. Kafe siber juga menjadi tempat pelajar belajar merokok, melayari dan berjudi dalam internet
Langkah-langkah mengatasinya
1. Penubuhan kafe sber harus mendapat pemantauan pihak berkuasa
2. Peraturan ketat harus diperkenalkan kepada pengusaha kafe siber yang ingin menjalankan perniagaan tersebut.
3. Kafe siber harus dijadikan tempat larangan pelajar yang berpakaian uniform, merokok dan pelayaran laman web lucah.
4. Pusat siber tidak dibenarkan beroperasi sekurang-kurangnya 2 kilometer dari sekolah atau pusat tuisyen
5. Ibu bapa harus mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka.
6. Pemantauan juga harus dilakukan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.
BENCANA ALAM ( Gempa bumi, Banjir kilat, hakisan tanah )
Punca Bencana alam1. Kegiatan pembalakan tidak terkawal
2. Menerima tempias negara-negara jiran
3. Cengkaman tanah longgar
4. Pembangunan yang tidak sistematik
5. Sistem saliran diabaikan dalam pembangunan sesuatu tempat
6. Kurangnya kesedaran sivik di kalangan rakyat
Kesan Banjir kilat, tanah runtuh atau hakisan tanah1. Kematian meningkat
2. Penyakit berjangkit menular
3. Kerugian harta benda dan dokumen penting
4. Memberi kesan kepada bidang pembangunan dan ekonomi
5. Harta rumah di kawasan berhampiran akan jatuh mendadak
6. Jalan raya terpaksa ditutup dan kesesakan berlaku
7. Anak-anak tidak dapat menghadiri kelas
8. Penduduk tidak dapat pergi bekerja
Cadangan untuk mengatasi masalah1. Media massa perlulah segera menyebarkan maklumat tentang kemungkinan berlakunya bencana alam agar penduduk bersiap sedia.
2. Pihak bertanggungjawab harus mendidik penduduk tentang cara menyelamatkan diri
3. Kemudahan peralatan yang berteknologi tinggi perlu disediakan
4. Mengharamkan pembinaan bangunan-bangunan tinggi di lereng bukit
5. Bangunan yang tinggi wajar dibina di tempat yang berkedudukan lebih rendah dan berisiko menghadapi banjir
6. Sistem saliran, sungai, parit, dan longkang perlu diperdalam dan diperluas
7. Pembalakan dan penerokaan haruslah dilakukan dengan lebih terancang
8. Penambahan loji-loji bekalan air perlu untuk menampung kegunaan pada musim kemarau
9. Bekalan makanan mesti mencukupi di samping pakaian.
PENCEMARAN ALAMPunca pencemaran bunyi1. Kilang
2. Kawasan Perindustrian
3. Tinggal berdekatan dengan jalan raya
4. Anak-anak bising
Kesan1. Hidup tidak selesa
2. Kesihatan terjejas
3. Hilang semangat
4. Cepat marah
Cadangan untuk mengatasi masalah1. Beli rumah di kawasan yang sunyi dan mendamaikan
2. Tenangkan fikiran
3. Membuat aduan kepada pihak berkuasa
4. Pindah rumah
Punca pencemaran sungai1. Pembuangan sisa-sisa toksik dari kilang
2. Penduduk membuang sampah ke dalam sungai sesuka hati
3. Tidak menghargai alam sekitar
4. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang
Kesan1. Hidupan akuatik terjejas
2. Air sungai tercemar
3. Sumber air terjejas
4. menyusahkan penduduk di pinggir sungai
Cadangan untuk mengatasi masalah1. Penguatkuasaan undang-undang
2. Meningkatkan kesedaran
3. Membuat aduan kepada pihak berkuasa
4. Kempen secara besar-besaran
KEMALANGAN JALAN RAYA
Punca
1. Kecuaian pemandu yang tidak berdisiplin
2. Minum minuman keras semasa memandu
3. Makan dan minum serta kurang memberikan tumpuan
4. Pengabaian servis kereta
5. Mendengar telefon bimbit sambil memandu
6. Keadaan jalan raya kurang sempurna dan berlubang-lubang
7. Lebuh raya yang terlalu lurus dan mengantuk pemandu
8. Papan tanda kurang jelas
9. Faktor geografi / cuaca seperti angin lintang dan tanah mendap
10. Perlumbaan haram atau tiada lesen memandu
Kesan
1. Kadar kematian meningkat
2. Mangsa cedera parah / mengalami kecacatan
3. Mengakibatkan kerugian
4. Kesesakan jalan berlaku
5. Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain
6. Melambatkan perjalanan ke sesuatu destinasi
Langkah mengatasinya
Mendapat rehat yang mencukupi sebelum memandu perjalanan yang jauh
Memasang papan tanda yang jelas terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi
Meningkatkan kadar saman bagi pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan
Membina jalan yang tidak terlalu lurus
Memperbanyak perhentian atau kawasan rehat dan tandas
Merancang perjalanan
Membina jejantas untuk pejalan kaki
Mengawal had laju terutama di kawasan yang berselekoh dan berisiko tinggi
Menaik taraf kualiti jalan raya
Jangan makan, minum atau menggunakan telefon bimbit tanpa alat pendengar
KESESAKAN LALU LINTAS
Punca
1. Taraf hidup meningkat menyebabkan masyarakat mampu memiliki lebih daripada sebuah kenderaan
2. Jalan raya sempit
3. Penggunaan kenderaan yang terlalu kerap untuk pergi ke sesuatu tempat
4. Pengangkutan awam yang tidak selesa dan sistematik
5. Teksi lebih mahal
6. Tidak biasa berkongsi kenderaan
7. Menganggap penggunaan motosikal dan basikal memalukan
Kesan
1. Masyarakat kota terperangkap berjam-jam lamanya di jalan raya
2. Pencemaran asap karbon monoksida
3. Kos hidup meningkat
4. Lambat tidak di tempat kerja
5. Membuang masa dan tenaga
6. Menyebabkan keletihan dan mempengaruhi kualiti kerja
7. Pembangunan akan dianggap tidak seimbang
Langkah
1. Penggunaan kenderaan awam harus dipertingkatkan
2. Menyediakan kemudahan awam yang selesa, mudah dan murah tambangnya
3. mengawal kemasukan jumlah kenderaan di jalan yang sempit
4. memperlebar jalan
5. Kenderaan yang lama dan mudah rosak tidak harus masuk ke jalan yang sesak
6. Kawalan polis trafik pada waktu puncak kesibukan
7. Berkongsi kereta dengan orang yang dikenali atau rakan sepejabat
8. Menggunakan kenderaan ringan seperti motosikal, basikal untuk perjalanan yang dekat
BUDAYA MEMBACAUsaha meningkatkan minat membaca
1. Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak
2. Menyediakan perpustakaan mini di rumah
3. Memperbanyak perpustakaan awam dengan dilengkapi buku-buku berkualiti
4. Syarikat penerbitan tidak harus berhenti menerbitkan buku yang bermutu
5. Cukai buku import harus dikurangkan agar dapat menggalakkan pembelian buku bacaan
6. Kempen secara besar-besaran harus dilancarkan
MEMPROMOSI BUAH-BUAHAN TEMPATANUsaha mempromosi
1. Kempen makan buah-buahan tempatan
2. Pihak pengusaha hotel harus memperkenalkan jus buah-buahan tempatan kepada pelanggan
3. Menurunkan harga buah-buahan tempatan
4. Menyiarkan dokumentari tentang khasiat buah-buahan tempatan
5. Menambah kawasan penanaman buah-buahan tempatan
6. Menggantikan minuman bergas dengan jus buah-buahan tempatan yang lebih berkhasiat
7. Ibu bapa harus menyahut seruan kerajaan
*Ingat Dalam Penulisan Karangan
Tidak boleh wujud perkataan berikut:
1. Ini kerana
2. Selain daripada itu
3. Oleh kerana
4. Sejak dari
5. Demi untuk
6. Hukum DM à Banyak lori-lori
7. Walaupun….namun,
8. Singkatan kata
9. Kesalahan penggunaan dari dan daripada
10. Kesalahan imbuhan